Support Hidup Gua Sikit!

Sunday, November 29, 2009

St. Markian's Butterworth '95 Reunion




Pada 27 November 2009, aku terima call daripada Ee, member lama dari sekolah rendah. Biasanya dia akan selalu call bila dia balik Penang. Dan selalunya dia akan ada dengan Hassan. Sampai saja di Subaidah Sungai Nyior, terkejut jugak aku bila dia kata Surannit akan join jugak. Wah, dah hampir 14 tahun aku tak jumpa Surannit. Salah seorang kawan baik aku masa di sekolah rendah dulu.

Mesti dia tension dengar mulut aku yang macam bertih jagung meletup. Yerlah, banyak benda nak cerita, termasuk aku ungkit cerita-cerita zaman sekolah rendah.




Boleh dikatakan, ni gathering double reunion.
Gambar kat atas ni semuanya ex- Dato' Onn.

Malam semalam, 28 November 2009. Kami berjumpa semula di Subaidah Bagan Ajam. Semua muka-muka ni dulu adalah antara best fiends masa sekolah rendah dulu. Alhamdulillah, antara wishlist aku dulu (link) dah tercapai walaupun Lim Wu Kheng, Khoo dan Earnest tak dapat hadir. Perjumpaan turut disertai oleh ex-Dato' Onn yang aku tak kenal sebab Ee dah gatai nak bernikah, kiranya dia nak jemput makan kenduri dia la nanti.


Ni la geng2 St Mark. Syukor sesat dan masuk dalam gambar ni
L-R: Ee, aku, Lim, Ang, Marvin (duduk), Wan Bear (red), Surannit (23)

Surannit adalah satu-satunya manusia di sekolah rendah yang aku tak dapat potong dia dari darjah 1 sampailah darjah 6. Kalau dia dapat No. 1, aku dapat No. 2. Otak tahap genius makan ubat batuk cap kepala laut Afrika mamat siam ni. Hahahaha.. Pasal Hassan, Wan ngan Ee aku takmau cerita panjang-panjang sebab selalu sangat jumpak. Har har har... Dengan Surannit, aku hampir-hampir lost contact lepas dia further study di Amerika. Kiranya kalau dia stay kat US dan terus menginap kat sana, aku rasa dia boleh gantikan Barrack Obama la kot. Dan pada malam tu, aku dapat jumpa dia balik.

Ang Chiew Chuan, antara pendiam yang suka tersengih saja dulu kat sekolah. Mata sepet, Cina sejati, antara produk 1 Malaysia la aku berani chop. Tengok antara projek dia, http://www.projectblam.com/ ditulis dalam bahasa Melayu pasar. Tak ubah-ubah perangai. Aku dan dia sama-sama jadi pengawas dulu (dan sama-sama buat kerja jahat dengan Wan Bear kat rumah dia dulu. Dulu.. layan tape VHS saja, mana ada VCD. Seludup VHS dalam beg sekolah, layan kat rumah Ang. Kira-kiranya, orang kaya saja ada VHS player time tu.

Lim Seng Liang, menjadi bahan semalam. Kenapa? Antara mangkok yang kaya masa sekolah rendah, kencing kuat sama naik ngan aku. Tiba-tiba jadik lawyer dah sekarang. Maunya tak jadi bahan. Antara kenangan paling gila pasal mamat ni, menyebabkan hampir 20 orang masa tu hampir-hampir dibuang sekolah. Celaka, tapi bila ingat-ingat balik pasal kes tu, memang best. Antara yang terlibat dengan kes tu.. Aku la, pengawas paling jahat kat sekolah.

Marvin, antara 'mangsa' di sekolah rendah. Sekolah kejap masa darjah 1, bertukar sekolah kerana dibuli oleh Khoo (tak hadir). Masuk balik masa darjah tiga. Menjadi bahan sebab nama dia Marvin. Kami panggil dia Mat Salleh Celup sebab Cina tapi nama Mat Salleh. Mangsa jugak sebab masa memula masuk darjah 3 tu, poyo gila sebab asyik dok tayang gambar dia kat Sentosa Island, Singapore. Jadi... Sememangnya layak menjadi 'mangsa'.

Wan Bear, salah seorang member baik masa sekolah rendah akibat daripada tempias hubungan keluarga antara arwah pakcik aku (yang jaga aku dari kecik) dengan arwah Tok Wan dia (Allahyarham Cikgu Bakar). Antara penyumbang utama dan influence besar pengaruh scene 'rappers' kat sekolah rendah. Dia paksa aku buat persembahan masa darjah 4 untuk lagu Awas - Kru. Tapi tak jadi dan digantikan dengan lagu Fiona - 4U2C. Hampeh betul! Kawan baik punya pasal, terpaksa aku ikut jugak padahal pada waktu tu scene ballad rock (atau lebih tepat, Rock Leleh tengah bermaharajalela).

Ee, sama jugak dengan kes Wan Bear, member baik sebab dulu rumah aku dekat dengan rumah dia dan ada hubungan bau-bau mempelam dengan keluarganya. Dia pun sama, menari lagu Fiona - 4U2C, cilok hoodies sapa taktau la... Lengan baju lebih sejengkal daripada jari!

Hassan - Member baik jugak sebab masa darjah 4-6, naik bas awam sekali balik rumah menggunakan bas yang sama sebab laluan yang sama. Pernah bertumbuk dengan dia masa tengah tunggu result UPSR. Tension la katakan, main chess pun boleh jadi isu sampai bertumbuk. Dua-dua cedera parah. Dan untuk pengetahuan, menjadi rekod sekolah apabila antara 2 pengawas terbaik (cewah!) bertumbuk dalam kelas. Kami memang anak hantu sekolah. Macam mana aku ngan dia jadi pengawas pun taktau la....

Surannit - dah kerja di bank paling kaya kat Malaysia.
Marvin - Dah kerja dengan developer, nanti aku mintak 1 rumah free.
Ang Chiew Chuan (dah jadi Jimmy la pulak...) - Jadi ceti dan freelance photographer.
Lim Seng Liang (ni sekoq lagi, dah jadi Vincent) - aku book dia untuk jadi future lawyer aku dah..
Hassan - Orang dah panggil dia Encik Hassan kat office.
Ee - Hampir-hampir jadik akauntan, dia jemput kami makan kenduri malam tu, maka...
Wan Bear - Kerja ngan Lego yang dok buat robot, merata cerok dia berjalan.
Aku? - Insan yang paling tak berjaya di antara mereka di atas.

Jadi, selepas 14 tahun, aku dapat jumpak balik mangkok-mangkok Sekolah Rendah Kebangsaan St. Mark Butterworth ni semula. Aku sorang saja yang terpisah 14 tahun dengan diaorang ni semua sebab aku bersekolah menengah di Penang Free, diaorang ni semua kat Dato' Onn. Macam bangang saja kan kisah-kisah aku dengan diaorang ni semua. Mungkin nampak macam gampang, tapi itu sajalah kenangan yang paling best dengan depa ni semua (alamak, ter'piau' loghat Penang pulak).

Mungkin dengan orang lain, hangpa jadik serius sebab hangpa semua dah ada dalam Professional punya genre. Tapi sorry, Aku masih Mus yang dulu. Aku akan paksa hangpa semua jadik macam gampang jugak kalau bersembang dengan aku.. Hahahahahah... Nice to see you all, my friends!

9 comments:

Jimmy Ang on November 29, 2009 at 2:36 AM said...

Kawan ka yang eja nama salah lagi... Orang selalu panggil aku Ang. Jimmy hanya nama stylo aku.

speedrider on November 29, 2009 at 2:39 AM said...

mana ada salah eja. Aku kena bagi spek power 500+ la kat hang. wakakaka

zan on November 29, 2009 at 7:03 PM said...

Lawa baju Bagaikan Bermimpi...hehehe

speedrider on November 29, 2009 at 10:48 PM said...

Ye zan, antara baju yang paling aku sayang neh..

'bagaikan Bermimpi' dapaty jumpak kawan-kawan lama. Semuanya dah jadik Mat Diskang, aku jer yang maintain Mat Rock tapi kadang-kadang layan Nur Kasih. Wakakakakaka

Dr. Bentara on November 29, 2009 at 11:03 PM said...

kalau aku buat reunion, semua tayang anak2 le nampaknya...

Jimmy Ang on December 1, 2009 at 12:18 PM said...

Pandai ko edit.

deaf-angel on December 1, 2009 at 7:10 PM said...

beb, minum2 aje ke,
makan2 mana?

speedrider on December 1, 2009 at 7:19 PM said...

semua tengah kenyang lagi.. al maklumlah raya kedua, kenduri korban banyak..

Jimmy Ang on December 4, 2009 at 2:45 PM said...

deaf angel, kitorang miskindotcomdotmy.

 

Speedrider Networks Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Speedrider ©2009

Blog Widget by LinkWithin