Support Hidup Gua Sikit!

Wednesday, November 18, 2009

XPDC Reunion - Rasopariso (2009)




Akhirnya, line-up terakhir pada 1997 XPDC kembali lagi dengan RASOPARISO. Sebuah album yang teramat dinantikan kepada peminat-peminat Heavy Metal Melayu. Setelah artikel terdahulu (klik), akhirnya gua berpeluang untuk mengulas buah tangan terbaru daripada XPDC. Rasopariso bermaksud budi baik. Bahasa Jawa ka, Minang ka, Banjar ka... Gua taktau, sebab maksud rasopariso ada ditulis dalam inlay album ni.



Di tengah-tengah CD inlay, ada disebut sejarah ringkas XPDC sejak 20 tahun dulu yang diringkaskan dalam 2 mukasurat saja. Tak puas pulak gua baca. Tapi gua heran, dalam banyak-banyak cerita, diaorang tak ulas pulak title "Raja Funfair" diaorang. Gua ingat, kalau dia ulas konsert funfair kat kampung gua, Sungai Puyu pada 1993 pun mau 2-3 buku tak habis. Hehehehe.



Pembelian RM29.90 ini disertakan sekali dengan VCD ala dokumentari XPDC. Satu bonus features la boleh dikatakan. Dokumentari XPDC terbaekkkk gua pernah tengok dengan gambar-gambar sejak darpada kumpulan asal iaitu Tragedy. Lagu latar ialah daripada hits-hits XPDC. Betul-betul puas dapat tengok. Cuma mungkin untuk cut-cost, video editing adalah macam standard gua yang edit home video. Hahahaha... Ok lah, janji sarat dengan info.

Sebelum itu, bercakap pasal lagu-lagu terbaru dalam album ni... Gua rasa macam ada satu benda yang tak kena.. Line-up dah asal balik, album dah gempak.. Apa lagi yang tak kena? Album ini terasa sangat dengan kehilangan J.S. Kevin yang sepertimana semua orang tahu, adalah perencah utama dalam lagu-lagu XPDC. Argh... ni suatu hakikat.

Walaupun ada dua lagu J.S. Kevin iaitu Curahan Rasa dan Menentang Arus, gua rasa macam tak kena sangat la lagu ni dengan XPDC yang gua biasa dengar. Semacam! XPDC tak boleh mengharap sangat dengan Izo seorang untuk buat lagu. Dah lebih 20 tahun XPDC di stage seni Malaysia. Gua betul-betul nak tengok XPDC punya lagu/lirik 100% by XPDC la pulak lepas ni.

Line up Mael, Izo, Zua dan Amy adalah line-up XPDC pada waktu kegemilangan XPDC sebelum kemasukan Ali Terra Rossa dan pengunduran 2-3 ahli asal yang lain.. Ok, Mael dah masuk balik, line up dah asal.. Apa yang tak kena? Apasal tak rasa macam XPDC "Tak Nak Jadi Soh Chai" atau "Ntahapapantah" jer ni?

Pada pendapat gua setelah mendengar album ni 2 kali berturut-turut... Terasa pelik bila sura Mael dibantu lagi oleh peralatan studio. Dah berpuluh-puluh tahun bro.. Takkan nak mix suara tu lagi? Nanti bila live hancur la.. Lagu-lagu lain masih tak berapa umpph! lagi. Belum cukup keras, tak sampai tahap keras, sederhana. Entahlah!!! Macam ada benda yang tak kena!!!



Tracklist bagi XPDC - Rasopariso ialah:
  • Sanasinisamasaja
  • Aku Tetap Aku
  • Ntahye Ntahtidak
  • Rasopariso
  • Rasa
  • Puing Cinta ----- sekali riff nak sama macam Hidup Bersama da.....
  • Sampai Bila
  • Curahan Rasa
  • Menentang Arus
  • Raja Kertas (Bonus Headbang: Remastered)
  • Talam Dua Muka (Bonus Headbang: Remastered)
  • Bahalol (Bonus Headbang: Remastered)
  • Tak Nak Jadi Soh Chai (Bonus Headbang: Remastered)
Lagu-lagu bonus tu menyelamatkan CD ni sebenarnya kerana lagu-lagu tu memang antara yang gua suka.

Untuk album ni, gua amik:
  1. Sanasinisamasaja (riff ada iras-iras Tak Nak Jadi Soh Chai)
  2. Aku Tetap Aku (ballad rock)
  3. Curahan Rasa (ballad rock yang memang layan, selalu masuk radio)
Woit, awat sikit sangat gua suka ni!!!! Apasal tak macam Darjah Satu, Timur Barat dulu!!! Arghhhh!!!!



Pembelian kali ni, gua dah tapau amoi Speedy Video tu untuk dapatkan poster ni. Gila susah nak dapat poster-poster XPDC. Yang ni pun kira okaylah.... Tapi yang tensionnya, gua mintak 2-3 keping dia taknak bagi... Mungkin sebab gua datang dengan amoi gua haritu, jadi mungkin amoi tu jeles dengan amoi gua. Dia bagi satu ajalah.



Full size poster ni sebenarnya adalah poster calendar. Gambar atas tadi tu clear sikit sebab dah disable flash. Gambar bawah ni ada flash, dah hilang sorang member XPDC. Tapi gambar bawah gua tarik sampai nampak kalendar tahun 2010 tu.

Oklah.. Sebenarnya gua poyo jer letak gambar last tu sebab nak tunjuk seluar koyak dan bertampal gua. Hahahahha....
Kesian kat amoi gua dapat balak gila macam gua.

Rumusan: Mesti Beli!!!!!!

------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #24/30
------------------------------------------------

14 comments:

paiseh on November 18, 2009 at 7:43 AM said...

lu punya ulasan wat gua lagi bantut nak beli.. guane ni..?? brutal x??

Ijau D. Koceng on November 18, 2009 at 7:47 AM said...

mcm album medley rugged dulu yg low expectations tp bila dah dgr mmg best! wlupun vocal ali... tp bab yg best muzik dorg dlm album medley rugged tu mmg keras...

rasopariso ni ntahla, tgk klu ada bajet (dan klu lalu speediridervideo) maybe aku beli

Anonymous said...

abg rock upenyer~~

ces~
ijau pon ade kat cini~

hehehe~~

tumpang nyebok~

speedrider on November 18, 2009 at 8:48 AM said...

@paiseh
brutal, memang brutal. Tapi boleh beli la bro. Bonus features banyak. Berbaloi untuk koleksi

@ijau
tu la, plan2 nanti bila dah pencen kerja nak bukak kedai cd. hahahahah

@ayuimpikankematian
gua dangdut la. senggol-senggolan

SkiD on November 18, 2009 at 11:30 AM said...

Kesimpulannya camana? tak berapa brutal ke?...aku memang minat suara Mael dlm studio..tapi live..hancussss

speedrider on November 18, 2009 at 11:41 AM said...

@skid
yer, mcm tu la lebih kurang. TAK CUKUP brutal

Anonymous said...

bagi aku lagu ok la trademark diorg..lagi pun la ni lagu2 skrg yg ada membosankan ...dah ada xpdc ni layan jgk..cuma lagu puing cinta macam takde idea jer

berteromber on November 18, 2009 at 2:09 PM said...

aku dah beli semalam...pendapat aku sekali lalu...Sanasinisamasaja dan Sampai Bila ada la bunyi lagu2 heavy ala2 thrash XPDC lama...

yang lain banyak lagu moderate yg aku rasa tak dapat celen Bukan Milik Aku,Hijau Bumi Tuhan, Semangat Yang Hilang dll tu..

nanti la..ada masa aku review.

speedrider on November 18, 2009 at 2:58 PM said...

@berteromber
poster mintak tak?

berteromber on November 18, 2009 at 10:11 PM said...

tak..tak tau pun ada poster..kalau dia bagi pun tak ambik kot..sekarang dah malas nak simpan poster..heheh

Mohd Fa'ad on November 20, 2009 at 1:45 PM said...

berbaloi utk dibeli oleh die hard fan, pada gua yang pernah fanatik ngan xpdc zaman dulu2. takat lebur rm29.90 untuk satu lagu best pun tak pe, album ni kurang menyengat sbb tak de lagi sentuhan baru js kevin. lagu curahan rasa & menentang arus tu lagu lama sangat dah naik jemu dengar. tapi itu la lagu terbaik dalam album ni. lagu2 ciptaan izo masih bagus cuma riff tak berapa menyengat. tak de lagu jiwang mendayu2 ala2 aku masih disini, tak de lagu pecah tekak ala2 selendang merdeka, tak de lagu catchy ala2 apa nak dikata.

senang citer macam ala kadar je la, anyway berbaloi untuk peminat setia xpdc.

ajie on November 24, 2009 at 1:57 PM said...

erk..kurang sengat?

aku lum beli lg...bru dengor lagu curahan rasa..okla sbb tu pun dah selalu main kat radio...

serius dlm byk2 album depa ni, aku lebih suka album kita pengyu...

tunggulah gaji nt bleh sambar

A.S.H Sinar on December 17, 2009 at 1:20 AM said...

Salam..
dalam album ni lagu yang aku minar sekali ialah lagu rasa..
bagi aku lagu ni rentak dia mcm lagu bahalol ckit..

lain lain yang gua layan..
Rasopariso
aku tetap aku..

lagu curahan rasa tu rasanya dah kuar lama dah.. lagu tu masa dalam album reunion sblm ni kalau x silap la..
memang dah selalu main kat radio..

kesatuan pejuang malaysia on January 2, 2010 at 2:53 AM said...

bila dgr komen korang ni terbantut plak rasa nk bli album ni..aku gi kedai speedy dah 2,3 kali tgk cd ni.pk2 balik,berbaloi x nk bli sbb lagu feveret aku curahan rasa dh ada dlm xpdc reunion...adakah album ni cm album load-metallica?slow jek..

 

Speedrider Networks Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Speedrider ©2009

Blog Widget by LinkWithin