Support Hidup Gua Sikit!

Monday, November 16, 2009

TM Streamyx - Satu Lagi Inovasi?


Sebelum ni, TM dikritik hebat kerana kondisi Streamyx yang tidak berapa stabil.

Tapi ingat... Itu adalah dulu.

Khabarnya, (aku pun tak pernah test sebenarnya), terdapat Streamyx versi Wi-Fi (aku pun tak reti sangat pasal ni) telahpun dilancarkan tak lama dahulu. Sekarang, terima kasih kepada facebook, info-info macam ni bertambah pantas aku dapat.

Khabar terbaru yang aku dapat, TM sedang dalam proses ujian akhir dengan satu projek dengan teknologi bernama EVDO. Aku pun tak pasti pasal hal ni, mungkin khabar angin atau hoax. Tapi aku letak sajalah sebagai satu info.


Setelah aku merujuk web AnyDATA, EVDO (atau dikenali sebagai EV-DO, 1xEvDO dan 1xEV-DO) ialah satu standard untuk high-speed wireless broadband. EVDO ialah singkatan kepada "Evolution, Data Only" atau "Evolution, Data Optimized". Nama rasminya seperti yang telah didefinasikan oleh ITU ialah "CDMA2000, High Rate packet Data Air Interface".

Wah teknikal pulak kan walaupun dah dengar nama?

Oraitlah, aku taknak ulas panjang-panjang sebab aku tak sure sangat benda ni. Dengar ceritanya teknologi ni boleh penetrate dengan lebih baik dan semestinya tiada gangguan pada waktu hujan kerana menggunakan frekuensi 450MHz.

Bila surf-dan surf lagi, google la, apa lagi la... Macam-macam lagi yang aku jumpak. Cerita TM dengan EVDO ialah, menunggu kelulusan MCMC saja untuk dilancarkan kepada pengguna. Apa lagi........ POTONG WiMAX la~ Dah ada teknologi lain.... Kuikuikui....


P/S: Credits given to owner of this testing unit. TQ bro. Kepada TM, taknak bagi kat aku sebijik ker untuk aku evaluate? Hehehehe.

------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #22/30
------------------------------------------------

6 comments:

Ijau D. Koceng on November 16, 2009 at 6:40 AM said...

klu ongkosnya dkt2 sama dgn celcom broadband maybe boleh dipertimbangkan...

Dr. Bentara on November 16, 2009 at 7:59 AM said...

camni punya canggih satu hari nanti dalam mimpi pun boleh update blog ;)

SkiD on November 16, 2009 at 11:37 AM said...

macam2 benda baru...aku je la yg selalu tertinggal...

muhaimin on November 16, 2009 at 5:10 PM said...

Aku test aritu speed 1mb dapat dlm 600kb..walanei..very good for wireless ma.. tapi ni 3G pya modem..P1 nak arem tu dah nak masuk 4G..hehe..

berteromber on November 16, 2009 at 10:41 PM said...

jangan keluar benda baru jer..harga melambung sudah la..dulu2 puas dah bergaduh dlm tepon dgn talian 100 tu..nasib sekarang line streamyx dah ada kemajuan skit..

speedrider on November 16, 2009 at 10:48 PM said...

ni masih streamyx bro. Cuma dalam keadaan wireless. Masih dalam RnD.

 

Speedrider Networks Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Speedrider ©2009

Blog Widget by LinkWithin