Support Hidup Gua Sikit!

Tuesday, November 10, 2009

Terima Kasih


Blog aku, seperti sesiapa yang dah biasa, tentu faham gaya dan isinya. Buat sesiapa yang masih baru, bolehla la tengok section About Me ataupun aku jelaskan balik:

Genre: Personal Blog
Isi: Hentam Sajalah Labu

Selalunya aku akan tulis apa saja yang melintas dalam kepala otak aku ni, tambahan lagi kalau ada bahan nak ditulis terutamanya gambar. Jadi, majority apa yang ada dalam blog aku, semuanya berkisar pasal makanan (sebab aku suka makan) dan sedikit 'bahan selit' tentang muzik rock atau yang seangkatan dengannya kerana ia berlandaskan minat.

Penggunaan domain pulak, saja gatal tangan nak pakai. Sebab tu www.speedrider.org dipilih. Jadi, kos nak pakai domain bolehla tahan. Plan aku lepas ni, nak pindahkan semua isi blog aku dalam sebuah dedicated server sekiranya mampu.

Atas sebab itulah aku gunakan Nuff Nang sebagai sumber part-time untuk membiayai next project aku ni. At least, dapat jugak sedikit income daripada iklan-iklan yang korang klik. Apa-apapun, aku rasa puas bila sesetengah tempat yang aku singgah atau review, mendapat respon daripada pembaca. Ada jugak yang telefon aku semata-mata untuk bertanya direction ke sesuatu tempat yang pernah aku singgah dan review. Dari segi ni, aku rasa aku puas dan at least dapat share sedikit pengalaman yang aku dah lalui walaupun tak banyak.

Daripada segi statistik, Alhamdulillah. Unique Visitors tetap maintain tiap-tiap hari walaupun kadang-kadang aku tak update sampai seminggu. Apalah salahnya setiap unique visitors Speedrider Networks untuk klik setiap jenis iklan yang ada kat site ni. At least, aku ada income untuk renew domain, hosting (future) dan kalau ada rezeki banyak dari part time income tu.... Duit tu aku boleh gunakan untuk travel jauh sikit dan buat review lagi banyak. Hahahahahaha....

Untuk sesiapa yang dah tolong klikkan iklan untuk aku, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab itulah sumber pendapatan 'tepi' aku dari blog ni. Kepada semua readers, terima kasih banyak-banyak atas semua sokongan, komen, kritikan dan lain-lainlah.


Terima kasih jugak kepada mereka yang telah mention nama Speedrider Networks kepada TM (berkaitan Everyone Connects) yang seterusnya memberikan iklan free kepada aku. Semoga dengan iklan ini, skop pembaca blog aku akan lebih meluas, dan sebetulnya..... Tanpa komen-komen korang semua, aku akan 'kering idea' nak tulis apa.

Akhir kata, TERIMA KASIH banyak-banyak kepada semua dan jangan lupa support aku dengan klik ad Nuff Nang aku banyak-banyak (sempat promote lagi tu.. hampeh btol).

------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #16/30
------------------------------------------------

4 comments:

lumut on November 10, 2009 at 2:24 AM said...

terima kasih juge...
hee

Dr. Bentara on November 10, 2009 at 4:25 AM said...

terpulanglah kepada empunya blog nak tulis apa. Kalau relevan, dibaca. Kalau tak, apa peduli? hehehe..

Jard The Great on November 10, 2009 at 10:53 AM said...

da klik nuffnang.. sama2

mr.kordes on November 10, 2009 at 8:40 PM said...

sama2 incik boss....

 

Speedrider Networks Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Speedrider ©2009

Blog Widget by LinkWithin