Support Hidup Gua Sikit!

Sunday, December 23, 2007

Wings @ Pesta Sungai Nibong, Penang


Setelah hampir 2 jam aku tersangkut di Penang Bridge, akhirnya aku sampai tepat pukul 8.55 di entrance Tapak Pesta Sg. Nibong. Sampai aja kat pesta, senior aku iaitu DJ Roslin (emcee pesta) pun datang borak ngan aku dan tak disangka-sangka pulak dia bawak aku jumpak in-person ngan Wings members (kecuali Joe sebab dia datang lambat). Aku pun tatau berapa lagu yang Wings main semalam, yang aku ingat, Ranggi Metropolis, Jerangkung Dalam Almari, Misteri Mimpi Syakilla, Semalam Yang Hangat dan 2-3 lagu apa ntah.



Akhirnya setelah 2 kali impian aku nak ke Planet Hollywood tengok showcase diaorang tak kesampaian, semalam tu macam dream come true pulak, dah tu, duduk melepak atas stage, sebeleh Joe pulak. Pergh puas gila aku!!!!! Masa memula tu, nampak macam ada technical glitch sikit bila joe mengadu kat crew diaorang yang sound system ada problem sikit, dan lepas problem tu fix, apa lagi... Naik syeikh la Joe goreng berapi-api gitar dia. Hehehheeh bukan senang nak tengok Joe goreng depan bijik mata.... dan jugak tengok dia tersilap tekan pedal, tersilap tekan string masa tengah goreng dan.... tengok dia berpeluh-peluh (sebab masa memula tu, kipas blower tu tak dihalakan kat dia, dihalakan kat aku!!!! Hahahahhahahaa)

Aku terkilan gila sebab aku tak bawak digital camera/camcorder, sebab aku budget nak tengok macam crowd lain, tapi rezeki yang tak disangka-sangka membuatkan aku berada atas stage (Heheheheheh TQ Bro DJ Roslin). Dan yang paling aku tension sebab aku susah payah bawak poster dari rumah, ingatkan nak suruh diaorang sign autograph sikit, tapi masa mula-mula aku duduk sebilik ngan Awie, Eddie ngan Black, Joe tak nampak batang hidung lagi pun... Dia datang jer, terus perform atas stage.


Kecewa punya pasal, aku sambar beli cap Wings logo gold tu dengan harga RM20.00 seketul, dan brader kat meja tu hadiahkan kat aku badge Wings satu (sebab dia kesian kat aku kot.... Wings tanak sign autograph aku). Hahhahahahaha. Malam tu jer aku dapat tengok konsert sebab hari-hari yang akan datang, dah semestinya aku sibuk ngan keja......

Lepas show jer, kami bertiga terus ke Batu Feringghi memancing dan dapat la ikan gelama 2-3 ekor, dan sekarang, tepat pukul 6.45 pagi, aku baru sampai rumah da!!!!

Saturday, December 15, 2007

Sessi Lawatan Banjir Di Pahang


Aku berjaya menghabiskan 1 annual leave aku dengan 'gatal kaki' nak ke Pahang. Takder apa yang best melainkan tengok banjir sampai tahap pucuk pokok kelapa sawit.. Aku terperangkap jap kat Kuantan sebab jalan -Bentong-Raub-Benta-Jerantut-Temerloh (satu-satunya jalan selepas highway Lanchang-Temerloh ditutup) turut dinaiki air pada hari Jumaat. Dengan makanan yang tak best sebab manis-manis, aku pulang dari pahang dengan letihhhhh gila rempah kari alagapas. Pengajaran untuk korang semua, jangan la gatai nak ke tempat banjir kalau ada yang terkena banjir. Dan akhirnya aku dapat jugak makan nasik kandar banjir kat area rumah aku sendiri. No place like home.

Sunday, December 9, 2007

Annual Dinner 2007



Semalam, buat pertama kalinya aku pegi company punya annual dinner dan pertama kalinya jugak aku menang lucky draw. Dapat water heater orang bujang jerk..... Kalau dapat Honda Civic F2D Type-R ke kan lagi best? Hehehehehe, kalau menang moto, bolehla aku buat lawak macam Power Root tu,.... "Pakcik Menang Motorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr".

Punyalah ramai masa dinner, kebanyakan bawak family, dan pada aku, part yang menarik pun masa pertandingan karaoke. 5 orang jer masuk dan ke-5-5 orang tu dapat hadiah!!!!! Kalau aku tau, aku pun nak masuk!!!!! 3 pekerja (termasuk seorang Eksekutif) menyanyikan lagu rockapak. Nanti aku upload video tu. Yang muda sikit nyanyi lagu Jinbara - Farhana, aku ingatkan dia yang akan menang, tapi dapat no. 2 ja. Yang mennag, ada anak staff sorang tu, nyayi lagu Adibah Noor - Kau Terlalu Istimewa.

Berbaloi jugak la, jam 2 jam dekat Jeti Feri. Yelah, sekarang kan musim Pesta Penang, malam minggu pulak tu!!!

Thursday, December 6, 2007

Worktrip - Pulau Jerejak


Sepanjang 24 tahun aku diberi peluang hidup di muka bumi ni... Ni lah pertama kali aku menjejakkan kaki ke Pulau Jerejak. Heheheheh, buat malu kaum jer, dahla aku ni orang Penang, tak pernah datang pulak tu!! Ye lah, Pulau Jerejak ni bukan ada apa pun. Dulunya dikenali sebagai Al-Catraz Malaysia sebab ada penjara kat sini dan jugak pusat buangan pesakit-pesakit kusta. Sekarang ni jer ada JEREJAK RESORT & SPA dan ada limbungan kapal di sebelah bahagian pulau ni. Aku datang pun atas sebab kerja dengan bos aku. Apa yang best kat Pulau Jerejak ni aku pun tak taulah labu...... Apa yang sure, aku dah jumpak Tongkat Ali punya pokok LIVE beb...... lepas ni aku pun akan jadi SUPER POWER!!!! Wahkahkahkahkahkah....

Masa aku nak balik, dikhabarkan diaorang jumpa MAYAT kat pantai pulau ni dengan keadaan tangan terikat di belakang... Pergh, malam ni kita tengok berita, layannnnnnnnnnn (macam Melodi la pulak)

Tuesday, December 4, 2007

WITT - Band DIY


Sebenarnya CD ni dah lama aku cari - hilang. Sekali terjumpak bawah katil anak sedara aku. Aku beli masa tahun 2002 dulu. Masa ni, band-band indie banyak yang buat album DIY (Do It Yourself) - dari segi pembuatan, studio, penjualan sampailah ke peringkat promosi.

Aku uploadkan mp3 dari W.I.T.T. dari simpanan aku yang terselamat ajer... Masa aku jumpak CD ni, magnetic layer dah mula mengelupas dan yang tinggal cumalah cover album nya saja. Ada 5 lagu yang sempat aku rip masa memula aku beli CD ni dulu termasuk sebuah lagu Unplugged. Untuk sekadar peringatan, band WITT ni pernah di'cover' ceritanya dalam ROTTW dan Dragon kalau tak silap aku. Ini kerana vokalisnya merupakan drummer kumpulan tersebut itu sendiri. Macam mana, susah kan? Sambil ketuk sambil nyanyi. Itulah uniknya WITT waktu itu. mana diaorang menghilang sekarang, aku pun taktaulah labu.....

Info lanjut WITT aku sertakan dalam bahagian MUSIC (macam biasa, untuk contact aku sahajer...)

 

Speedrider Networks Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Speedrider ©2009

Blog Widget by LinkWithin