Pada 27 November 2009, aku terima call daripada Ee, member lama dari sekolah rendah. Biasanya dia akan selalu call bila dia balik Penang. Dan selalunya dia akan ada dengan Hassan. Sampai saja di Subaidah Sungai Nyior, terkejut jugak aku bila dia kata Surannit akan join jugak. Wah, dah hampir 14 tahun aku tak jumpa Surannit. Salah seorang kawan baik aku masa di sekolah rendah dulu.
Mesti dia tension dengar mulut aku yang macam bertih jagung meletup. Yerlah, banyak benda nak cerita, termasuk aku ungkit cerita-cerita zaman sekolah rendah.
Gerai ni terletak betul-betul di Exit Sungai Dua berhampiran Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang. Untuk direction daripada Kuala Lumpur, keluar terus ke Exit Sungai Dua dan anda akan nampak gerai ni di laluan utama ke Sungai Dua di Sebelah kiri. Kedai ni dekat-dekat saja dengan Aziz Mee Pak Ngah (klik).
Bilangan orang yang ramai, sesak, padat dan keadaan gerai yang berasap adalah satu lumrah di kedai yang menjual Char Koey Teow asli. Jadi, begitulah pemandangan di sini. Sekiranya anda tidak selesa dengan pemandangan dan suasana sebegini, lupakan saja tentang Penang Char Koey Teow.
Tentang minuman... Tak pasti pulak samada air buah dijual atau tidak, kerana biasanya minuman inilah yang selalu dipesan untuk 'balancekan' rasa Char Koey Teow. Samada Teh O ataupun Teh Tarik.
Harga yang dikenakan adalah harga standard di Penang. Cuma di sini, ada variety sikit. Boleh order udang saja ataupun kalau nak Nasi Goreng Udang pun ada. Owh, lupa nak cakap. Sesiapa yang belum biasa dengan Sungai Dua (klik), kawasan ni pun femes dengan udang. Bukan di Kuala Sepetang (klik) atau di Teluk Kumbar saja.
Berkenaan servis, boleh tahan lajunya sebab tukang masak ramai. Jadi bolehlah datang kat sini dan jangan risau tentang servis walaupun kedai macam tin sardin dah ramainya.
Untuk review Char Koey Teow (besar), gambar menceritakan segala-galanya. Berbaloi. Tapi ikut mulut aku, aku lebih prefer kepada Char Koey Teow Alka Ria (yang asal, bukan sekarang) dan Char Koey Teow Permatang Pauh. Boleh tahanla kalau nak makan dan rasa di sini, tapi tak boleh dikategorikan sebagai 'hebat'.
Untuk Char Koey Teow Alka Ria tukang masak lama (belakang lorong) itu adalah amat hebat. Sekarang sudah teruk sekali, tak ingin aku nak review.
Baru-baru ni, aku sempat melepak dengan Shahrul di BM Tomyam. Sama aja kalau nak dibandingkan dengan tempat-tempat lain sebenarnya. Tapi, aku tetap nak review jugak. Kedai ni terletak bersebelahan dengan Mobil, Jalan Permatang Batu, Bukit Mertajam. Boleh parking dalam stesen minyak tu sebab kat tepi jalan tak boleh parking, jalan sibuk dan sempit.
Kunjungan kali ni menemukan kami secara tak sengaja dengan Old Frees yang satu batch dengan kami. Macam tak percaya pulak Ismani dah pandai sorong kereta anak. Dulu nak bawak motor pun menggigil. Hahahaha....
Tengok menu tu. Gila updated kedai tomyam ni. Siap ada webpage lagi. Aku ingat gimmick jer, sebab banyak kedai yang aku pernah singgah pun pernah display macam ni, tapi habuk pun tarak. Rupanya, memang URL tersebut berfungsi. Walaupun tak berapa banyak isi, menu utama dipaparkan di web supaya orang senang tau menu apa yang kedai ni serve. Alamat url dia ialah http://www.bmtomyam.com.
Shahrul ni makan simple sangat, nasi putih dan daging goreng kunyit. Patutla badan tak besar-besar dari dulu!!
Aku pulak yang membesar dengan sihat dan kuat ni, taktau nak pilih apa malam tu.. Jadi pilihan asasi ialah Nasi Goreng USA special order. Telurnya aku nak setengah masak. Memang masuk dengan style aku. Aku syak, kat USA, takda nasik goreng macam ni. Mat Saleh pun sure heran kenapa kat Malaysia ada.
Yang tak rock tu.... Sekali Nur Kasih tengah ditayangkan... Layan jerlah... Hilang maruah rock aku terlayan cerita ni. Nasik goreng? Marvellous.
Nak balik tu, terjumpak lagi Old Frees lagi sorang! Dah lama tak nampak mamat ni. Zain dulu rambut afro, tapi sekarang dah insaf. Jadik Mat Smart.
Sebenarnya, yang ni adalah kali kedua kami ke gerai ni. Bukan apa... Nak membuktikan saja. Aku ada pengalaman buruk di kedai ni lebih kurang 10 tahun lepas. Tapi aku tak pasti samada pengurusan dulu dan sekarang masih sama atau tak. Pengalaman buruk tu, dari segi servis la...
Tapi terbukti dengan kunjungan kedua. Tagline kedai ni iaitu Cepat, Sedap & Murah sememangnya betul. Bab cepat ni... Aku cukup respek. Kami order makanan, walaupun aku hisap rokok baru setengah batang, hidangan aku dah sampai. Bukan Nasi Goreng USA atas tadi saja tau.. Full Set macam gambar kecik-kecik ni pun sama. Walaupun dalam keadaan dalam kedai Full House.
Aku memang ada tabiat mengukur kepantasan servis kedai makan dengan menghisap rokok. Rekod terburuk kedai yang pernah aku test ialah, 4 batang rokok dah clear, baru order sampai. Kedai ni.... Setengah batang saja dah sampai beb.. Dalam 2 kali kunjungan pulak tu! Jadi, aku harap pekerja kedai ni mengekalkan servis macam ni. Tu yang orang suka. Cepat!
Tapi bab Sedap & Murah, aku bagi rumusan, biasa-biasa saja kerana terdapat kedai yang lebih sedap dan lebih murah dari kedai ni.
Apa-apa pun, kedai ni, termasuk dalam list yang aku rekemen untuk makan malam. Full House dengan kasih-sayang dari family yang datang. Aku nak lepak lama-lama pun segan sebab nak bagi laluan family makan. Kalau couple ja... Aku tak bagi can, aku lepak lagi.. Hahahahah....
Gerai Mama Nasi Campur ni terletak di Jalan Sungai Pinang, tempat yang sentiasa sibuk dan sesak dengan kenderaan. (klik untuk peta). Dimiliki oleh pesara Telekom Malaysia, Abang Fuad dan Isterinya, kak Ida. Baru-baru ni, Abang Fuad diserang strok, jadi keadaan beliau yang masih belum pulih sepenuhnya membuatkan beliau tiada di gerai.
Membariskan menu-menu Pulau Pinang dan se-Malaysia, sememangnya sedikit sukar untuk aku buat pilihan kerana ini adalah kali pertama aku berkunjung ke gerai ni.
Sayangnya, aku sampai ketika waktu puncak makan tengah hari semakin lewat iaitu hampir pukul 2 petang. Jadi, gambar-gambar tray makanan dah tinggal separuh ataupun dah habis terus.
Aku bukan fanatik udang, jadi aku tak tanya pun berapa harga udang besar kat sini. Sesiapa yang tak lalu masakan mamak, di sinilah pilihan terbaik rasanya kalau nak makan masakan Melayu. Macam aku, semua aku bedal, asalkan berkari banjir. Hahahaha...
Ayam goreng tepungnya dikatakan lebih sedap dari KFC. jadi apa lagi, aku pun kena try la sebab aku memang suka.
Ni apa yang aku amik, ayam goreng tepung + Telur Puyuh Sambal + Bendi + Salad 2 keping = RM5.90. Berbaloi dan sedap. Tak sah lagi, ayamnya memang sedap dan rangup sebab memang baru masak. Rasa hampir-hampir macam KFC. Nampak macam tamak saja lauk yang aku amik kan?
Nah! Boss aku punya lauk! Pari bakar punya besar. Badan kecik 2 kali ganda dari aku, tapi makan 2 kali ganda dari aku. Hohohooooooo.....
Terima kasih bos sebab belanja. Save duit saya kelmarin. Memang tengah sengkek gila sekarang ni. Terima kasih daun keladi, lain kali boleh belanja lagi.
Alhamdulillah, selesai sudah rombongan meminang yang telah berlangsung pada 31 Oktober 2009 pada pukul 8.00-10.30 pagi. Telah lama aku nantikan saat ini berlaku walaupun 'adik beradik' yang hadir tak sampai 5 orang. Tapi aku tak kisah, rombongan meminang telah melaksanakan hasrat di Juru Auto City, satu-satunya tempat dalam Malaysia yang memegang hak sebagai 'Bandar Permotoran'. Yang lain-lain tu tipu jer termasuk Cheras Autocity. Kalau tak percaya, google kes mahkamah.
Rombongan diketuai oleh bro Potocol selaku ketua trip dan photographer. Walaupun ramah, jelas di sinar matanya yang keletihan akibat memandu dari KL-Kuala Kangsar-Penang. Rombongan ini disertai oleh:
1. Potocol - Kepala Rombongan Meminang 2. CDgtxx - Ketua Berbalas Pantun 3. Conan - Pembayar Tol (macam kat Johor) 4. Scat - Hulubalang 5. Bugie - Pemukul Kompang 6. Teja - Pembawa Hantaran 7. Kunang-Kunang - Driver Lori Rombongan 8. Acidd - DJ Kenduri
Manakala sebagai tuan rumah, yang hadir ialah:
1. Bondiana - Tuan Rumah 2. Speedrider - Penerima Pantun yang terlambat masuk majlis 3. Farah - Tukang Tepung Tawar 4. Acik - Bodyguard Tukang Tepung Tawar
Pertama sekali, ribuan maaf dipinta kerana, selaku tuan rumah yang tidak bertanggungjawab, aku telah terlambat sampai ke majlis. Namun, untuk rekod peribadi, masa 18 minit telah diambil dari Sungai Puyu ke Juru Autocity telah berjaya diperbaharui dalam catatan masa hari ini, sekaligus memecahkan rekod yang lepas-lepas. Terima kasih kepada semua yang memahami (atau buat-buat paham).
Walaupun perjumpaan ini ringkas, tetapi alhamdulillah, kami dapat mengenali dengan lebih rapat dan 'live' jaringan kaki-kaki pancing dari forum www.pancing.net. Maafkan saya kerana tak dapat open table, kerana saya ialah Bujang Senang, yang seterusnya memaksa Tuan Conan dan Bondiana untuk open table. Terima Kasih daun keladi, nanti-nanti open-lah lagi.
Untuk rekod juga, ini adalah kali pertama aku bertemu dengan hardcore-hardcore anglers dari KL dan Selangor ni, selain daripada Potocol dan CD. Jadi, sempat la bersembang apa-apa yang patut.
Kemudian, hantaran rombongan meminang pun diterima. Jadi, aku sebagai provider atau tokan area utara, lepas ni akan mengedarkan merchandise-merchandise rasmi seperti di atas untuk mereka-mereka yang telah membuat tempahan.
Sekali aku pakai, nampak macam player Arsenal tengah nak training. Baju design baru untuk season 2019 aku syak la... Ada 5-6 helai baju extra akan dijual kepada mereka-mereka di Northern Region yang berminat.
Kalau dah gathering kaki pancing, tak sah la kalau tak tunjuk benda kan? Yeah....!!! Shimano Calcutta 401 (baitcaster) ni fresh dari Jepun. Emblem pun siap ada ukir tulisan Jepun. Milik Bondiana yang baru saja beli dari Jepun. Rasa macam nak order satu, murah gila!
Bondiana juga seakan-akan faham apabila turut menghadiahkan ole-ole dari Jepun yang rasanya sungguh marvellous dan tak 'cengih' macam yang dijual di Malaysia sekarang. rasanya 'kaw' dan setanding Dunhill, malah jauh meninggalkan rasa rokok Langkawi. First time rasa Marlboro yang sedap dan penuh dengan tulisan KANJI. Bondiana, arigato gozaimas fromma speedrider-san!!
Kepada semua rombongan meminang PNET, saya sekali lagi memohon maaf atas kelewatan pagi tadi. Tengah ralit makan nasik lemak kat kampung!
------------------------------------------------ 1 Hari 1 Entry Blog Marathon entry #7/30 ------------------------------------------------
Maaf, terlalu banyak nak aku ceritakan, jadi aku compactkan 3 cerita menjadi satu sempena Deepavali ni.
Menjenguk Muniandy Chinnadorai
Agilan merupakan member kami sejak kami di Tingkatan 1. Jadi, jangan terkejut walaupun dia hitam sedemikian rupa, Bahasa Melayu loghat utaranya memang hebat sekali.
Komplot beraya di rumah dia disertai oleh aku, Shahrul dan Pak Halim pada Hari Sabtu 17 Oktober 2009.
Dalam perjalanan ke rumah yang baru dibelinya:
tekan-tekan SMS..
"Wei Agilan, jangan hidang kat kami nasi babi"
Dia jawap: Aku ada sup ekor babi, hang nak tak? Biawak goreng pun ada.
Aku: Cilakak.
Rumah Agilan memang besar sekali. Ruang dalam rumah dia memang taraf boleh buat indoor soccer dan halaman rumanya pulak boleh dibuat padang golf mini. Jadi, berbaloilah rumah dia beli selaku anak sulung untuk menjaga 10 adik beradiknya yang lain.
Benda yang dihidang cukup simple, tapi best iaitu all-time-favourite marukku, tosai, nasi putih dan kari ayam.
Aku dengan celuparnya di meja makan.. "Wei Agilan, Halal tak ni, cilaka la hang kalau hang hidang benda pelik-pelik kat kami"
Agilan dengan penuh emosinya menjawab... "Cilakak la hang Mus, aku tau la apa yang hangpa boleh makan dan apa yang hangpa takleh makan. Babi la hang ni Mus, aku beli ayam ni semua kat orang melayu, lauk-lauk semua rempah Melayu.. $^%%^ %%5^$4%^* la hang ni Mus!!" - Maki Agilan dalam bahasa Tamil ala-ala Padaiyyappa.
Aku gelak macam setan, lepas makan semua tosai dia sampai habis, aku karate tengkok dia dan jugak buat smackdown kat dia sebab maki aku banyak kali hari ni. - semua sound effect filem Tamil, dihasilkan oleh Pak Halim Naga Dewa langit ke-7 dan semua visual adalah tajaan Shahrul.
Happy Deepavali.
Makan Papadom Di Deepavali
Setelah puas beraya berjam-jam dan buat rumah Agilan seperti rumah kami sendiri. Kami decide nak layan Papadom.
Kami bertiga layan Hot Dog 1901 masuk dalam panggung:
Scene 1 Take 1: "Jangan jadi macam abang kat depan tu, tengok dah tertumpah air"
(cilakak ar, dah nak tertumpah dalam plastik tu, nak buat macam mana..)
Scene 2 Take 5: "Pesal boria?"
(argh... Dah nama pun jual nasi Kandar kat Penang, mesti la ada boria!!! Boria Anak Tanjung tu femes kat penang ni.. Hampeh la makcik ni!! Cakap pelan-pelan la gua nak tengok ni!!)
Scene 3 Take 2: "Ahh.. ni kat mana ni, sekolah mana ni???"
(oit, dekat-dekat Penang Road jer tu, buta ker tak nampak ker KOMTAR kat belakang?) - gua dah sedikit hangen.....
Scene 4 Take 1: "Owh, dia amik Performing Arts.."
(poyo la makcik ni..... warghhhhhhhhhh~)
Scene 5 Take 2: Jangan terlalu emosi dengan tanah.... Gua betul-betul dah tak tahan dengan Harun Salim Bachik ni. Hahahahah....
Scene 6 Take 3: "Owh, main ragbi tapi lembut bla-bla....."
(woit makcik!!!!!!!!!! Gua dulu pernah training kat padang tu terus la masa UPM Open dulu!!! Gua tensen ni.. Tak nampak ker Pak Halim Naga tengah pakai baju Canterbury sama dengan player-player tu!!! Arghhhhhhhhhhhh!!!)
Scene 7 Take 6: Masa Saadom (Afdlin) masuk panggung dan bantai kepala Hisham (Farid Kamil), kemudian tendang kerusi Hisham sampai terpelanting atas alasan terkejut.... Gua rasa gua nak buat benda yang sama pada couple yang duduk di depan gua.. Sikit lagi gua pun nak jerit Api!!!!!!!!!!! Api!!!!!!!!!!!!!!
Scene-Scene Seterusnya: Cuma gelak ketawa berderai dalam panggung.
Konklusi: Aku ni bukan peminat filem Melayu sangat melainkan filem-filem tertentu. Tapi untuk filem ni, aku cuma mampu memetik kata-kata Rahmat Bin Ismail aka Wajib Tayang (Que haidar) - "kerana filem-filem saya semuanya wajib tayang" dengan selambanya.... Two Thumbs up untuk Afdlin Shauki and crew untuk filem ni. Cuma lepas ni, jangan la bagi wajib tayang tu pakai rambut palsu tu, so plastic. Filem yang aku sangat rekemen pada semua orang terutamanya family.
Wajib Beli
Semalam, sewaktu menunggu tayangan Papadom, aku sempat-sempat round dekat toys section Jaya Jusco dan sesuatu yang aku tunggu dah cukup lama - Die Cast with PETRONAS decal!
Tetapi sedikit frust bila model die-cast 1:18 yang ada di situ cumalah milik Jorge Lorenzo (99) dan satu lagi bernombor 48. Sebagai pengumpul motosikal Valentino Rossi, aku cukup berharap yang motosikal bernombor 46, Yamaha Fiat Petronas akan diterjemahkan dalam bentuk die-cast model!
Hari ni, selepas layan Cloudy With A Chance Of Meatball dengan Nurul (totally recommended for family), Aku terserempak dengan model 1:18 buatan Maisto ni di Jaya Jusco Aeon City!!! Argh!!! Tinggal 2 bijik jer!!! Tanpa berlengah lagi, terus disambar sebjik. Tangan aku gatal nak sambar model 1:10 punya sebab semua decal lebih detail dan real. Tapi semua tu terbantut apabila menerima kata dua daripada 'mem' aku yang sedikit garang apabila aku berada di Toys Section. Hahahahahahah..... Takpaleh, aku amik yang kecik sajalah....
Masa aku tunggu di parking area, nurul kata dia nak beli sticky notes yang terlupa beli tadi. Sambil-sambil tunggu dalam kereta, terkejut betul aku bila dia turun bukan dengan sticky notes, tapi dengan sebijik Yamaha YZR-M1 Yamaha Fiat Petronas 1:10 dan dengan selambanya dia bagi kat aku walaupun aku hulurkan duit untuknya, dia taknak.
Ah... Sweet betul! Aku terus rasa nak buat show rock kangkang bawah basement car park tu sambil goreng lagu Cintamu Mekar Dihati dengan gaya-gaya dalam filem ROCK. Thank you sooooooooo much!!!!
Engine
Engine type:
Liquid cooled Crossplane crankshaft inline four-cylinder, four stroke
Maximum power:
Over 200 horsepower (147 kW)
Maximum speed:
In excess of 320 km/h
Transmission
Type:
Six-speed cassette-type gearbox, with alternative gear ratios available
Ohlins upside down front forks and Ohlins rear shock, all adjustable for pre-load, high and low-speed compression and rebound damping. Alternative rear suspension links available
Front/rear wheels:
Marchesini 16.5 front, 16.5 rear, available in a variety of rim widths
Front/rear tyres:
Bridgestone, 16.5 front, 16.5 rear, available as slick, intermediate, wet and hand-cut tyres
Brakes:
Brembo, two 320 mm carbon front discs, two four-piston callipers. Single 220 mm stainless steel rear disc, twin-piston calliper
Brader ni dengan tanpa segan silunya dan begitu sporting melayan kerenah aku untuk mengambil gambar, jadi inilah keadaan gerainya yang penuh dengan kuih-kuih untuk sarapan pagi dan petang.
Terletak di persimpangan Queens Street, atau lebih dikenali di Penang dengan gelaran Little India. Gerai ini beroperasi daripada waktu pagi sampai petang. Jadi, bolehla tengok mat-mat saleh ataupun awek-awek Jepun yang memang cun melayan makanan yang rata-rata berasaskan kari. kalau nasib baik, bolehla makan sekali ngan chicks Jepun yang memang sporting abes. Konnichiwa umba-ten, kimi ga ichiban daisuki na hito! Har-har har........
Untuk review makan pagi aku kali ni, samosa ni memang mutant abes. Kebiasaannya, kulit samosa berasaskan kulit popia, tapi yang sini punya berasaskan tepung yang sama digunakan untuk karipap. Contohnya, samosa ayam ni, sememangnya ada seketul ayam tanpa tulang dan ubi kentangnya pun memang padat dan basah! Ada jugak isi-isi lain seperti sotong, daging dan tuna. Tapi hari ni sempat rasa ayam saja, memang sedap dan berbaloi!!!
Rasanya memang sedap kalau beli dan lepak kat gerai minum sebelah sambil layan awek Jerman, Jepun, Holand, UK etc. dan kemudian buat dosa mata. Kena pakai penutup mata kalau makan kat sini... (untuk yang berbini)
Tarikh telahpun tiba ke 21 Syawal 1430 Hijrah. Dalam minggu-minggu terakhir ni, banyak betul rumah terbuka. Tapi kali ni, aku nak cerita tentang 'Bank Terbuka' anjuran Bank Rakyat Bayan Baru. Sebagai salah satu agensi paling banyak buat loan dekat bank ni (termasuk aku), seluruh staff pejabat aku dijemput ke bank terbuka hari ni. Rasa teruja jugak nak merasa macam mana.
Walaupun space kecik dan parking limited, jamuan yang bermula dari pukul 9.00-12.00 ni menyediakan lauk yang best-best seperti:
1. Roti Jala 2. Bihun Goreng (fresh from kuali) 3. Mee Goreng (fresh from kuali) 4. Char Koey Teow (Penang Specialty) - tapi gua tak makan sebab brader tu pakai baju.... 5. Rendang Daging 6. Rendang Ayam 7. Beraneka kek dan kuih raya (yerlah, dah ala-ala rumah terbuka) 8. Laksa 9. Air Oren dan Teh Tarik 10. Ais Kacang 11. Satay dan Nasi Himpit beserta accessories
Memandangkan space yang limited, tapi kalau dah panggil semua hantu-hantu makanan ni, peduli apa kalau makan tepi longkang pun. Muakakakak. Terima Kasih Bank Rakyat Bayan Baru, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin (jangan lupa approvekan overlap loan saya...)
Sports Direct Vivacity Megamall
-
Berkesempatan singgah di premis Sports Direct Malaysia di Vivacity Megamall
ketika berada di Kuching minggu lepas. Dan pastinya terus menuju ke area
suka...
Search Rockology boxset review/ulasan
-
Salam. As usual first in my broken English and then in my Bahasa Melayu
Pasar.
PREMIER Malaysian and South East Asia Rock & Roll giants Search cons...
RESOLUSI BUKAN REVOLUSI 2018
-
Selamat Tahun Baru 2018! Entah kenapa sejak dari pertengahan tahun lepas,
aku dapat semangat balik untuk menulis dekat blog ni. Tahniah kepada
geng-geng la...
Ulasan: AL FARABI BAND We Have Landed CD
-
Nasyid metal? Ya, nasyid metal. Sesuatu yang pernah saya tulis pada tahun
2008 dulu (sila ke
http://krenmaut.blogspot.my/2008/07/sudahkah-anda-bersedia-...
CD rilisan semula
-
Baru sampai semalam. Yang double tu abang aku kirim, nak jimat belanja pos.
Selebihnya tu aku punya. Kebanyakkan album ni pernah dimiliki dalam bentuk
ka...
Ramadhan 1433H
-
1. Memang sangat lain dari sebelum2 ni. Lain sangat. Berbuka berdua.
Bersahur berdua. Alhamdulillah.
2. Sahur gua tak pernah miss. Rekod nih. baik kat umah...
Selamat Tahun Baru 2012
-
Welcome 2012, semoga lebih bersinar...lebih sukses...murah rezeki...usia
panjang dan sihat sejahtera, hidup aman bahgia....Insya Allah
Uncontacted Tribe
-
*Orang yang betul-betul asli..*
*Pekampungan puak yg terputus hubungan dgn dunia luar..*
1. Beberapa hari lepas aku terbaca article tentang satu puak yang ...