Gerai Mama Nasi Campur ni terletak di Jalan Sungai Pinang, tempat yang sentiasa sibuk dan sesak dengan kenderaan. (klik untuk peta). Dimiliki oleh pesara Telekom Malaysia, Abang Fuad dan Isterinya, kak Ida. Baru-baru ni, Abang Fuad diserang strok, jadi keadaan beliau yang masih belum pulih sepenuhnya membuatkan beliau tiada di gerai.
Membariskan menu-menu Pulau Pinang dan se-Malaysia, sememangnya sedikit sukar untuk aku buat pilihan kerana ini adalah kali pertama aku berkunjung ke gerai ni.
Sayangnya, aku sampai ketika waktu puncak makan tengah hari semakin lewat iaitu hampir pukul 2 petang. Jadi, gambar-gambar tray makanan dah tinggal separuh ataupun dah habis terus.
Aku bukan fanatik udang, jadi aku tak tanya pun berapa harga udang besar kat sini. Sesiapa yang tak lalu masakan mamak, di sinilah pilihan terbaik rasanya kalau nak makan masakan Melayu. Macam aku, semua aku bedal, asalkan berkari banjir. Hahahaha...
Ayam goreng tepungnya dikatakan lebih sedap dari KFC. jadi apa lagi, aku pun kena try la sebab aku memang suka.
Ni apa yang aku amik, ayam goreng tepung + Telur Puyuh Sambal + Bendi + Salad 2 keping = RM5.90.
Berbaloi dan sedap. Tak sah lagi, ayamnya memang sedap dan rangup sebab memang baru masak. Rasa hampir-hampir macam KFC. Nampak macam tamak saja lauk yang aku amik kan?
Nah! Boss aku punya lauk! Pari bakar punya besar. Badan kecik 2 kali ganda dari aku, tapi makan 2 kali ganda dari aku. Hohohooooooo.....
Terima kasih bos sebab belanja. Save duit saya kelmarin. Memang tengah sengkek gila sekarang ni.
Terima kasih daun keladi, lain kali boleh belanja lagi.
View Mama Nasi Campur in a larger map
------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #18/30
------------------------------------------------
6 comments:
pergh!
meleleh!
to speedrider
tentu ko makan lebih sedap dari boss ko sebab kau makan free!
HA HAHAHAHAHAHAH HA HA~
ooo... klu menu mcm ni kat penang aku ingat dulu kat gerai nama rosram, dkt dgn smpg 4 sg nibong (xtau skrg wujud lg x?)
yg rosram tu dulu kira slalu jugak la aku pi selain nasik kandaq... harga pun murah, sedap dan berbaloi
gile makan rupenyer dia nih..
hehehee~~
sory baru nak follow ko..
ley kan?
boleh, tapi follow jangan dekat sangat. bumper gua mahal.
Post a Comment