Support Hidup Gua Sikit!

Tuesday, December 8, 2009

Sepatutnya Gua Study Sekarang....


Tak lama lagi (dibaca: lusa), gua akan menghadapi peperiksaan bertulis dalam pasca-hidup gua dalam bergelut dengan kerja demi menggenggam segulung kertas bercetak. (dibaca: ijazah sarjana-muda-lagi-gua-ni)

Demi menghadapi situasi mencabar itu, erm... Kenapa mencabar erk?
  • Form 4-5 gua amik Science Stream
  • Sijil Pekak Poli, gua amik Electronic Engineering
  • Gua kerja, tapi berkaitan dengan Electric and Physics di kompeni USA yang kununnya hebat sebab terlepas dari Chapter Eleven (link info) sewaktu recession pada 1997-1998.
  • Diploma Poli, gua sambung lagi menjadi seorang Mamat Engine.
  • Gua kerja balik dengan kompeni tu, tak lama lepas tu bungkus jugak akhirnya.. Nasib baik gua blah awal, colleagues gua dapat pampasan torchlight LED saja, apakejadahnya...
  • Sekarang gua kerja dengan kompeni yang alhamdulillah best jugak, tapi asyik dok kena iklan potong jer, gua rasa macam nak potong jer kabel TV tu....
  • Tetiba aja gua gatal sambung nak amik kertas bercetak, yang ada majlis konvo tu dalam bidang yang tetiba saja ada akaun perdagangan yang gua tak paham apa langsung, dan jugak teori undang-undang berniaga yang sepatah haram gua tak hafal. Gua ingatkan bila gua amik menatang ni, gua tak jumpak dah add math yang gua benci. Tapi malang betul nasib gua, gua jumpak jugak teori fungsi dx/dy dan lain-lain median mod hapakejadah tu balik. (dibaca: add math gua dulu dapat nombor orang kaya - lapan).
Kerja gua sekarang tak tentu masa. Kadang-kadang gua rasa bersalah terhadap family gua dan orang yang sayang pada gua sebab.... Gua asyik sibuk memanjang. Jadual gua sentiasa fully loaded.

Ehem, balik kepada perkara di atas.. Sepatutnya gua study sekarang ni.. tapi tadi lepas maghrib gua...:
  • Pergi bank cucuk duit yang gua pinjam kat Nurul sebab dah terlampau sengkek sangat sekarang.
  • Lepak jap minum kat stall burger.
  • Balik rumah cari buku akaun.
  • Tetiba jer terbukak fesbuk.
  • Tetiba jer boleh 'ter'jamming sengsorang dalam bilik lagu May. Practice balik chord yang gua dah lupa...
  • Terbuat benda kat bawah...:


Ahah!! Gua 'ter'buat layout baru blog gua untuk tahun 2010; Speedrider Networks 3.0. Macam celaka pulak rasanya. Gua rasa gua boleh dapat Anugerah Dekan la tahun depan. Tak pun, Anugerah Ijazah Diraja. Doakan gua yerk... Universiti yang Ali Setan pernah mengaji tu bagi can fail 3 kali sebelum fail terusssss.......

2 comments:

Ijau D. Koceng on December 9, 2009 at 7:06 AM said...

biasa la USM mmg baik... aku pun USMers ;) pnh merasa extent 1 sem hahaha...

mr.kordes on December 9, 2009 at 10:50 AM said...

wow!study beb!

sian org yg tersyg tu!=)

 

Speedrider Networks Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Speedrider ©2009

Blog Widget by LinkWithin