Maka, aku bawak saja macam biasa sebab hari ni, aku ada exam paper Makroekonomi kat USM, jadi buat kali keduanya aku bawak motor ni cross Penang Bridge.
Dari segi handling, dah tak rasa gayat macam mula-mula aku test kat kedai yang aku amik motor ni pada Jumaat, 11 Disember haritu. Stock setting macam ni, dengan keadaan aku galas backpack Deuter 42L, membuatkan motor ni terhuyung-hayang sikit di atas Penang Bridge pada kelajuan 125KM/H penangan angin lintang. Keadaan ni sedikit berbahaya, terutamanya kepada sesiapa yang belum pernah rasa angin lintang tu macam mana rasanya. Satu lagi, kemungkinan glove yang aku pakai tak berapa sesuai, terasa licin la pulak, setiap kali top speed, aku rasa macam nak terlepas hendal motor tu (dibaca: angin lintang), dan jugak penangan naik motor naked yang langsung tak ada wind shield, membuatkan aku yang berbadan comel ni terpaksa melawan angin yang datang.. Senang cerita, nak potong angin susah..
Cornering, tak berani pulak nak lebih-lebih turun amik sebab knee protector aku tak pakai harini, casual ride saja. Cuma.... Bila dah nampak selekoh exit Permatang Pauh dari Penang Bridge dan Exit Tol Bertam boleh menggoncang iman jugak amik corner. Kesimpulan.. Maxxis M6002 yang aku tukar, berbaloi. Cuma belum test di atas keadaan jalan basah saja. Test cornering akan di update kemudian bila aku dah buat trip round island nanti.
Selepas habis exam, tempat pertama yang aku tuju ialah kenduri member aku, Syed Adnan. Seorang rider Suzuki Shogun. Aku paksa dia possing atas motor nih jugak, peduli apa aku. kenangan seumur hidup. Selamat Pengantin Baru Nan oi... Kalau bini hang suruh jual Sagun hang tu.... Abihla, takdak alasan la aku nak pi rumah hang nanti.
Lepas kenduri, aku jumpak kejap Nurul ngan anak sedara dia di Kiosk Bertam. Minum-minum kejap sebelum Fauzan, admin web Belang R sms aku tanya nak lepak kat mana (tengah boring la tu..) Jadi, aku pun yang tengah stress dengan macam-macam masalah hidup ni terus bersetuju. Lepak kat mana lagi kalau bukan di RnR Bagan Ajam BORR. Banyak jugak yang aku bersembang dengan dia hari ni.
Fauzan, pertama kali aku jumpa hari ni. Selalu dok helo-helo pakai phone ataupun mesej dalam forum saja. Daripada finding, nampaknya bukan aku saja yang menghadapi masalah skru cover tercabut (tengok gambar). Fauzan punya pun tercabut jugak! Nampaknya suzuki kena la improve sket installation parts macam ni. Aku yang baru 2 hari pakai pun dah tercabut skru tu, apala nasib... Kalau aku laju sikit lagi rasanya mau tercabut semua skru, togel tinggal rangka motor sajalah jawabnya.
Maka, berkumpullah 3 anak muda duduk se'divider' membincangkan masalah-masalah dan idea-idea baru untuk memperbetulkan apa yang Engineer Suzuki buat yang tak betul.
Semakin lama, BORR makin "hangit" dengan Mat-Mat Rempit yang asyik superman sana, dan superman sini. Motor EX5 standard pun teringin nak rempit jugak... Biarkan sajalah.... RnR yang best untuk lepak lama-lama kat sini telah dicemari dengan aktiviti-aktiviti rempit ni. Orang nak sembahyang kat surau RnR pun tak kushyuk sebab bunyi bising.
Perbincangan 3 anak muda kemudian ditambah lagi dengan kehadiran seorang lagi Rider Belang, merangkap bapa saudara kepada Fauzan, iaitu Abang Amir. Orang lama ni banyak pengalaman, jadi, lagi macam-macam lah yang diceritakan pasal teknikal motor Suzuki neh.
Abang Amir adalah antara rider 'berani mati' pertama yang telah membuat tempahan motor Suzuki Belang R150 ni padahal pada waktu itu, belum dilancarkan.
Motor dia berada di dalam Lot #3 production motor ni, antara motor-motor belang yang pioneer di atas jalanraya Malaysia.
Jadi, peluang untuk bertanya masalah-masalah yang telah beliau hadapi aku tak tunggu lama-lama nak tanya. Heheheh, baru 1st time jumpa malam ni, tapi kami berempat bersembang macam dah kenal lama. Abang Amir, Fauzan dan Syed dah pernah berjumpa dah sebelum ni, aku jer yang baru jumpa dengan depa semua ni.
Malangnya, bila dah jadi photographer tak rasmi ni, dah tentulah gambar aku takder langsung. Hahaha, tapi itu adalah lumrah dari sejak dulu. Janji aku puas hati dengan apa yang aku snap.
Perjumpaan ringkas kami disudahi dengan acara mentekedarah di RS Tomyam. Syed Fadhil tak join sebab takut Tuan Syed (lecturer lama aku) tu marah dia balik lambat agaknya. Hahahaha. Terima kasih kerana sudi bertemu dengan aku. Petemuan ringkas yang cukup bermakna. Pasal pertemuan ni jugak, insya-Allah ukhuwah antara rider-rider Belang dapat dipereratkan. (dan sebab pertemuan ni jugak, aku terkantoi hisap rokok..... ces!!!! Esok aku tanak isap dah!!)
9 comments:
ntah bila last time aku bawak motor... 2006/07 kot? hahaha
nnti ada rezeki lebih insyallah nak beli sebiji motor/skuter jugak la
beli la bro. kadang2 ada jugak gunanya... terutamanya kalau nak pergi kedai runcit beli barang sikit2. hehehehe
kasik lepas dulu "projek-membina-masjid", nnti klu2 ada balance bleh la kot...
yeargh!! kawan aku lagi sorang dah nak kawen...
kalau bini marah gitar banyak sangat, cari aku dulu.....
taniah....Bro..
puas hati ker beli motor nie...selamat dtg ke dunia belang..jumpa lagi..
bro izani aka raider150,
bak kata amy search, berbaloi baloiiiiiiiiiii.... hehhehe
Kalo baca entry skala Puas hati mcm6/10.. Erm..Aku terpaksalah beli modenas GT128..tak pun LC125..hehe..
@amin,
review aku belum habis.
tahniah Mus! motor baru sembahyang hajat mintak ngan Allah semga selamat di jalanraya.. amin
Post a Comment