Support Hidup Gua Sikit!

Thursday, December 17, 2009

Mari Berhijrah


Aksi superman yang telah digayakan dengan jayanya oleh adik ipar Rita Rudaini, Aidil Zaquan di mana Vietnam telah menganjingkan Malaysia 3-1 pada perlawanan di dalam kumpulan yang telah berlangsung pada 6 Disember 2009.

Daripada gambar Bernama ini, tajuknya ialah:

Malaysia prove no match for tough Vietnam.  

STYLO PUNYA TAJUK

Malam ni, situasinya berbeza. Buat pertama kalinya, kem negara yang aku cuma kenal 2 orang kembar tu saja dapat bergembira ketika final. Kembar tu pun aku selalu salah teka nama. Taktau yang mana satu laki Rita Rudaini.

Malam ni, player kita semua senyum, dapat bersorak walaupun dah main 96 minit atas padang. Dapat bersorak sana sini. Dapat cium-cium pingat yang sudah 20 tahun kita tak pernah dapat. Pingat emas Sukan SEA. Malam ni giliran lawan kita yang suka menganjingkan kita untuk menangis di atas padang. Nampak kesian, tapi derita 20 tahun tanpa pingat, siapa yang peduli. Maka seluruh kem Malaysia wajar bergembira pada malam ni walaupun rasa-rasanya semua player Malaysia terlepas sembahyang Maghrib. Gambar AP ni telah diulas beritanya oleh wartawan yang tulis cerita kekalahan kita haritu dengan isinya:

The ‘winner’ came courtesy of an own goal by Vietnam’s Mai Xuan Hop’s in the 84th minute of a toughly-fought final. The football gold medal was also Malaysia’s 40th gold medal in Vientiane.

Owh, sebagai rakyat Malaysia, ada aku peduli dengan own goal Vietnam? TIDAK SAMA SEKALI. Malahan ketika Malaysia memperolehi gol tunggal di minit ke-84, rasanya ramai di antara kita rakyat Malaysia melaung-laung di depan TV agar Malaysia menggunakan taktik terkeji dalam dunia bolasepak iaitu berkampung di depan gol, dan kalau boleh bawak sekali bas player letak di depan gol. Kenapa? Kita nak menang!
Semoga FAM dapat berhijrah dengan tidak memberikan apa-apa reward kepada player kita kali ni. JANGAN MANJAKAN PLAYER KITA. NANTI SEMUA NAIK LEMAU dan akan mula bermain macam taik semula.

Sempena Maal Hijrah ini, aku berharap keadaan aku tanpa 'asap' yang keluar dari mulut dan hidung sejak Isnin, 14 Disember 2009 akan berkekalan.

5 comments:

Portdy on December 18, 2009 at 2:22 AM said...

salam hijrah

katakan taknak !(merujuk kepada babak filem Setem)

Dr. Bentara on December 18, 2009 at 4:06 AM said...

u can do it!

Katakan boleh!

berteromber on December 18, 2009 at 9:10 AM said...

tak kisah la macamaner pun kan..janji menang..

SkiD on December 18, 2009 at 3:21 PM said...

Alah.. janji menang. Lama sangat dah melopong.. Salam Maal Hijrah.

Bean on December 20, 2009 at 4:32 PM said...

erm, can we fire the head of FAM? Would it be considered "durhaka"?

 

Speedrider Networks Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Speedrider ©2009

Blog Widget by LinkWithin