Support Hidup Gua Sikit!

Sunday, April 5, 2009

Sekadar 'Buah' Mangga


Hari ni, dengan gembiranya, selepas sembahyang Subuh, aku terbongkang tidur balik hingga ke tengah hari. Walaupun aku dalam status standby hari ni, cukup cuak kalau dapat call breakdown awal-awal pagi. Dan dua hari ni dilalui dengan penuh ceria macam kanak-kanak Ribena - melepak di rumah.

Kadang² dalam keadaan cuaca dan suhu yang tak stabil boleh menyebabkan peralatan jadi tak betul dan jadi tiga suku. Suhu yang diantara 21°-32° adalah yang terbaik manakala dibawah 65° membolehkan sesuatu peralatan elektrik dan elektronik dapat bekerja dengan baik.

Sambil membaca apa yang aku merepek tadi.. ada nampak tak simbol ° dan ²? terfikir bagaimana nak melakukannya?

Aku menjawab cabaran Mazlan Idres di sini:

° - Tekan Butang ALT + 0176
² - Tekan Butang ALT + 253

Ada banyak lagi sebenarnya dan ia boleh dirujuk di sini.
Ok Lan, hang hutang kat aku Nasi Goreng sepinggan Isnin ni.

Bercakap pasal kod-kod ni... Celcom pun ada produk dia yang agal cool iaitu ZMS. Jadi, sesiapa yang nak rasa cabaran ber-SMS pakai ZMS, silakan. Aku sedia menunggu. Hehehe.




Lepas je makan dan sembahyang Zohor, selepas membaca surat khabar dan kemudian memikirkan masalah negara mengalahkan Perdana Menteri, aku pun keluar kejap ke depan kampung untuk lepak dengan kawan-kawan kampung. manala tahu kot-kot ada berita-berita terkini lagi sensasi tentang kampung tercinta ni. Sambil duduk kat kedai member yang sememangnya menjual surat khabar dan majalah ni, aku terpandang majalah yang selalu dikutuk... Apa lagi kalau bukan MANGGA.

Dan sekarang aku paham kenapa majalah tu bernama mangga, memang dia paparkan buah-buah mangga rupanya.... Semua kedudukan gambar kalau bukan di tepi kolam renang, berpeluk... Mesti dalam keadaan possing untuk tunjuk buah mangga gred apa.

Dunia oh dunia....

1 comments:

acece on April 5, 2009 at 8:21 PM said...

hahaha, simbol degree tu aku copy paste je dari wikipedia..haha..

² = alt + 0178
³ = alt + 0179

aku amat tertarik la ngan buah mangga..mangga luarnegara ada? wakakaka..

 

Speedrider Networks Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Speedrider ©2009

Blog Widget by LinkWithin