Support Hidup Gua Sikit!

Wednesday, April 29, 2009

Celcom - Gambar Kemenangan


Salam, minta maaflah.. sebab inilah entry paling poyo sekali aku pernah buat. Tapi memandangkan selain di blog, email, PM dan sebagainya yang asyik tanya aku apa yang aku menang, gambar apa yang aku hantar dan sebagainya.. Aku akan jawab.

Gambar tersebut dihantar untuk pertandingan:

Celcom: I Am Rockstar
Keyword: SEARCH
Availability: WAP Browsing only
Cara: Berikan Video/MMS yang menunjukkan anda dalam aksi rock. (macam poyo jer bunyik)
- amik gambar/video gedik GAYA ROCK ANDA macam aku amik tu..
- lepas tu, send MMS ke 26388 (pakai CELCOM la bai, takkan nak pakai line lain pulak..)
- lepas dapat confirmation la, apa la.. boleh terus ke untuk view gambar korang di MeTV. (bukak browser WAP henfon tu, pastu pergi jer kat homepage, carilah link ke MeTV).

Gambar yang aku hantar tersebut mengandungi beberapa unsur-unsur yang sedikit poyo. Hehehe. Berikut adalah unsur-unsur yang terdapat dalam gambar yang aku bagi tu.


Berambut pendek tak semestinya tak rock, malahan kalau bertopi pun tak semestinya tak rock. James Hetfield pun rambut pendek dan Amy Search pulak botak. Tapi maintain rock abes tak hengat. Jadi takda masalah dari segi rambut. Masalah pada aku cuma satu, memang aku nak botak dah pun. Jadi, aku terima aja ketentuan ini.



Ni saja aku nak tambah. Janggut ni macam-macam pendapat ada. Tapi bukan nak kata la, Janggut aku ni asli kaler oren kalau panjang sikit. Pencelup-pencelup sorry tak pakai. Asli 100% halal dia jadi kaler tu semulajadi. Antara insan-insan yang berjanggut oren sapa lagi kalau bukan Joe Wings.



Gitar dan baju band. Selalu jugak dulu-dulu ramai yang pakai baju Loudness, Iron Maiden dan sebagainya. Tapi aku suka sangat kalau dapat pakai yang dari Malaysia punya. Lebih class dan tak terlampau over. Gitar pulak jangan dicakap la. Instrument Favourite aku. - kredit to bro Kamal muzikrock.com




Kasut Aliph. Barang kemestian seseorang rockers. Susah nak dapat dah sebab rare gila benda ni. Dulu RM45-80 je (purata), sekarang mencecah ratusan ringgit sebab dah jadi collector's items. - Gambar credit to CDgtxx dari rockapak.org




Drug, Sex and Rock and Roll tak dapat dipisahkan. Tapi bukannya kita nak ikut pun sebab kita kan ada hukum agama. Gambar dari klip Alam Barzakh (Wings) - kredit to bro Kamal muzikrock.com





--------------------------------------------------------------------



Inilah gambar kemenangan tersebut:

1. Bertopi sebab botak
2. Perut boroi diselimutkan oleh t-shirt Hukum Karma - Wings!
3. Gitar Dean Dime 'O' Flame pinjam Metallan punya - kapak habes!
4. Seluar jeans buruk bertampal sana sini size jumbo sebab dah boroi. Kalau pakai seluar PVC kang ter'priapppp' pulak...
5. Kasut Nike yang ada iras-iras Aliph.
6. Hisap rokok dah tinggal puntung saja. Tapi sebab camwhore punya pasal, capai gitar dan mintak Nas terus snap satu gambar.
7. Tempat bersejarah, dekat aja dengan menara jam Kuala Kangsar. Hehehehehe.... Paham kan?



Terima kasih kepada semua yang bagi rate kat aku dalam pertandingan tersebut, terima kasih kepada Celcom sebab sponsor hadiah, terima kasih kepada Nas sebab amik gambar, terima kasih kepada Raja Mazlan (Metallan) sebab bagi pinjam gitar dan terima kasih kepada member-member di www.rockapak.org kerana sokongan hangpa semua!!!!



ROCK ON!!!!!! \m/ \m/

3 comments:

speedrider on April 29, 2009 at 10:21 PM said...

iklan power root - Pakcik menang motooooooooooooo

Nasrizal on April 30, 2009 at 12:39 AM said...

Wahh.. syok la hang... dapat hadiah apa wei...?

speedrider on April 30, 2009 at 5:14 PM said...

tiket SEARCH dan jugak sessi bertemu SEARCH sehari sebelum konsert.

apa aku nak cakap ngan lineup SEARCH pun aku dah blank dan taktau.

 

Speedrider Networks Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Speedrider ©2009

Blog Widget by LinkWithin