Support Hidup Gua Sikit!

Saturday, April 18, 2009

Eksklusif: Motosikal Baru Dari Suzuki Malaysia


Dah baca khabar angin aku tentang SUZUKI haritu?

Dengan ini, secara tak eksklusif. Aku dedahkan gambar dan nama motosikal baru Suzuki untuk pasaran Malaysia.
Nampaknya... pengumuman, gambar rasmi di media dan sebagainya adalah seperti biasa.... lembab!!

Namun, kebanyakan kedai yang menjual sudahpun menerima berita bahawa Suzuki bakal mengeluarkan motosikal baru, tetapi tanpa info dan gambar yang lengkap..

Secara rasminya, pesaing baru untuk kategori 4-Lejang, 150cc kepada Yamaha dan Honda.
Motosikal jenama luar dengan siri nama yang lebih 'Malaysia'. Paul Tan mungkin lebih kepada kereta, apa salahnya aku tumpukan kepada motosikal kan?

Dipersembahkan:


Suzuki Belang R150



Belang R150 Brochure




Belang R150 Specifications





Sekarang. Dunia telah melihat.
Kita tunggu pula berita rasmi (atau lebih tepat, pengiklanan rasmi dan lebih agresif) dari Lion Suzuki (M) Sdn. Bhd. tentang motosikal baru ni.

Kalau tak, apa yang Roda-Roda cakap memang betul.. Ada yang 'tak kena' dengan PR Suzuki untuk promotional di media.


Iklan dari Filipina...

6 comments:

Cyberyder said...

Moped yang mantap. Mungkin suzuki buat silent marketing. Depa risau supply x bole penuhi demand?? Hanya johari yang kenal manickam. Ketiadaan bakul tu mungkin bole diatasi dgn penggunaan tank bag kut?? Suzuki, what r u afraid of? U hav the giant killer model at yur disposal. Cherish the golden moment.....

speedrider on April 19, 2009 at 2:40 AM said...

Suzuki Malaysia pernah alami keadaan 'tak boleh memenuhi demand' ketika SMASH 110 dan SMASH PRO 110 dilancarkan. Di Malaysia 'kureng' demand, tapi order dari Indonesia memang gila-gila waktu tu.

Honda pernah mengalami kegagalan dengan Hurricane dulu. Ingat lagi Hurricane?

Adakah rakyat Malaysia bersedia menerima dan mengubah mindset untuk moped type jenis ini kembali?

Di Thailand dan Filipina, Suzuki Raider ni begitu hebat penangannya, boleh disaksikan di Youtube, Malaysia pula nanti bagaimana?

Satu khabar angin lagi ialah pada tahun 2010, semua motosikal Thailand akan menembusi pasaran Malaysia, mungkinkah?

persoalan yang belum terjawab...

masagus ismail on June 28, 2009 at 2:31 PM said...

di indonesia sudah masuk pada tahun 2004..

nama aslinya sesuai dengan nama di thailand adalah raider 150 di indonesia menjadi satria fu 150

main2 aja ke

http://www.ssfc.or.id/forum

itu adalah salah satu forum suzuki satria fu di Indonesia

speedrider on October 31, 2009 at 2:46 AM said...

masagus,
untuk malaysia, forumnya http://www.belangr150.com/

Anonymous said...

Robcoumma
rfgg

Anonymous said...

Robcoumma
rdpd

 

Speedrider Networks Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Speedrider ©2009

Blog Widget by LinkWithin