Hari ni, aku ralat sangat.
Aku terima berita kematian Abang Azmi semalam. Al-Fatihah.
Aku ingat lagi, last sekali aku jumpa dan bersembang dengan dia, ialah tentang rancangan untuk menghidupkan semula kolam ikan di tempat kerja aku. Dulu, Abang Azmi la yang selalu tukar air kolam, cuci kolam sebab water pump kolam dah lama rosak. Jadi aku dengan dia dah berkira-kira nak beli water pump baru untuk kolam tu.
Abang Azmi disahkan menghidapai komplikasi hati, buah pinggang dan jantung secara serentak. Aku terima berita kematiannya sewaktu aku memancing semalam. Jadi, aku rancang nak menziarah keluarganya dengan rakan-rakan sekerja pagi ni.
Tapi pagi tadi, hujan lebat membuatkan aku tersangkut di rumah. Tak berani aku nak bawak motor hujan-hujan atas Penang Bridge sebab dah dua kali aku hampir kemalangan atas jambatan maut tu sewaktu hujan. Tak pasal-pasal kang ada pulak kenduri arwah kat rumah aku.
Al-Fatihah buat abang Azmi Bin Majid, Penyelia Teknik Bahagian Kabel Utama, Zon 1 Bayan Baru.
Let-Go: S1-10 AE
-
Sudah setahun amp Blackstar Series One 10 AE dalam axology aku, tapi hanya
pernah dibawa jamming sekali sahaja di Luk Lalai Studio, selepas itu ia
terper...
14 hours ago
1 comments:
al-Fatihah~
Post a Comment