Support Hidup Gua Sikit!

Tuesday, January 19, 2010

Model Baru Suzuki Untuk Tahun 2010


Nampaknya, Suzuki berusaha keras untuk menjadi pesaing utama di pasaran Malaysia bagi tahun 2010. Setelah kedengaran ura-ura Modenas akan mengeluarkan jentera berkapasaiti 150cc, Suzuki yang telah selesa mengeluarkan Belang R 150 pada 2009, nampaknya menumpukan kepada segmen pasaran mesra pengguna pula. Untuk Belang R 150, keupayaannya telah dibuktikan sendiri dengan Ride Solo Satu Malaya tanpa tajaan (sedihnya).


Designed by rihuhs @ MBC


Berita ngeri buat peminat kapchai-kapchai laju. Ya, dari cerita yang telah disahihkan, cuma tanpa specs yang lengkap, model tersebut berkapasiti 110cc sahaja. Lupakan saja jika anda ialah mat despatch yang nak tolong bos anda fotostat dokumen juta-juta ringgit pada waktu pagi (eh, ayat macam kenal jer...), tapi sekiranya anda adalah pengikut Smash Revo dan anda ialah mat-mat motor yang cintakan kedamaian 'fun ride', motosikal ini ialah jawapannya.

2010 juga diberitakan bahawa Suzuki Belang R 150 akan direka semula. Berita sedih kepada pengguna-pengguna Belang. Nampak gayanya hidup anda akan terus diselubungi misteri bunyi-bunyi yang tak menyenangkan berpunca daripada 'auto chain tensioner' yang masih belum diperbaiki oleh pihak Suzuki.



Pic from Petronas ARRC Blog 

Sekali imbas, motosikal baru ini menyamai rekabentuk Smash Revo. Dan dengan berita Affendi Rosli yang telah menjuarai 115cc Underbone Asia Road Racing 2009 (overall), nampaknya Suzuki sepatutnya mengeluarkan model ini dengan 'sempurna'.

Sempurna yang didambakan oleh rakyat Malaysia ialah:
(itupun jika pihak Suzuki berminat nak tahu.....)

  1. Bebas daripada sebarang factory defect seperti masalah-masalah enjin seperti yang berlaku kepada Suzuki Belang R 150 (chain tensioner prob)
  2. Bebas daripada sebarang factory defect seperti yang berlaku kepada Smash 110cc (rear foot stand dan false gear/gear tendang)
  3. Aktiviti-aktiviti sokongan daripada Suzuki terutamanya after-sales services. Aktiviti-aktiviti seperti convoy sponsorship adalah sesuatu yang amat diharapkan oleh Suzuki owners. Malangnya, Suzuki Malaysia, seperti macam kedekut sangat nak buat aktiviti-aktiviti macam ni. Patutla motor tak laku.....
  4. Marketing dan Advertising. Sesuatu yang amat memalukan... Giant company such as Suzuki with minor advertising on media such as on Television and etc. Yamaha Indonesia can afford to 'use' Valentino Rossi on their Jupiter ad and Suzuki with...????
  5. Suzuki boleh berbangga dengan laporan-laporan di akhbar ataupun majalah yang biasanya akan melambung pujiannya. Tetapi, sekarang bukan 10 tahun lepas. Review-review bebas oleh penulis blog dan pengguna forum lebih dipercayai oleh pengguna (hampir-hampirlah...). Jadi, kepada 'mereka-mereka' yang berada di dalam Suzuki yang tengah brainstorm why Suzuki Sales drop within these years, take this note - user/rider now gain more info on the net such as news, forums and blogs.
  6. Spare parts - The most Suzuki owner fear off. The most ridiculous price and the availability of these parts in some stores, chase all the Suzuki 'newbies' away. Eg, look at this price of Suzuki Smash Gear Lever -  RM21.80.... Ughhh... headache!!


Apa-apapun, Suzuki, prove your "Ranggi Dan Radikal" with your marketing strategy. Dont 'RADICAL' with your price. I want to see more Suzuki bikes on Malaysian Roads like you have done with RG Sports and RGV 120 several years ago.


Suzuki, good luck for 2010.

17 comments:

Belang R150 on January 19, 2010 at 12:15 AM said...

ada engine spec x bro?

speedrider on January 19, 2010 at 12:17 AM said...

try tanya chopshop4000 @ mbc. hahahaha

zan on January 19, 2010 at 1:27 AM said...

RG dulu bersepah kat atas jalan bukan pasal time tu Wazi tengah top ka? Tu pun bila RGV kluar, puas kena titik dengan Racing Spirit & 125Z...

Cuma respek kepada panther & panther gamma yang agak berjaya menahan manipulasi rxz di awal2 kemunculan (y1 & y2).

Ijau D. Koceng on January 19, 2010 at 6:30 AM said...

hah! apa lagi? beli la, buat koleksi suzuki sbg hobi hang

p/s: hang dah ada RG pun xnak ngaku... RG(R321EX) hahaha

speedrider on January 19, 2010 at 9:33 AM said...

Zan, aku perbetulkan sikit...
RG tak pernah kena titik pun dengan Yamaha SS2 tu...
Masa RG, Meganathan yang bawak, lepas tu Wazi.

Lagi satu, hang kena compare apple to apple la..

Yam 125Z tu berapa CC dia.......

zan on January 19, 2010 at 9:38 AM said...

maksud kena titik aku bukannya RG kalah masa race..tapi kalah pada bilangan atas jalan. Masa scene race time tu memang RG yang conquer. bebudak cina kalau racing haram lawan budak melayu mesti pakai RG. Budak melayu pakai SS/SS2 biasanya akan kena bertiang...

Memang Mega yang bawak RG dulu tapi orang Malaysia lebih kenal Wazi sebagai "artis" RG sports...

speedrider on January 19, 2010 at 10:22 AM said...

hehehe,

Wazi - Raja Kapchai
fyi, aku pakai RG dulu.

mohd halimien fared bin mohd fisall on January 19, 2010 at 7:38 PM said...

Hidup suzuki. Walaupun tokey kedai ckp apek ja pki suzuki tp aku bli gak shogun 125. Aku dh pki rg110 1997,shogun125 2007, shogun125rr 2009 & belang r150

AcanCapik on January 19, 2010 at 9:37 PM said...

suzuki memang mantap. moto rg ayah sy dari tahun 1993 still beroperasi dengan mantap. harap suzuki boleh tingkatkan lagi marketing strategy...

speedrider on January 19, 2010 at 9:56 PM said...

@ijau
RG yang dalam bilik aku tu bunyi boleh dengar satu kampung wo...

@zan
betul gak tu. masa tu, harga SS two murah banyak dari RG dan RGV


@halimienfared
betul gak tu. telinga aku pun dah lali dengar statement macam tu.

@Shafiq
betul gak tu. sampai harini aku menyesal jual RG aku.

AcanCapik on January 19, 2010 at 10:20 PM said...

bro, agak rg nak convert pakai rgx nyer coverset leh x? (off topic sket) huhu...

speedrider on January 19, 2010 at 10:31 PM said...

bracket tak sama bro. kena modi sikit. kalau ko perasan, RGX 'ramping' sikit dari rg

AcanCapik on January 19, 2010 at 10:45 PM said...

klo bab bracket tu leh custom la kut. tapi nak dapat coverset tu kat ne ek? mahal tak?

speedrider on January 19, 2010 at 10:56 PM said...

ori mahal la, smash pun ori RM250++. try cari yang local punya. Kat penang ada kedai yang jual, kat KL atau selain dari penang aku tak sure

AcanCapik on January 19, 2010 at 11:48 PM said...

alahai, jauhnya penang. thanks anyway... ada duit sok boleh la wat kaw2 rg tu. huhu...

zan on January 20, 2010 at 1:27 AM said...

RG masuk lampu belakang RGV, TZM..pergh..giler old skool weh.
Pakai lak foot race tiga segi, kasi lutut lipat lebih, bukak air filter biar bunyik bobok...hahaha..

Tapi aku admire ngan Honda Hurricane & Suzuki Panther jerung..motor yang disebut2 kena "banned" oleh polis m'sia pasal laju sangat..ada sapa2 leh sahkan fakta ni?

speedrider on January 20, 2010 at 4:13 PM said...

Harap Maaf.

Image telah dialih atas arahan pihak Suzuki.

 

Speedrider Networks Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Speedrider ©2009

Blog Widget by LinkWithin