Saturday, August 22, 2009
Port Lepak Zaman Poli
Dulu, masa aku muda belia dan rambut masih lebat. Aku selalu lepak kat gerai brader Nasir. Tokey air yang paling sempoi dan boleh buat air apa jer yang korang nak ikut citarasa masing-masing.
Partner Abang Nasir ialah tukang masak. Jadi, kalau dah nama tukang masak tu, dah tentulah ada makanan!
Walaupun biasa-biasa saja. Tapi harga yang murah membuatkan order melekat dan menjadi pilihan kami time tu. Sekarang, kami kalau ada masa, memang kami akan lepak kat sini,
Air yang nama pelik-pelik jangan kata la:
Milo Tabur
Milo Turbo
Madu Tiga
Air Cinta
Air Tiga Rasa
Hah, pelik betul. Tapi layan..... Bayangkanlah ada 3-4 orang awek poli boleh minum Milo Turbo. Gila ker hapa gelas besar jag diaorang langgah. Tak senonoh btol awek-awek zaman sekarang. Mak mentua tengok pun boleh cancel!!!
Ahh... Antara gambar yang masih selamat dalam simpanan aku. Bayangkan 2 team rugby berkumpul, order seorang 3 gelas. Lepak dekat sejam setengah selepas game atau training. Lepas tu awek lalu... Riuh dan havoc!!!! Antara group teramai yang memenuhkan gerai dan paling huru-hara adalah batch 2001-2003. Hakikat yang Abang Nasir sendiri akui paling gila. Mau tak gila... Kalau 4 orang datang minum pun, order air macam 12 orang minum!
Sekarang, Abang Nasir pun dah berniaga di gerai baru. Dan alhamdulillah, syarikatnya iaitu D'Intai Cafe & Catering pun dah mengembangkan sayap untuk supply jamuan kenduri untuk 1200 orang. Terletak di gerai No. 7, medan selera Taman Pauh, berhadapan Politeknik Seberang Perai.
Abang Nasir, semoga perniagaan bertambah maju... Dan kenduri saya nanti kalau sampai jodoh, jangan lupa kasik diskaun kaw-kaw punya untuk Bihun Goreng Daging Sayur Takmau.... Saya ni kedekut orangnya.. Dan rock sampai tua...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
rock sampai tua...tapi sayur tak makan...ape daaaaaa~
milo tabur aku taw..milo turbo tak taw..
milo turbo! peh 1st time gua dengar ni bro ... heheh, apa-apa hal salam ramadhan dari gua n famili!
pehh
down memory lane nampak?
apa tu ,
sepanjang jalan kenangan ? haaa!
rocker tk mkn sayur ke>hahahahha!!!
tgk pic2 ni mula la nk cr nasik ayam cina nie...perut pon dh berbunyik2 nie!!
Bihun Goreng Daging Sayur Takmau....
ayat yg paling kelas!
har har har!!!
i like this post..
buat teringat aku muda2 dulu haha
Post a Comment