Support Hidup Gua Sikit!

Thursday, August 27, 2009

Midnight Blues


27 Ogos 2009, Isyak.
Tarawih terlepas lagi, hujan lebat. Abang-abang dan kakak-kakak semua pergi car pooling naik keta. Aku takdak keta. Melepak kat rumah. teringin nak buat satu benda.


WTF adalah benda 1st dalam otak aku kalau masuk melawat bilikku syurgaku ini. Sejak arwah ayah (pakcik aku yang aku panggil ayah) dah tak ada, aku jarang dah masuk bilik ni untuk memperoleh masa-masa emas untuk tidur.


Bilik yang pernah menjadi saksi kepada study group beramai-ramai masa final exam diploma yang jatuh pada World Cup ini makin berserabut. Semaksimum 6 orang pernah berkampung di rumah aku untuk menyiapkan assignment dan menyiapkan final project yang gila babeng. Sambil buat assignment, sambil tengok bola. Dan sorang jadik runner untuk beli burger dan teh ais depan kampung untuk buat stok makan.

Dan rasa-rasanya, 5 orang yang pernah berada dengan aku dulu dah lebih berjaya daripada aku sekarang. Dan rasanya-rasanya... 2-3 orang dah kawen kot, aku pun tak ingat..


Sofa buruk yang pernah menjadi saksi kepada sessi praktis sebuah band yang hampir-hampir terkenal satu ketika dulu. Dan kalau dulu dah jadi buat album, kompom dah menang Juara Lagu. Kutuk-mengutuk dan sessi marah-memarahi sesama sendiri menjadi lumrah. Asalkan tak hipokrit.. Mana la tau, kot-kot nanti bila dah femes, frontman buat hal dan buat group sendiri.


Tempat yang pernah menjadi saksi betapa peritnya kepala hotak menjelang saat-saat nak exam. Dan sekarang, rasa menyesal pulak bila buat part-time study time kerja. Pembohong betul, tak sempat langsung nak baca buku. Balik keja ja, letih dan asyik nak terbongkang. Agak-agaknya, macam mana la part-time students sekarang ni study?
  • Bodek lecturer?
  • Study maut?
  • Sediakan toyol banyak-banyak sebelum exam?
  • Suruh awek tolong?
  • Belasah aja, janji pass?
  • Tawakkal dan berdoa saja tanpa usaha?
Ah, gua taktau. Gua tensen bila pikir banyak-banyak benda ni.

Di sini jugalah sumber inspirasi sebuah band kampung yang hampir mengalahkan populariti band-band indie yang tengah naik sekarang. Mungkin akan jadi pelapis Kristal atau lebih bagus dari Kristal. Sapa tau... Menengahkan konsep muzik 'batu', janji bukan 'bebas' dan tak buat lagu Dangdut Rock atau Bolly Rock.


Gua rindu waktu dulu. Waktu gua takder tanggungan, waktu gua takder masalah, dan waktu gua kaya-raya (hampeh). Hanya pada-Mu aku berserah, dan hanya pada-Mu aku mengadu nasib. Apa-apapun, gua rasa... Gua patut teruskan saja hidup gua yang tak berapa best neh.

9 comments:

berteromber on August 27, 2009 at 11:25 PM said...

tu poster search wings lu frame eh?..cantik pulak nampak bila kena frame

speedrider on August 27, 2009 at 11:55 PM said...

ha'ah. frame. Rasa sayang nak gulung, takut rosak.. hehehe

nothing on August 28, 2009 at 1:14 AM said...

lu memang rock sejati bro...
bab2 blaja tue, paham2 la... nama pon part time... sendiri pk la...

keepin rockin..

Takilala on August 28, 2009 at 4:49 AM said...

gua pun nak frame gak aa poster ND live kat KL dulu tu.

Nazrishae Tuan on August 28, 2009 at 9:46 AM said...

jgn cakap hidup tak best bro.. kena bersyukur ... dah ada ibanez tajam2 tu..

abang besi on August 28, 2009 at 3:40 PM said...

gila rock bilik!!heheh...

mcm bilik gua!hahahaha...

eh tp bilik gua kemas sikit..hahaha

Aima Othman on August 28, 2009 at 8:25 PM said...

bulan....madu di awan biru...tiada yang mengganggu....bulan....madu di atas pelangi..hanya kita berdua....lalalallallaallalallaayannnnnnnnnnnnnnn :D

* ko ngdak mau amek bibik kemas itu bilik ka??? aku buat part time jadik bibik :P

speednang jugak..hihi.. said...

tapi kan..siriyesli...vid dedulu,bilik beliau memang kemas gila...kalah bilik perempuan rasanya kekadang..la ni pun..takda la serabut sangat..memang sentimentalla bro Mus la nih...harap ok naa.. :)

eddie dewanaga on August 31, 2009 at 4:48 PM said...

berasap time ujan mencurah memang heaven...!

 

Speedrider Networks Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Speedrider ©2009

Blog Widget by LinkWithin