Aku menjengah dunia 26 tahun selepas tok wan-tok wan aku merasa susah payah makan nasi dengan garam ataupun ubi kayu cicah nyiog parut.
Aku sekarang hidup dalam keadaan makan pagi set breakfast meal McD RM8.90 ataupun harga-harga lain yang tak masuk akal untuk secawan kopi tiruan dan daging yang penuh dengan bahan kimia.
Aku terlepas zaman arwah (mungkin) tok menakan aku ditahan, kemudian lesap tanpa berita kerana bonet kereta besinya ada bom tangan versi bom jepun yang macam botol tu.
Tapi sekarang aku hidup dalam zaman curiga-mencurigai berlainan bangsa.
Aku terlepas zaman di kala bangsaku dan bangsa-bangsa lain bersatu menentang penjajahan.
Aku sekarang berada dalam zaman bangsaku sendiri berpecah kepada 3 puak dan menuduh orang-orang yang terdahulu dariku adalah boneka Mat Saleh.
Apa-apa pun, aku adalah anak pasca-merdeka dan aku sentiasa berdoa agar negaraku sentiasa aman damai, bersatu dan serasi.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-52. Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang negaraku yang terlebih dahulu gugur di medan bakti.
0 comments:
Post a Comment