Support Hidup Gua Sikit!

Tuesday, March 3, 2009

RFC - Mai Sepinggen




Aku tak silap eja PINGGEN tu.. memang aku nak eja macam tu. Dulu, RADIX dengan kopi dan Mat Sallehnya dalam iklan dia sebut, "Mai Sechewenn..", Tapi kali ni, kalau dia import lagi Mat Salleh dalam iklan Restoran Radix Fried Chicken ni, mungkin kalau dia sebut, boleh jadi slang macam tu - "Mai Sepinggen..." (Aku rasalah..... Buat-buat tau...)

Pada hari Ahad, 1 Mac 2009, aku ke Sungai Petani sebab ada hal sikit kat situ, dan semestinya aku nak ke RFC, tempat yang diwar-warkan penuh dengan manusia tu. Tak dinafikan.. Memang ramai!



Aku beratur, lebih kurang 20 minit baru giliran aku nak pesan sampai, memandangkan ramai yang nak makan, aku pun order Combo Set yang ada 9 ketul ayam, 1 mashed potato (besar), 1 coleslaw (besar), french fries (kecil), 1 Radix Cola (besar) dan semestinya ada benda free satu, tak lain dan tak bukan.... 1 botol Sos Cili HPA. Hahahaaha.... Semuanya berharga.. bawah RM40.00 dan murah sikit dari KFC.

Pendapat aku sebagai peminat tegar KFC (tapi dah lama tak makan), kalau nak compare side-to-side, memang KFC menang (mulut aku).. Tapi kalau nak compare dari isu garam...RFC menang! Tak masin sangat macam KFC, ni terus terang aku cakap. Mashed potato dia pulak, rasa macam buat kat rumah, aroma mentega tu kuat dan tak terlalu 'mesin' seperti mashed potato KFC. (Aku suka mashed potato RFC, hehehe lemak berkrim). Dari segi kulit dan lemak pun RFC menang. Aku selak kulit daging ayam tu, kurang lemak berbanding daripada ayam-ayam KFC. Mungkin di sini, jelas penggunaan ayam organik seperti yang dicanangkan oleh RFC.


Tapi, sedikit 'kureng' pada Chicken Tortilla RFC. Memang nampak sangat pakai roti macam capati, sepatutnya RFC kena fikirkan roti yang lebih sesuai daripada mengunakan roti capati (liat tu...) dan isinya pulak..... sikit... tak best. Tempat makan pun kena ditambah lagi, sebab ramai sangat!!! Aku dapat tahu yang RFC dah pun membuka cawangannya di Shahab Perdana, Alor Setar dengan premis 2 tingkat (Kat Penang bila nak buka??)

Apa-apapun, RFC sebagai pesaing terbaru (dan terhangat) dalam pasaran harus memikirkan cara untuk mengembangkan lagi kualiti makanan dan servis kepada pelanggan. Aku duduk di RFC daripada lepas maghrib (pukul 8.15 malam) sampailah hampir tengah malam (11.20 Malam), dan apa yang bestnya.. Orang beratur membeli di kaunter tak putus-putus!!!! Paling sikit pun 6 orang!!!!!! Apa-apapun, satu pilihan kepada rakyat Muslim di Malaysia untuk membeli produk yang 100% halal telahpun ada. (Tokey RFC, maila bukak kat Penang pulak....)

3 comments:

❀aRaBeLLa❀ on March 3, 2009 at 2:02 PM said...

dia bedal capati kat mapley sebelah kot..

JJ on March 3, 2009 at 3:49 PM said...

aku balik sp kerap jugak tapi bila lalu depan RFC ja orang ramai sangat ..tak jadi la nak try Harap2 kali ni aku p boleh try kot ..agak2 time bila tak ramai orang ..jgn habaq time dia tutup dah la...haha

Anonymous said...

makanan lagi. best2..ko bleh buat blog jalan2 cari makan la mus. ada org ckp ko kuat makan. betul ke mus? tgk perut la brader..tak gitu? kekhekhke

 

Speedrider Networks Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Speedrider ©2009

Blog Widget by LinkWithin