Support Hidup Gua Sikit!

Saturday, July 11, 2009

Wings - Mr Barbarik





Entry sulung aku dalam sejarah untuk me'review' album dari Wings. Percaya atau tidak, review aku yang pertama tentang Wings bukanlah pasal album, tapi pasal konsert. Senang cerita, aku adalah antara normal fan of Wings, belum sampai tahap hardcore. (betul ker ayat aku?)

Sedikit lewat, aku review album ni setelah 9 tahun dipasarkan. Untuk versi CD ni, sudah tiada lagi borang pertandingan yang boleh menang guitar tu. CD ni ialah versi Sony BMG yang bagi Mobile Contents seperti yang tercatat di atas sticker di luar cover album. Berikut ialah details yang selalu kita semua hanya baca sepintas lalu, kemudian simpan terus dalam cover.

Album: Mr. Barbarik
Tahun: 2000
Tracklist:
  1. Keris Tak Ada Sarung
  2. Inspirasi Syakilla
  3. Singa Dan Harimau (feat. Asheed Def-Gab-C)
  4. 203
  5. Mayang Sulit
  6. Handal
  7. Julang Timur Tengah
  8. Samar Nan Terang
  9. Gua Henjut Je (Instrumental)
  10. Teater Mahamega
Penerbit: Joe Wings
Penasihat Penerbitan: J.S. Kevin
Penerbit Eksekutif: Johari Teh
Susunan Muzik: Joe Wings
A & R Eksekutif: Johan Aziz
Unit Promosi: Nova Music Consultant
Jurutera Rakaman Dan Adunan: Peter, Zairi dan Dott
Penolong Jurutera Rakaman Dan Adunan: Hafiz dan Aimi
Studio Rakaman: Menora & Synchrosound
Studio Adunan & Mastering: Synchrosound Studio
Jurutera Mastering: Faisal, Dott & Amraj
Studio Latihan: Fly Wings Studio
Konsep Dan Rekabentuk Kulit Album: Tapa
Ilustrasi: Foad
Line-up: Mus (vokal), Joe (Guitar & Chicken Shaker), Eddie (Bass), Black (Drum)
Sessionist: Kris Roza (Keyboard & Piano)
Sponsor: Guitar Store



Album ni juga acapkali disebut sebagai 'album tahun kesedihan' dimana jelas, di dalam inlay album, tercatit nama Allahyarham adik dan bapa Black, serta Allahyarham ibu kepada Joe. Namun, di kalangan pendengar-pedengar Wings, seringkali album ini menerima jolokan 'album terberat' yang pernah Wings hasilkan (info - Sayap2Wings).



Buat aku pula, artwork album memainkan peranan penting dalam pembikinan sesebuah album. Dan tanpa ragu-ragu, aku bagi 5 bintang untuk artwork yang terdapat pada Mr. Barbarik (CD). Untuk versi kaset, aku tak pasti.



Untuk lagu-lagu dalam Mr. Barbarik, aku komen untuk lagu yang aku suka saja.

  1. Keris Tak Ada Sarung - Lagu ni yang membuatkan aku menerima kehadiran Mus di dalam Wings. Tak dinafikan, Biru Mata Hitamku sememangnya menjadi siulan ketika aku Tingkatan Satu (budak berhingus lagi), tetapi ketika itu, kekok gila aku nak menerima insan yang bergelar Mus May di dalam Wings. Maka, period tahun 1996-2000 dipujuk dengan frasa... takpa, dia Mus May, aku Mus beranak bulan May!
  2. Singa Dan Harimau - Dua vokal unik berpadu dalam satu album. Itulah kesimpulan aku.
  3. 203 - Apa yang merah dan apa yang marah? Kenapa ada hitam dan apa kaitannya pulak dengan angka 203? Haram aku tak paham langsung.. Tapi apa nak buat, layan kepala bila dengar lagu ni.
  4. Mayang Sulit - Susah aku nak cakap kenapa. Vokal Mus lain macam untuk lagu ni.
  5. Samar Nan Terang - Sedikit slow, tapi petikan dan rhythm guitar membuatkan aku boleh layan lagu ni. 3/5 tahap suka.
  6. Teater Mahamega - Argh, ekstasi!!!! (betul ker eja Ecstacy dalam Bahasa Melayu? Atau aku kena translate Urban Leisure jadi Keasyikan Urban?)


Apa yang aku perasan, suara Mus telah mula bertukar menjadi lebih parau di dalam album ni. Maka, hilanglah suara sedikit sengau Sendiri dan Gadis Bertudung Putih daripada Mus. Adakah gara-gara Mus practice untuk menyanyi dengan lebih heavy untuk album ni? Atau, adakah kerana kelanjutan usia Mus membuatkan suara dia lebih parau?

Apa-apapun, perkataan Barbarik muncul dalam Teater Mahamega, dan boleh dikatakan keseluruhan lagu (90%) adalah lagu-lagu yang berat. Tentu boleh agak kan lagu mana yang tak berat? Maka, bersangkutankah Barbarik (gasar) dengan berat? Boleh diterima... BERAT! (dan hebat!)

P/S: Jangan keliru antara Mus yang disebutkan di atas dengan Mus yang sedang menulis. persamaan yang sama antara Mus di atas dan Mus Penulis ialah ...

"dia tu Mus May, aku ni Mus beranak bulan May"

7 comments:

Portdy on July 11, 2009 at 8:32 AM said...

Sound album ni berat, maksud aku sound keset yg aku beli agak pecah, maybe kalau cd tak kot?...membuatkan aku tak dapat menghayati album ni sepuasnya...zaman ni mampu beli keset jek...budak hostel masa ni

artwork best!
lagu boleh tahan, gua suka keris, sama mayang sulit,

feveret album wings yg bukan awie nyanyi adalah Orang Asing!
so wa tak prefer sound berat sangat ni....

anyway nice review.

matakucing on July 11, 2009 at 9:19 AM said...

"Gua Henjut Aje" pon best..paling terkesan aku tgk masa dorang memula reunion promosi Naga Kramat kat orange, KL. Joe blasah lagu ni haha. Yup mmg betul..album paling berat dari segi sound. Tupon sebab masa tu market tgh gila metal & album ni guna method "live" rekoding. Muzik jamm sekali semua cuma part solo & vokal jer asing.

deaf-angel on July 12, 2009 at 8:33 AM said...

first song album ni is the best ever.

Great post Speedrider. Aku suka.

Aku harap ko dapat kumpul semua koleksi Wings hehe. Aku pun tak boleh game dah kumpul. Tapi try carik yang rare dulu

speedrider on July 12, 2009 at 1:41 PM said...

insya-Allah. Thanks untuk semua komen. Sememangnya setiap koleksi Wings yang ada akan di review. I'll try my best.

Yang rare tu yang tengah dicari. Jenuh jugaklah mencari. Kedai cd/kaset sekarang bukan macam dulu. kalau tanya pun semua blur (sebab anak2 tokey more to business only)

zan on July 13, 2009 at 9:48 AM said...

Dalam "Berbarik" ni aku suka 2 track. Kalau dengar 2 track ni automatik kepala mesti mau goyang. Singa & Harimau n Teater Mahamega.

Yang pasti, lirik2 Wings kena baca banyak kali baru boleh paham. Ni semua penangan arwah J.S Kevin yang memang tak suka "ikut jalan sehala" (gegar gunung gemora).

Erm..Singa & Harimau tu lagu Jembo DefGabC. Tapi bassline..perghhhh

eddie dewanaga on July 13, 2009 at 12:03 PM said...

gua suka album ni, tapi personally, Mencari Asal Usul lebih mencuri hati... dengan lagu Dilailah (hidup mati damai perang) yg sungguh mencabar vokal...

semua orang punya pendapat sendiri...

Mohd Fa'ad on November 9, 2009 at 2:51 PM said...

lama da tak dgr lagu2 dari album ni, zaman wing dan mus adalah zaman luarbiasa. album2 yang diterbitkan juga adalah luarbiasa, aku sokong eddie dewanaga. mencari asal usul lebih menyengat, sampai sekarang mp3 lagu2 wing bersama mus tetap ada dalam playlist aku. album raya pun aku buat koleksi, joe punya riff memang dahsyat. vokal mus memang ganas, blues ular sawa.

 

Speedrider Networks Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Speedrider ©2009

Blog Widget by LinkWithin