Semalam, buat pertama kalinya aku pegi company punya annual dinner dan pertama kalinya jugak aku menang lucky draw. Dapat water heater orang bujang jerk..... Kalau dapat Honda Civic F2D Type-R ke kan lagi best? Hehehehehe, kalau menang moto, bolehla aku buat lawak macam Power Root tu,.... "Pakcik Menang Motorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr".
Punyalah ramai masa dinner, kebanyakan bawak family, dan pada aku, part yang menarik pun masa pertandingan karaoke. 5 orang jer masuk dan ke-5-5 orang tu dapat hadiah!!!!! Kalau aku tau, aku pun nak masuk!!!!! 3 pekerja (termasuk seorang Eksekutif) menyanyikan lagu rockapak. Nanti aku upload video tu. Yang muda sikit nyanyi lagu Jinbara - Farhana, aku ingatkan dia yang akan menang, tapi dapat no. 2 ja. Yang mennag, ada anak staff sorang tu, nyayi lagu Adibah Noor - Kau Terlalu Istimewa.
Berbaloi jugak la, jam 2 jam dekat Jeti Feri. Yelah, sekarang kan musim Pesta Penang, malam minggu pulak tu!!!
Flashback Friday: Erectus SMR 2024
-
Video persembahan Erectus semasa gig Sarawak Metal Regime 2024 bulan
Disember lepas yang dimuat naik dalam channel YouTube Azrol.
*Syair Siulan Sayu*.
*...
2 days ago
0 comments:
Post a Comment