Aku berjaya menghabiskan 1 annual leave aku dengan 'gatal kaki' nak ke Pahang. Takder apa yang best melainkan tengok banjir sampai tahap pucuk pokok kelapa sawit.. Aku terperangkap jap kat Kuantan sebab jalan -Bentong-Raub-Benta-Jerantut-Temerloh (satu-satunya jalan selepas highway Lanchang-Temerloh ditutup) turut dinaiki air pada hari Jumaat. Dengan makanan yang tak best sebab manis-manis, aku pulang dari pahang dengan letihhhhh gila rempah kari alagapas. Pengajaran untuk korang semua, jangan la gatai nak ke tempat banjir kalau ada yang terkena banjir. Dan akhirnya aku dapat jugak makan nasik kandar banjir kat area rumah aku sendiri. No place like home.
Blaze Bayley - Infinite Entanglement Trilogy
-
Aku dah jauh ketinggalan bas dengan perkembangan rilisan rasmi Blaze
Bayley. Kali terakhir tahun 2018 dengan perolehan CD *The Redemption Of
William Bla...
3 days ago





0 comments:
Post a Comment