Support Hidup Gua Sikit!

Sunday, December 23, 2007

Wings @ Pesta Sungai Nibong, Penang


Setelah hampir 2 jam aku tersangkut di Penang Bridge, akhirnya aku sampai tepat pukul 8.55 di entrance Tapak Pesta Sg. Nibong. Sampai aja kat pesta, senior aku iaitu DJ Roslin (emcee pesta) pun datang borak ngan aku dan tak disangka-sangka pulak dia bawak aku jumpak in-person ngan Wings members (kecuali Joe sebab dia datang lambat). Aku pun tatau berapa lagu yang Wings main semalam, yang aku ingat, Ranggi Metropolis, Jerangkung Dalam Almari, Misteri Mimpi Syakilla, Semalam Yang Hangat dan 2-3 lagu apa ntah.



Akhirnya setelah 2 kali impian aku nak ke Planet Hollywood tengok showcase diaorang tak kesampaian, semalam tu macam dream come true pulak, dah tu, duduk melepak atas stage, sebeleh Joe pulak. Pergh puas gila aku!!!!! Masa memula tu, nampak macam ada technical glitch sikit bila joe mengadu kat crew diaorang yang sound system ada problem sikit, dan lepas problem tu fix, apa lagi... Naik syeikh la Joe goreng berapi-api gitar dia. Hehehheeh bukan senang nak tengok Joe goreng depan bijik mata.... dan jugak tengok dia tersilap tekan pedal, tersilap tekan string masa tengah goreng dan.... tengok dia berpeluh-peluh (sebab masa memula tu, kipas blower tu tak dihalakan kat dia, dihalakan kat aku!!!! Hahahahhahahaa)

Aku terkilan gila sebab aku tak bawak digital camera/camcorder, sebab aku budget nak tengok macam crowd lain, tapi rezeki yang tak disangka-sangka membuatkan aku berada atas stage (Heheheheheh TQ Bro DJ Roslin). Dan yang paling aku tension sebab aku susah payah bawak poster dari rumah, ingatkan nak suruh diaorang sign autograph sikit, tapi masa mula-mula aku duduk sebilik ngan Awie, Eddie ngan Black, Joe tak nampak batang hidung lagi pun... Dia datang jer, terus perform atas stage.


Kecewa punya pasal, aku sambar beli cap Wings logo gold tu dengan harga RM20.00 seketul, dan brader kat meja tu hadiahkan kat aku badge Wings satu (sebab dia kesian kat aku kot.... Wings tanak sign autograph aku). Hahhahahahaha. Malam tu jer aku dapat tengok konsert sebab hari-hari yang akan datang, dah semestinya aku sibuk ngan keja......

Lepas show jer, kami bertiga terus ke Batu Feringghi memancing dan dapat la ikan gelama 2-3 ekor, dan sekarang, tepat pukul 6.45 pagi, aku baru sampai rumah da!!!!

Saturday, December 15, 2007

Sessi Lawatan Banjir Di Pahang


Aku berjaya menghabiskan 1 annual leave aku dengan 'gatal kaki' nak ke Pahang. Takder apa yang best melainkan tengok banjir sampai tahap pucuk pokok kelapa sawit.. Aku terperangkap jap kat Kuantan sebab jalan -Bentong-Raub-Benta-Jerantut-Temerloh (satu-satunya jalan selepas highway Lanchang-Temerloh ditutup) turut dinaiki air pada hari Jumaat. Dengan makanan yang tak best sebab manis-manis, aku pulang dari pahang dengan letihhhhh gila rempah kari alagapas. Pengajaran untuk korang semua, jangan la gatai nak ke tempat banjir kalau ada yang terkena banjir. Dan akhirnya aku dapat jugak makan nasik kandar banjir kat area rumah aku sendiri. No place like home.

Sunday, December 9, 2007

Annual Dinner 2007



Semalam, buat pertama kalinya aku pegi company punya annual dinner dan pertama kalinya jugak aku menang lucky draw. Dapat water heater orang bujang jerk..... Kalau dapat Honda Civic F2D Type-R ke kan lagi best? Hehehehehe, kalau menang moto, bolehla aku buat lawak macam Power Root tu,.... "Pakcik Menang Motorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr".

Punyalah ramai masa dinner, kebanyakan bawak family, dan pada aku, part yang menarik pun masa pertandingan karaoke. 5 orang jer masuk dan ke-5-5 orang tu dapat hadiah!!!!! Kalau aku tau, aku pun nak masuk!!!!! 3 pekerja (termasuk seorang Eksekutif) menyanyikan lagu rockapak. Nanti aku upload video tu. Yang muda sikit nyanyi lagu Jinbara - Farhana, aku ingatkan dia yang akan menang, tapi dapat no. 2 ja. Yang mennag, ada anak staff sorang tu, nyayi lagu Adibah Noor - Kau Terlalu Istimewa.

Berbaloi jugak la, jam 2 jam dekat Jeti Feri. Yelah, sekarang kan musim Pesta Penang, malam minggu pulak tu!!!

Thursday, December 6, 2007

Worktrip - Pulau Jerejak


Sepanjang 24 tahun aku diberi peluang hidup di muka bumi ni... Ni lah pertama kali aku menjejakkan kaki ke Pulau Jerejak. Heheheheh, buat malu kaum jer, dahla aku ni orang Penang, tak pernah datang pulak tu!! Ye lah, Pulau Jerejak ni bukan ada apa pun. Dulunya dikenali sebagai Al-Catraz Malaysia sebab ada penjara kat sini dan jugak pusat buangan pesakit-pesakit kusta. Sekarang ni jer ada JEREJAK RESORT & SPA dan ada limbungan kapal di sebelah bahagian pulau ni. Aku datang pun atas sebab kerja dengan bos aku. Apa yang best kat Pulau Jerejak ni aku pun tak taulah labu...... Apa yang sure, aku dah jumpak Tongkat Ali punya pokok LIVE beb...... lepas ni aku pun akan jadi SUPER POWER!!!! Wahkahkahkahkahkah....

Masa aku nak balik, dikhabarkan diaorang jumpa MAYAT kat pantai pulau ni dengan keadaan tangan terikat di belakang... Pergh, malam ni kita tengok berita, layannnnnnnnnnn (macam Melodi la pulak)

Tuesday, December 4, 2007

WITT - Band DIY


Sebenarnya CD ni dah lama aku cari - hilang. Sekali terjumpak bawah katil anak sedara aku. Aku beli masa tahun 2002 dulu. Masa ni, band-band indie banyak yang buat album DIY (Do It Yourself) - dari segi pembuatan, studio, penjualan sampailah ke peringkat promosi.

Aku uploadkan mp3 dari W.I.T.T. dari simpanan aku yang terselamat ajer... Masa aku jumpak CD ni, magnetic layer dah mula mengelupas dan yang tinggal cumalah cover album nya saja. Ada 5 lagu yang sempat aku rip masa memula aku beli CD ni dulu termasuk sebuah lagu Unplugged. Untuk sekadar peringatan, band WITT ni pernah di'cover' ceritanya dalam ROTTW dan Dragon kalau tak silap aku. Ini kerana vokalisnya merupakan drummer kumpulan tersebut itu sendiri. Macam mana, susah kan? Sambil ketuk sambil nyanyi. Itulah uniknya WITT waktu itu. mana diaorang menghilang sekarang, aku pun taktaulah labu.....

Info lanjut WITT aku sertakan dalam bahagian MUSIC (macam biasa, untuk contact aku sahajer...)

Monday, November 26, 2007

Hari Yang Agak Sempoi




Hari ni agak menarik sikit... Sikit je..... Buat keja macam biasa, sampailahhhh time petang masa aku pegi buat keja kat Teluk Kumbar, aku jumpak brader ni. Dia Unit lain dan jugak tempat lain, tapi masih dalam unit yang sama. Jumpak aku jer, dia terus tanya, "Amacam Mus, hang dah pi angkat dah ka gitar hang? La ni hang pakai gitar apa?"... Start je dia tanya macam tu, terus rancak je kami bersembang sambil 2 orang lagi tengah join-join sekali. Sembang punya sembang pasal SYJ, dia sedikit terkejut bila aku bagitau yang Eduat dah arwah. Dia tanya aku macam mana aku tau? Aku jawab la, dari forum jerlah...... Start lepas tu dia cerita pasal sorang-sorang dalam SYJ, especially Arwah Eduat, Amir dan Man Rani. Lepas tu dia refer kat Pak Syed pulak, tapi aku tak berapa dengar sebab brader sekerja aku mintak aku tolong dia buat keja. Aku ngan dia ni sebenarnya jumpak atas sebab keja, sampailah salah sorang veteran bagitau yang brader ni dulu main band, tapi aktif kat Hotel ngan Night Club jer. korek punya korek dapat la link (secara lisan oleh veteran-veteran sekerja) antara dia dengan zaman-zaman rock kapak dulu. Dan aku pun barutau yang salah seorang anggota VAGRANT jugak adalah pekerja sama dengan company aku sekarang ni, cuma sekarang dia dah transfer ke Sarawak. Dan FYI, Ali Mamak pun dulu kerja sama ngan company aku, cuma sekarang dia dah bersara.... Best dapat sembang ngan orang-orang lama macam Brader Nasir ni..... Hehehehehe. banyak nasihat ngan tips yang dapat, tu yang paling menarik.

Dan buat kali pertamanya...... Aku upload kat korang sebuah album Dance dari KAOMA - WORLDBEAT.. Aiseh, tak rock pulak kali ni, cuma at least aku dah selamatkan kaset aku tu....Khas untuk contacts aku jer.......

Sunday, November 25, 2007

Hujung Minggu Yang Boring


Adoi.. Semalam ngan hari ni aku betul-betul 'mati-akai'. Tak tau nak buat apa. Semalam keluar lepak-lepak ngan member kampung. Lepak makan satay kat kedai makan, tengok sat Zoom-In (BPR) dengan artis undangan Khalifah. Bolehla layan... Sambil tengok tu, aku ber-SMS ngan Bro Conan (http://qursany.multiply.com/), dok tanya macam-macam dan kutuk macam-macam pasal BPR punya show dalam Zoom-In kat TV2 tu. Pening kepala aku makan satay minum Kopi Radix. TAK NAK SECAWAN dah.... Hari ni pulak, aku bangun jer, nampak mesej customer tu.. hampeh la diaorang ni, dah tau tengah kritikal ni, hantar la technician tu attend kat rumah dia. Minggu ni betul-betul spoilt la mood cuti aku.. Geram punya pasal, aku rip album STRATEGI dari MAY keluaran tahun 1991. Heheheheh, sori yerk, yang nak jiwang-jiwang dari MAY, dalam album ni takder style-style melankolik macam tu. Yang ni adalah album keempat dari MAY... Zassssss layannnnnn....

Dan seperti biasa, album ni untuk contact aku jer..... hohohohohohoh...

Saturday, November 24, 2007

Hari Penuh Tekanan


24 November 2007 (gambar sekadar hiasan) - Hari ni masa aku baru bangun tido, terus rip Junction album Arah. Tetiba je aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon... aiseh macam kenal je nombor ni. Customer da.... Adoi tension btol la bila orang yang sepatutnya attend kat rumah customer tu, tak pergi. Kalau tipon, takperla jugak... Ni tak telefon langsung. Cilok punya cilok, nasib baik dia paham. Tapi orang yang aku cakap tu, secretary customer tu, bos dia mamat Jepun. Lepas 10 minit macam tu, Jepun tu call aku. Hampeh la, dibantainya aku teruk2, rasa macam nak letak telefon ajer pun tadi! menyampah aku!!!!! Bukan salah aku!!! Tapi biasa la Jepun, kalau dah janji hari ni, ditunggunya technician tu tak datang2, melompatlah dia pun... tapi pesal nak marah aku pulak? Aku bukannya unit yang attend rumah customer, siakkkkk la jepun nih! Dahla speaking pun berterabur, hampeh.

Tapi dalam dok tension-tension macam tu... Secretary dia tipon aku balik, mintak maaf kat aku sebab bos dia marah aku. Pastu puji aku pulak. Dia kata, susah nak dapat orang macam aku, walaupun bukan aku punya salah, aku try jugak take care problem apa yang jadik tu. Kembang-kempis jugakla aku tadi.. Muakakakakakakakakakakaka... Sejukkkkk sket ati aku yang dah panas membara tadi.

Esok, kalau technician tu tak pergi jugak rumah customer tu, time tu aku pulak la yang nanti melompat!!!

Friday, November 23, 2007

Gaji dan Sesuatu.....


Hari ni ialah hari gaji!!!!!!

1st sekali... Aku bayar hutang RM500.00 kat ayah aku 9adoi, ada lagi RM1000.00 nak bayar)... Bayar huatang kat kak aku RM200.00. Belanja mak aku beli barang rumah RM50.00 (lepas la Nescafe aku tetiap pagi dan petang..) PTPTN tak sempat bayar sebab online transfer bengong hari nih..., duit tipon+streamyx RM180.00 dan malam pulak........

Aku blanja member makan Char Koey Teow Permatang Pauh, pegi beli VCD Karaoke kat atas tu (Battle Of The Band ngan Scorpions Accoustica), dan ada la DVD sket-sket...... Beli bateri handset aku pulak, melayang RM20.00 (adoi dah berapa kali aku beli bateri da.... ada sesapa nak sponsor aku henfon baru?)

Yang best sekali, member aku bagi aku mikrofon free!!! Fuyyo!!! malam ni aku nak melalak kat rumah..... Hahhahahahahahahaha

Power Plant TNB penang Terbakar!


Aku ada post secara MMS dekat life blog aku di http://mblog.com.my/speedrider.

Kemarin sewaktu last point keja aku ngan bos-bos aku, ada power dip di E-Gate (kompleks perniagaan), dekat jer dengan Jelutong Expressway. Ingatkan Power deep biasa jer, masa nak balik tu, nampak asap berkepul semacam jer belakang TESCO Penang. Hrm... Mungkin orang bakar sampah agaknya... Tapi sekali Power Plant terbakar da!!!!!!! Kalau api tu sambar loji minyak sebelah tu, mau bergegar pulau beb!!!!!

Dan dengan bangganya, kami adalah orang awam petama sampai kat situ untuk tengok wayang free.. Macam gambar Die Hard pulak... Siap jadi polis sementara kawal trafik pulak aku kelmarin. Hahahhahahahahahaha

Tuesday, November 20, 2007

Rip Dari Kaset


Malam ni, pukul 9 Malam, aku dah buat benda mengarut. Aku start Rip dari koleksi kaset-kaset aku. Aku mulakan dengan kaset Evolusi (Album: Evolusi). Sebenarnya aku nak pi tempah cable untuk Line-In, tapi nampak gayanya tak sempat sebab keja bertimbun (padahal duit takder!).


Jadi, aku gunakan alternatif lain. Cable guitar la aku sebat!!! Aku cucuk kat headphone out Hi-Fi aku, aku cucuk masuk ke Mic in PC aku. Hampeh jer bunyi, tapi at least terselamat jugaklah kaset aku ni dari rosak macam tu jer... Bila dah masuk ke MIC in, pepaham jerlah bunyik macam mana... Tapi belasah jerlah............................ Kalau aku pi kedai, dia charge aku RM20.00. Huh! baik aku buat sendiri!!! Rasa-rasanya kaset aku ni dah nak arwah dah, bunyi tenggelam timbul... Adoilaaaaa....



Thursday, March 29, 2007

Butterfingers - Tentang Tentang




Tolongla abaikan suara aku yang teruk tu. Aku cuma best kat lagu ni bila dengar lirik dia yang sinikal. bila didengar berulang kali, rasa macam terkena batang hidung kita sendiri. Betul tak?

Cromok - Another You




One of the well known song by Cromok. Adapted by Amuk as Seakan Menguji

Friday, March 16, 2007

May - Cintamu Mekar Di Hati




Lagu ni adalah salah satu favorite aku. Banyak member-member lain tak berapa suka lagu MAY, tapi aku suka. terpaksa la strumming cara sorang-sorang punya showmanship.
 

Speedrider Networks Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Speedrider ©2009

Blog Widget by LinkWithin