Support Hidup Gua Sikit!

Wednesday, October 28, 2009

Merchandise




Aku kena berterima kasih banyak-banyak pada Lan sebab beri kami semua souvenir ni dari Sabah. Lan baru jer balik dari makan angin di Sabah pada minggu lepas. Dia pergi dengan Azrul. Depa pi klik-klik depa ja, aku depa tak ajak sebab mulut aku ni komplen banyak kot, takut terhempas Air Asia nanti aku cerita tak berenti.

Aku taktau yang ni rebana ataupun drum SONOR, tapi aku belasah ja terima dengan ucapan terima kasih banyak-banyak pada Lan. Dia bagi sorang satu ja, tapi aku snap semua sekali apa yang Lan borong.



Sabah, seperti ramai yang orang cakap, best tempat dia. Aku ja yang tak sampai-sampai lagi kat sana. Yerlah, orang yang tak berduit macam aku, kalau nak ke Sabah, mungkin 20 tahun lagi kot kalau aku menabung dua hari seringgit. Tapi, oleh kerana terlalu ramai kawan-kawan yang dah ke Sabah, semua info dikumpulkan sebaik mungkin. Alhamdulillah, masa sekolah dulu, Rusdi dan Shahnon adalah member satu batch aku yang disponsor Yayasan Sabah, jadi sedikit sebanyak dapat la sedikit info.

Abang Nordin masa aku kerja kat Komag juga adalah tourist guide terbaik sebab dia berasal dari Tawau. Jadi, banyak cerita Sabah, aku dapat daripada Abang Din. Apa yang best tentang penduduk Sabah, ramai kat sana yang terer main gitar disebabkan banyak jenis gitar selain Kapok yang murah-murah dijual di sana. Kata Abang Din kat aku dulu, kebanyakan gitar tong di Sabah dibawa masuk dari Filipina, dimana workmanship dan sound-nya adalah sedap sekali. Kira-kiranya, sesiapa yang beli Takamine dan Taylor tu, memang betul-betul 'duit taktau nak buat apa' punya kaki la.

Jadi, benda ni sajalah yang aku pesan kat Lan. butang baju Melayu mutiara. Kalau kat sini, rata-rata orang jual dalam RM15.00-RM30.00. Tapi aku yang memang dah tau harganya, suruh Lan beli. RM5.00 sahaja. Berbaloi. Ori tak ori, belakang kira, janji lawa.



Akhir sekali, benda ni jugaklah yang aku pesan. Abang Jasni pernah hadiahkan aku cap Air Asia kaler hitam, jadi aku nak matchkan.. Aku pesan kat Lan suruh sambar kaler merah punya kat aku. Jadi, 2 kaler utama cap ni aku dah ada, tengah memburu yang special edition cap Air Asia pulak.

Tapi bila pulak aku sendiri yang nak naik kapal terbang dan travel?
Hrrmmmm.. Seperti yang aku kata tadi la kot, seringgit dua hari selama 20 tahun, pastu baru aku travel. (malanglah bakal bini aku nanti)


------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #3/30
------------------------------------------------

3 comments:

lumut on October 28, 2009 at 9:13 AM said...

smart2....

aku pon xsmp sabah lagi.rilek2.

Liliyuli on October 28, 2009 at 2:21 PM said...

*jeles*

Takilala on October 28, 2009 at 5:46 PM said...

tu mutiara jenis air tawar. kalau jenis air masin mmg x dpt hrga gitu bro.. huhu.

 

Speedrider Networks Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Speedrider ©2009

Blog Widget by LinkWithin