Support Hidup Gua Sikit!

Tuesday, October 27, 2009

Everyone Connects



Entry ni, kalau bukan aku join Blog Marathon 1 Hari 1 Entry Abang Ben, sahih aku dah publish. Tapi aku terpaksa scheduled entry ni ke 27/10/2009 untuk menepati syarat Blog Marathon tersebut.

Aku rasa, semua orang dah dengar lagu ni kat tv dan radio. Mesti semua hairan, lagu yang sedap tu siapa yang nyanyi. Akhirnya semua kemusykilan itu terjawab. Ya, di sebelah kiri teks ni bukanlah banner ataupun iklan Nuff Nang aku, tapi aku rasa baik korang tekan butang play tu sambil membaca entry aku kali ni.

Pemenang The Ultimate Shout Awards dan Rockstar Award (SHOUT 2009) ni, BUNKFACE adalah band yang menyanyikan lagu tersebut. Menarik dan kena dengan tema iklan Everyone Connects. Lagu Through My Window ini telah menjadi BUZZ (klik untuk maksud) di Malaysia sepanjang minggu ini. Dengan irama yang amat 'catchy' dan pengiklanan yang berbeza dan menampilkan Facebook sebagai medium utama, ramai orang yang tertanya-tanya siapa penyanyi lagu tersebut. Samada dari dalam Malaysia atau luar negara?

TM sebagai penaja utama 'projek' ini, wajar diberikan pujian kerana berani mempertaruhkan sesuatu yang baru di Malaysia. Walaupun benda ni kalau betul-betul internet freak, mesti dikatakan Malaysia meniru konsep luar.

Opps!! Adakah aku kata meniru tadi?

Aiseh, terlepas cakap la pulak kan. Sebenarnya benda ni bukan baru. Banner Concert seperti ini telahpun dilakukan oleh Axion untuk membantu pejuang-pejuang muzik di sana terutamanya golongan belia. Jadi, konsep yang sama telah digunakan di Malaysia. Yang menariknya, walaupun ada suara-suara sumbang mengatakan idea ni bukan original dari Malaysia, sekurang-kurangnya ia adalah yang pertama dilakukan di Malaysia tanpa dijangkakan oleh sesiapa pun!

Dan suatu lagi, lagu Through My Window juga bukan dicipta di Malaysia. Ngeh ngeh ngehh... Memang aku ni suka buat spoil betul kan? Lagu ni diberikan nafas baru oleh Bunkface, dan Bunkface dalam kenyataan rasmi di Facebook turut menyatakan:

"Through My Window - This song is not ours, it’s everybody’s. This song is owned by the public who collaborates to sing this song and believe in what it’s promoting. Which is why the public are invited to sing it their way, remix it their way, do what
...ever they want with it. We’re just lucky to be the initial band behind this song. So, follow up guys!! There will be so much more!!" - Bunkface



Ya, itulah tujuan Everyone Connects; BERKOLABORASI.
Maka, statement laman Oh! Artis adalah terbatal secara sendirinya (aku suka buat spoil kan).

"Memang best sangat lagu ni. Tahu siapa yang nyanyi? Local talent beb! Mati-mati ingati Simple Plan ke, Blink182 atau Green Day. Hehehe. Kudos buat Bunckface. Korang nengok dulu iklan diorang ni, sangat-sangat comel dan menarik. Kretif ya rabbi orang Malaysia zaman sekarang! Tabik spring lah! Bunkface juga menggayakan pelbagai cara permainan untuk lagu tersebut. Lawak habis! Boleh usya di sini. Atau korang boleh main Mixer lagu tersebut di sini." - Oh! Artis.



Sila dengar betul-betul lagu di atas. Lebih kurang saja kan. Cuma pembawaan, arrangement dan lirik sedikit berbeza. Konsep tersebut digunakan juga di Everyone Connects di mana semua adalah dijemput untuk join benda ni. Selepas Bunkface, artis lain yang terlibat ialah Tomok (Pujaan Amin), Shila anak ND Lala dan Modread (Pemenang Twisties Bingit). Semua artis-artis tersebut membawa Through My Window dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu mengikut gaya mereka sendiri.

Jadi, anda bila lagi nak berkolaborasi dengan mereka? Ada berani? Aku menantikan sebuah "Through My Window" versi Rock Kapak, Rock Keras dan Metal pulak.... Syabas kepada semua yang terlibat untuk memajukan industri muzik kita yang semakin tenat.

Gua tak berani sebab badan gua tak muat dalam kotak banner tu. Hahahahah..

Laman Rasmi - Everyone Connects
Facebook Rasmi - Di Sini
FB Bunkface - Di Sini
Twitter: Di Sini

P/S:
Jangan tanya aku macam mana aku letak banner concert tu kat entry ni. Sama ja macam Everyone Connects, mungkin dah ada orang lain yang dah buat macam entry aku. Nasib baik aku tak mengaku aku yang buat dulu, kalau tak, jenuh kena bambu!!


------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #2/30
------------------------------------------------

2 comments:

Takilala on October 27, 2009 at 7:50 PM said...

nice entry beb. hmmm aku tgh pikir muat ke kotak tu ngan aku kalau band aku ikut.

berteromber on October 27, 2009 at 9:54 PM said...

menarik ni..thanks for sharing

 

Speedrider Networks Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Speedrider ©2009

Blog Widget by LinkWithin