Support Hidup Gua Sikit!

Monday, September 28, 2009

Giant Memang Penipu


Aku ingatkan bila aku dah terkena pasal kes TV dulu (jika tak ingat, boleh baca kat sini), kemungkinan itu cuma kebetulan kecil saja.

Hari ni, cuti punya pasal, aku dan Nurul keluar la beli barang-barang rumah sikit. Aku jadi driver ja.

Nak dijadikan cerita, makanan kucing ni, selalunya berharga RM13.99. Jadi, Nurul pun amik la macam biasa. Tapi masa dekat-dekat nak balik, check balik dekat resit tu, dah naik harga RM16.99 untuk makanan kucing ni.

Aku yang sememangnya suka cari pasal dari dulu, terus ke Information Counter Giant (Sunway Carnival) untuk tanyakan kenapa jadi macam tu padahal dekat pek tertera dengan jelasnya harga RM13.99. Setelah 2-3 kali berulang ke tempat asal pek tersebut diletak, dengan jelas takde harga dipamerkan (Kesalahan 1: Kementerian Pengguna). Lepas tu, pompuan Info tu suruh salah sorang staff kat situ check harga pek kucing dalam sistem Giant. Dengan confidentnya dia cakap, pek tu harga RM16.99.

Aku, sebagai pengguna. Menggunakan hak pengguna aku - HAK UNTUK BERSUARA.
Aku hentam staff kat situ.
Aku kata, itu korang punya pasal la sistem korang, apesal tak letak display?
Dah menyusahkan orang!!! Bila sticker melekat dengan jelas harga RM13.99, peduli apa aku dengan database korang?

Untuk kali keduanya, staff department Pet Food dipanggil. Kali ni, staff tersebut menyatakan harga di pek ialah harga lama, harga baru ialah RM16.99. Tak sempat label katanya.
Ah, bullshit!
Aku tak nampak sorang pun staff Giant yang re-label balik atau tengah sibuk buat kerja-kerja penukaran harga barang kat situ tadi. Nak menipu lagi?
Aku terus bagi warning; kalau aku bawak kes bodoh harga RM13.99 ni sekalipun, aku confirm menang kat mahkamah.

Hanya permintaan maaf saja yang staff tu bagi.
Untuk kali kedua, aku maafkan walaupun aku rugi. Diaorang ada offer untuk refund, tapi aku dah lambat sangat nak ke tempat lain.

Kesimpulan yang aku tetap nak bagi: GIANT MEMANG PENIPU!
Berhati-hatilah kalau korang nak beli barang kat situ. Baik aku beli kat kedai runcit rumah aku lagi bagus!

Perasaan marah aku membuak-buak bila ada beberapa driver bangang dan aku pun taktau macam mana boleh pass lesen memandu park kereta depan main entrance. Aku nak keluarkan trolley aku pun susah. Nasib baik aku tak bawak pad-lock tadi, aku rasa macam nak lock aja trolley aku kat kereta-kereta yang ada driver bangang tu.



Saja ja aku letak trolley betul-betul sentuh bonet kereta tu. Bangang!! Menyusahkan orang.

12 comments:

Seroja Jingga on September 28, 2009 at 9:50 PM said...

ni nampak sangat menipu nye nih!
terang terang!..bagus bro! gua sokong!
tapi kalo gua jadi lu,
gua tak park troly kat depan kete
dia..gua park kat atas bonet dia!
bangang tul!

Seroja Jingga on September 28, 2009 at 9:50 PM said...

ni nampak sangat menipu nye nih!
terang terang!..bagus bro! gua sokong!
tapi kalo gua jadi lu,
gua tak park troly kat depan kete
dia..gua park kat atas bonet dia!
bangang tul!

Seroja Jingga on September 28, 2009 at 9:50 PM said...
This comment has been removed by the author.
zan on September 29, 2009 at 1:02 AM said...

Padahal Giant tu syarikat Malaysia tu.. Sapa nak jawab ni?

matakucing on September 29, 2009 at 9:08 AM said...

mmg cam tu..aku pon pernah terkena.. aku ingat kena stby buku kecik ngan kalkulator la kalau nak bli brg..sblm byr kira siap2

SkiD on September 29, 2009 at 9:20 AM said...

Sabar..sabar.. Tapi patut kena buat aduan kat Kementerian ni.. Kot-kot boleh saman 1 juta ke...

Nazrishae Tuan on September 29, 2009 at 2:58 PM said...

ambik price tag tu letak kat kete yg parking depan entrance tu kasi jual terus.. ni semua kes menzalimi orang nih... buat report best ni bro!

Takilala on September 29, 2009 at 10:13 PM said...

Nampak sgt pekerja Giant tu mengular, tak letak harga baru.

deaf-angel on October 1, 2009 at 6:22 AM said...

aku sokong pasal ko sanggup bersemuka, kalo aku pun, mungkin aku just shrug it off dan tak beli kat sana lagik.

thanks for sharing this info

mr.kordes on October 3, 2009 at 8:19 PM said...

ekau nie mmg la semangat pendekar halilintar!salute!!!!

Ijau D. Koceng on December 12, 2009 at 10:25 AM said...

nampaknya hang pun jenis baran menyirap darah (mcm aku) jugak naa...

speedrider on December 12, 2009 at 11:23 AM said...

@ijau,
sekali sekala

 

Speedrider Networks Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Speedrider ©2009

Blog Widget by LinkWithin