Ayah,
Mus ingat lagi, dulu ayah garang gila.
Kita jarang bercakap hampir 18 tahun.
Tapi, lepas habis SPM...
Pelik, ayah dah macam best friend Mus.
Ayah,
Ingat tak, dulu ayah kata...
"Aku bagi kat hang RM30 sebulan, pandai-pandailah hang nak hidup."
Seksa time tu dok pekin duit..
Tapi, alhamdulillah, dengan cara tu.. Sampai hari ni, Mus dah tau nak hidup bila kesempitan duit.
Ayah,
Ingat tak dengan arwah ayah Che Abu?
Memang Mus membesar dengan dia,
Tapi tau tak,
Semua orang tau Mus anak Man (panggilan ayah)
Dan Mus bangga sebab ada dua ayah.
Ayah,
Mus takdak apa-apa nak bagi kat ayah tahun ni.
Sememangnya terkilan sebab langsung tak dapat bagi apa-apa lagi,
Cuma satu saja...
Terima Kasih Ayah atas semua kasih-sayangmu pada kami anak-anakmu.
Selamat Hari Bapa kepada bapaku, Abu Bakar Bin Ahmad.
Al-Fatihah kepada bapa saudaraku, Abu Bakar Bin Nayan.
Boxing Diaries: January 2026
-
Kembali menyertai sessi tinju selepas tiga minggu bercuti hujung tahun.
Selepas sessi pertama 2026 minggu lepas, hampir tiga hari badan aku
lenguh-lenguh...
1 day ago





2 comments:
slamat hari bapak juge :D
sama la kita ada 2 pak.. nak bagi duit kena gilir2, kekadang siap miss lagi sbb tak cukup baget.. haha..
Post a Comment