Hari ni, aku pergi kerja dengan kereta. Bukan selalu beb aku pergi kerja dengan kereta. Tetambah pulak dengan kereta sport macam ni kan. Pergh, time bawak ni, aku memang eksen, hidung boleh tadah air ujan!
Bila dah sampai opis, payah betul nak parking. Takkan aku nak parking bawah pokok mempelam? Rosak abis la cat aku kan... Tak boleh jadi ni.
Cis, aku terpaksa jugak mendedahkan identiti superhero aku neh. Autobots! Transform!!!
jet jet jet nyettt...!!!! Roll out!!
Fuh, letih betul drive jauh-jauh datang opis. Rasa macam nak tergeliat jer urat belakang ni. Lega betul bila dapat stretching macam ni.
Arghhh!!!! Terkangkang aku dengan bil-bil bulan ni. Bukannya sikit nak kena bayar. Aduhai.... Teruk la macam ni, tokey balak pun boleh bankrap beb!!
Yeeha!!! Nasib baik hari ni hari gaji. Selepas bayar bil, bayar hutang dan sebagainya. Seperti dijanjikan dengan seller satu barang ni, semua pembayaran telah dilunaskan. Terujanya aku!! Kuikuikui...
Bila dah kurang sikit kerja hari ni, apa lagi. Surf-surf la sikit. Rupa-rupanya Jacko dah mati. Kalau betul dia masuk Islam haritu (di-Islamkan oleh Yusoff Islam dan disaksikan oleh abang Jacko sendiri, Jermain), betapa untungnya Jacko ni, mati dalam Islam, dan seperti bayi yang baru lahir jer amalannya dihitung. Syukur! Bila melihat tarikh kematiannya, aku sayu..... Aku teringatkan sahabat aku, Allahyarham Ijan.
Itulah cerita dari aku yang kerja tak banyak hari nih. Merepek jer dalam office. Tak sabar aku nak tengok cerita Transformers nanti!!!!
Sekian, tamat cerita bergambar.
Time II
-
Lagi album terbitan 2024...
*Wintersun - Time II (2024)*
Tak pernah dengar walau satu lagu pun dari Wintersun sebelum ini. Macam
rasa dah cukuplah denga...
16 hours ago
4 comments:
kecik jer rupanye bumblebee petronas tu....
tula bro,dia beruntung mendapat hidayah Allah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan org beriman...
Tgok, jangan x tgok transformers 2...tgok versi IMAX lagi gempak kot...hehe
wahh makin hebat page ko mus.
sangap nak tengok transformers ke brader..??
hahahha.!!!
Huhuhu speed! Kena demam transformers ke?
Berkenaan pengislaman MJ tu masih kabur la. Kalau baca kat laman rasmi Yusuf Islam & Dawud Wharnsby Ali, mereka menafikan terlibat dengan dakwaan akhbar British yg memulakan berita pengislaman MJ tu. Kau boleh baca kat bawah
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1245845974404&pagename=Zone-English-ArtCulture/ACELayout
http://www.yusufislam.com/faq/did-yusuf-help-jackson-become/
Wallahualam.
Post a Comment