Support Hidup Gua Sikit!

Thursday, December 25, 2008

Sayap-Sayap Wings @ Penang


Semalam, Wings datang lagi ke Pesta Penang untuk Tahun 2008. Wings mengadakan persembahan di Pesta Penang pada 24 dan 25 Disember 2008. Aku sempat menghadiri persembahan Wings semalam iaitu pada 24 Disember 2008. Meriahnya kali ini ialah dengan kehadiran Sayap-Sayap Wings. Teruja sungguh aku ke persembahan Wings kali ini kerana aku juga menyertai Sayap-Sayap Wings, hahahahaha.

Wings memulakan persembahan sedikit lewat dari jadual (macam biasalah, hehehe) dan kali ni, Awie lebih banyak berinteraksi dengan penonton berbanding dengan tahun lepas iaitu tahun 2007. Kali ni, aku tak duduk atas stage dah, ingin mengenali lebih ramai Sayap-Sayap Wings yang lain (sebenarnya tahun ni aku takder kabel nak naik atas stage, alasan jer tu hah... hehehhhe). Kali ni, WINGS banyak menyanyikan lagu yang agak jarang-jarang dibawa ketika show, dan tidak hairanlah jika banyak penonton yang sedikit hairan apabila Awie menyanyikan lagu-lagu tersebut (termasuk aku... sebab tak tau lirik lagu tu. hahahaha). Bro Awie pulak, first time depan mata aku terlupa lirik ketika menyanyikan lagu Biru Mata Hitamku (asalnya nyanyian Mus, macam nama aku jugak), tapi dengan pengalaman lebih daripada 21 tahun berjaya di'cover' oleh showmanship Anggota WINGS yang lain tanpa ramai hardcore Wings yang lain berada di bawah terperasan...

Tahun ni, jumlah penonton sedikit kurang berbanding tahun lepas iaitu tahun 2007. Tak dinafikan semua tu memandangkan promosi tahun ni amatlah kurang (boleh dikatakan tiada langsung!) dan ini menyebabkan ramai hardcore Wings tidak mengetahui tentang persembahan tersebut. Namun, di tengah-tengah persembahan, semakin ramai penonton yang memenuhi ruang penonton di bawah dan yang mengisi ruang tersebut ialah brader-brader yang membawa anak-anak dan keluarga mereka sekali. Sudah tentu mereka semasa muda amat meminati Wings, kalau tidak, manakan sanggup bersesak-sesak dengan anak-anak dengan golongan muda untuk show Wings! Aku respek pada brader-brader ni, rock-rock jugak, tanggungjawab pada keluarga tidak dilupakan... (lepas ayang beli semua barang dapur dan ronda-ronda pesta, bagi abang tengok WINGS pulak tau? Fair and Square, heheheheh)

Semasa pertunjukan, aku sempat berjumpa dengan ramai insan yang selama ni aku cuma dapat berinteraksi di alam siber seperti Bro Ijan, Pak Mail, Zan Bassist, Zul Leftback dan beberapa orang lagi yang mungkin aku tak cam (harap maaf dari hujung kepala yang takder rambut ni sampai ke kaki, bro semua~) . Dan paling aku teruja sikit bila aku rasa macam kenal jer brader ni... Sapa lagi kalau bukan Bro Yatt and Sis Nadia, Happy Rockers Family dari Hanya Rawk and Roll. Selamat berjumpa bro and sis!

Selepas selesai persembahan, sessi makan-makan telah diadakan di Restoran Kapitan, Chulia Street antara Sayap-Sayap Wings dan kumpulan Wings. Semasa sessi ni, semua ahli Sayap-Sayap Wings berpeluang mengambil autograph ahli kumpulan Wings dan sempat berborak dengan semua anggota Wings. (dah tentulah ramai yang bertanya bro Awie tentang isu Kumpulan Naga yang ditimbulkan di Harian Metro baru-baru ini).


Aku pun tak melepaskan peluang untuk bertemu antara gitaris kesayangan aku (eee.. tak rocknya ayat aku...), sapa lagi kalau bukan Bro Joe. Dengan muka tak malunya aku mengusung Ibanez RGR321EX aku semata-mata nak mendapatkan 'mandrem' autographnya. Hahahahahaha, rasa melayang jer dunia ni bila tandatangannya ada kat gitar aku. Terima kasih banyak-banyak abang Joe! (lepas ni rasa macam sayang pulak nak pakai gitar tu, aku buat frame baru tau!!). Aku juga mengambil autograph semua anggota Wings di baju 21st Anniversary Wings dan buku Memorabilia (aku eja silap ke apa nih...) sebagai satu simpanan aku yang paling berharga... (apa-apapun takleh celen Pak Mail malam tu sebab semua anggota Wings letih jari sign SEMUA koleksi cd dan kaset Wings, hahhahahaha)

Apa-apapun, terima kasih kepada Sayap-Sayap Wings kerana sudi turun ke Penang walaupun anda dari jauh. Segala kekurangan kami di Penang, janganlah berkecil hati (terutama layanan mamak Kapitan yang lembab dan silap amik order tu...). Maaf dipohon kerana saya tak dapat turun pada malam ni (malam terakhir show Wings) kerana saya pun baru jer bangun tidur memandangkan semalam selepas show, kami buat aktiviti tahunan kami selepas show........ MEMANCING!!!! Heheheh



Kepada Sayap-Sayap Wings yang baru, silalah rajinkan diri anda melayarai http://sayap2wings.com untuk segala info dan maklumat terkini perjalanan Sayap-Sayap Wings. Kami semua sedia membantu ada dalam info-info terkini, cuma jangan malu bertanya aja. Macam asas Sayap-Sayap Wings, "Make Us Like Brothers"!

Saturday, December 20, 2008

Jom Pakat Mai Penang!!!



Memandangkan tahun 2008 hampir melabuhkan tirainya.. Dan dikhabarkan segerombolan Sayap-Sayap akan terbang ke Penang dalam masa terdekat ni untuk bersama-sama di Pesta Pulau Pinang, dengan berbesar hatinya aku akan membuat self-advertising untuk negeri aku yang tercinta ini.

Orang kata, Penang ni syurga makanan sebab hampir semuanya ada (dan semestinya sedap), maka cerita aku kali ni akan lebih tertumpu kepada hal-hal yang berkaitan dengan sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.


1. Nasi Kandar Line Clear, Georgetown - klik sini untuk peta


Kedai yang terletak di "lorong-lorong gelap Ranggi Metropolis" ni sebenarnya adalah yang terkenal di Pulau Pinang selain Nasi Kandar Beratur (sebelah Masjid Kapitan Keling). Nasi Kandar Line Clear terletak di Jalan Penang (Penang Road), betul-betul di hadapan kedai Pitchay Gunny (dulu masa Levis susah nak ada butik, kedai ni la pembawa masuk jeans Levis). Menariknya Line Clear adalah jika mood mamak tu baik, tiap kali lepas siap letak lauk dia akan kata, Line Clear ka? Dan kalau kita pun dah puas ati dengan lauk atau campuran kuah, kita katala LINE CLEAR, hahahahaha...

Sesunguhnya, lupakan tentang khabar angin yang menyatakan Line Clear ni kotor. Memang la kedai ni sempit sebab betul-betul dalam lorong dan sedikit merimaskan tempatnya. tapi Alhamdulillah sepanjang aku pi makan kat sini, belum pernah aku masuk hospital akibat keracunan makanan. Lagipun, banyak lauk dimasak betul-betul depan kedai, tengokla sendiri mamak tu masak kalau tak percaya.... (abaikan jelah ada tikus berlari, dah nama pun lorong...) Kalau time malam pulak, ada dijual susu segar dengan yang paling special, Susu + Telur (boleh kembang tekak punya stok ni..) hahahahah

Kesesuaian makan: 24 jam

2. Nasi Kandar Kampung Melayu, Air Itam - klik sini untuk peta

Hah, nasi Kandar ni special sikit sebab dia hanya bukak dari bukak dari waktu pagi sampai tengah hari saja. Rasa Gulai Ayam dia memang marvellous hingga menjilat kaki eh, jari.... Dulu, tukang bancuh air dia ialah Tokey Cina, tapi pagi tadi aku pi makan (gambar baru neh....), tokey Nasi Kandar ni dah beli tapak kedai minuman (dalam kedai yang sama jugak) dan sekarang ianya 100% Muslim operated. Lauknya sikit saja tapi dengan rasanya yang sedikit unik menjadikan kedai ni sentiasa diserbu kaki Nasi Kandar walaupun sedikit jauh dari bandar. Jadi, tak hairanlah 2 lot rumah kedai dibuka untuk menampung jumlah pelanggannya yang ramai.

Kesesuaian makan: Sarapan pagi dan tengah hari.

3. Nasi Padang Minang (dulu International), Georgetown - klik sini untuk peta


Okey, untuk insan-insan istimewa yang tak lalu dan geli geleman dengan Nasi Kandar, bolehla try kedai ni. Terletak di Transfer Road, adalah sukar untuk mengalahkan rekodnya sebagai pemegang kedai Nasi Padang yang tertua di Penang. Seingat aku waktu aku kecik-kecik, namanya ialah Nasi Padang International (worlwide tu, hehehehhe) kerana ia terletak di bawah Hotel International. Jadi, bolehla pekena Nasi Padang disini sambil menghirup kopi 'O' kaw Cina.

kesesuaian makan: tengah hari

4. Roti Canai Transfer Road - klik sini untuk peta



Ia terletak hanya beberapa meter dari Nasi Padang Minang seperti yang diceritakan di atas. Yang ni pun satu punya kegilaan rakyat marhaen di Penang. Kedai ni memang hardcore roti canai lovers punya port lah. Sambil makan, sambil bersedia untuk lari!!!!! Yerlah, kedai betul-betul tepi jalan besar. Sayup-sayup jer lori, bas dan kereta lalu depan korang sambil korang pekena roti canai (macam tengok wayang orang racing kereta). Dengan kuahnya yang masyuk terutama jika ditambah daging, pasti membuatkan anda berpeluh dahi bila pertama kali mencubanya. Bagi yang tidak hardcore, sure anda akan mencari tandas selepas itu (ini serius dan bukan main-main)

Kesesuaian makan: Pagi, awal pagi.


5. Bazar Chowrasta, Penang Road - klik sini untuk peta

Terletak di jalan yang sama dengan Nasi Kandar Line Clear. Jangan tak singgah ke sini!!! Port wajib untuk anda membeli jeruk Penang. Walaupun masih ada port lain di Sungai Ara dan Balik Pulau (kilang jeruk), di sinilah port terbaik anda untuk merasa jeruk buah salak, pala, mangga dan lain-lain untuk dibawa sebagai buah tangan bila pulang ke negeri masing-masing. sekitar Penang Road, anda boleh window shopping atau merasa Cendol Penang yang sempoi dan macam-macam lagilah.
Warning.... Dekat area bazar ni ada banyak kedai kain. Kalau bawak bini tapi tak sanggup ikut dia tgk kain, pandai-pandailah korang nanti yerk. Hahahahahah

6. Gurney Drive - time malam, bolehla cari sotong bakar dan Satay Rusa dekat area foodcourt

7. Medan Selera Polis Marin, Teluk Tempoyak Dan Seagate - port 'panas' untuk dinner Ikan Bakar cicah air asam

8. Restoran Kapitan, Chulia Street - Dia punya Roti Naan Tandoori memang meletup... (malam sahaja jual roti naan, siang tak jual)

9. Nasi Kandar Beratur, Jalan Masjid Kapitan Keling - seperti namanya, aku tak pernah makan pun!

10. Medan Suri, Sungai Nibong - Terletak betul-betul sebelah Terminal Bas Sungai Nibong dan Tapak Pesta, ini adalah port terbaik untuk melepak pagi-pagi sambil pekena Nasi Lemak, Roti bakar dan lain-lain jenis sarapan pagi.

Cukup lah kot acara preview Jalan-Jalan Cari Makan aku kali ni. Berjumpa kita nanti semua Sayap-Sayappppppppppppppppppppppppp~..... Insya-Allah.

Wednesday, December 17, 2008

Krisis Ekonomi Makin Terasa




Pembaca-pembaca aku mungkin pernah terbaca ulasan aku tentang guitar strings brand Alice ni. Bila aku tengok balik komen-komen diaorang kat situ, sememangnya aku akan senyum sorang-sorang.

Sebenarnya ulasan aku pada waktu tu hanya suka-suka, dan hanya nak mencuit kenangan guitarist-guitarist kampung yang kini banyak yang berjaya secara serius dalam bidang ni. Tak sangka pulak banyak yang komen balik kat aku melalui web, email, YM dan SMS.

Malam ni, aku beli lagi tali ni, 4th dan 5th string (haritu aku pakai tali kapok sebab kedai ni abis stok tali ni). Inlay covernya pun dah berubah, ala-ala metal abes kali ni, hahaha.

Memandangkan aku pun dah lama tak pergi jamming, aku buat keputusan untuk pakai aja tali cap ayam ni. Nak main kat rumah aja pun...

Sebenarnya, aku memang kena berjimat dah kali ni. Semuanya kerana gara-gara ramalan pakar ekonomi dalam dan luar negara yang menjangkakan akan berlaku kemelesetan tahun depan. Walaupun DS Najib asyik dok kata ekonomi ok, aku pulak kata K.O.!

Bekas kilang aku dulu asyik dok buang orang aja skarang ni, member-member yang kena keja shif ada yang dah kena keja normal. Abang sepupu aku yang hari-hari OT dah start kena freeze OT.

Walaupun minyak dah turun balik, tapi hampehnya harga barang tak pula turun-turun. Kalau dulu aku gelakkan member-member aku di KL kerana nasi sepinggan (lauk ayam sayur telur) harganya RM6.00, sekarang aku terpaksa menelan hakikat dekat Penang pun dah banyak kedai yang charge aku harga macam tu. Arghh brengsekkk.. Aku tertekan la macam ni.

Maka, aku akan lupakan kejap Ernie Balls Super Slinky favourite aku tu dan terpaksalah aku bertahan dengan apa saja yang aku ada dalam poket aku yang sentiasa kering ni.

Monday, December 15, 2008

Masalah Dapatkan Majalah Empayar?




Sejak aku dengan tak sengajanya membeli Empayar #1 (cover Sweet Charity), mulut aku ni gatal mempromote majalah ni. Tak cukup dengan tu, ulasan ringkas aku masukkan di www.rockapak.org/forum dan laman Multiply aku.

Sedar tak sedar, dah masuk isu #5 dah pun! Cuma isu no 5 ni, lambat sikit sampai pasaran Penang atas masalah percetakan. Dalam pada masa yang sama, ramai jugak member-member aku yang tanya macam mana nak dapatkan isu-isu terdahulu majalah ni. (Korang ingat aku keja ngan Empayar ke?)

Setelah berjaya mengganggu Nazrul Empayar, akhirnya dapat dah caranya.

Untuk isu #1 sampai 4, caranya ialah buat postal order atau wang pos sebanyak RM30.00 atas nama:

Nazrul Azuad Ahmad

Dan dialamatkan kepada:

Empayar Network
P.O. Box 13419
50810 Kuala Lumpur
Tel: 012-6207752 (Nazrul)
Email: empayarmag@yahoo.com

Orait, semoga terjawab persoalan korang semua dengan entry aku kali ni.

Untuk sesiapa yang BELUM PERNAH buat kerja-kerja order ni, meh aku tolong ajarkan.

1. Pergi Pejabat Pos, buatlah Wang Pos atau Kiriman Wang (Postal Order)
2. Dekat nama penerima, letak nama Nazrul mcm kat atas.
3. Pos benda tu dekat alamat atas (resit tu simpan).
4. Masukkan data peribadi korang dalam surat tu, kalau tak, macam mana la Team Empayar nak pos kat korang!
5. SMS Nazrul atau Email empayarmag@yahoo.com yang korang ada buat pesanan, untuk Nazrul remark.

Ok, yang tu lah 5 langkah asas yang selalu dibuat untuk buat pesanan melalui pos. Heheh, selalu gak aku buat macam tu bila barang-barang yang aku nak beli takder kat Penang (aku malas nak pegi jauh-jauh, wakaka)

Saturday, December 13, 2008

Yamcha Rockapak Zon Utara



Walaupun tak ramai.. Sekurang-kurangnya terubat jugak rasa rindu aku dengan geng-geng forum ni semua. Dah lama rasanya aku tak join perjumpaan macam ni...

*Gambar credit to Nasryzal

Monday, December 8, 2008

Trip Memancing Perairan Pulau Pinang



Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku berpeluang untuk memancing di sekitar perairan negeri tumpah darahku sendiri; Pulau Pinang. Dengan terujanya, izinkan aku bercerita...

Selepas Solat Subuh, aku pick-up Halim seperti biasa, terus ke Medan Selera Seagate (kami sarapan dulu di Medan Suri, Sungai Nibong). Untuk makluman, trip kali ini, kami ikut Pak Mail (pemilik Ismail Ikan Bakar di Medan Selera Seagate tu). Dengan kos RM60.00 satu kepala, kami mula bertolak ke perairan antara Jelutong dan Penang Port. Yang bestnya Pak Mail ni, ilmu tak kedekut dan umpan udang hidup disediakan sekali.

Punyalah malang nasib aku hari ni sebab pertama kali aku terlupa bawak Tackle Box aku. Dah la semua mata kail aku ada dalam tu... Apa lagi, buat muka tak malu la mengemis mata kail kat orang... Nasib baik batu ladung aku bawa satu bekas. Hahahhaah...

Kami start memancing bottom dia area boya (aku taktau ler korang panggil apa menatang ni) di depan Penang Port. Lepas tu main bot hanyut, terasa gak penangan kerapu kecik menyambar umpan. Aku jer dari awal sampai abis pakai rod. Yang lain semua pakai koyan (dalam bahasa orang putihnya, Hand Line). Feel memancing kena ada beb!!! Hehehehe, tapi serius, pakai koyan lagi senang rasa ikan.... Next trip, memang aku bawak koyan jerlah!!!! Gambar bawah ni sedikit info ringkas area kami pusing bot tu.

anggap jer ni peta terrorist untuk memburu kerapu dan jenahak


Pak Mail offer kalau-kalau kami nak jual ikan tu... Tapi biasalah, hasil pertama.... Bawak balik semua!!!!!
Gambar-Gambar kat bawah ni.... yang sempat ambik la... Lain-lain tu tak sempat ambil sebab hari ni memang Fish Frenzy abes.... All Out ikan menyambar! Puas hati!!!!!

semua pakai koyan, tak aci la wei....


Pak Mail ni pulak (gambar bawah ni), jenis tekong yang peramah dan bila dia tengok kami tak dapat ikan, dia akan ubah port... Hasilnya, aku ngan Halim dapat la dalam 28 ekor Kerapu Lenga, dan beberapa ekor ikan tanda.

amacam view, ok tak?


Memang berbaloi betul hari ni dan seterusnya menamatkan badi kumpau setelah 3 minggu kumpau berturut-turut.


ikan pun dah pandai possing





Sesiapa yang berminat untuk ikut Pak Mail, boleh dapatkan phone number dia dari aku. lepas tu, layan jerlah... hehehhehhe

Friday, December 5, 2008

Samad Lefthanded - Sentuhan Terakhir




Dengan keadaan ekonomi aku yang amat kritikal, aku gagahkan diri untuk membeli juga 2 set ekslusif ni kerana cetakan dan penghasilannya mungkin terhad.

Oleh kerana aku telah pun memiliki volume 1, 2 set ini telah melengkapkan segala-galanya. Takkan sama dengan VCD ciplak dan yang berlambak di Youtube. Sekurang-kurangnya hasil royalti album ni insya-Allah akan sampai ke tangan waris Allayarham Samad yang memerlukan untuk menempuh hidup.

Untuk Volume 2, ia menampilkan:

1. Debunga Wangi - Lefthanded.
2. Sampai Hati - Spring
3. Nur Kasih - Slam
4. Musibah - Sweet Charity
5. Mahligai Syahdu - Hattan
6. Ku Di Halaman Rindu (jamming - bonus track)


Untuk Volume 3:

1. Sejuta Wajah - Sweet Charity
2. Ku Di Halaman Rindu - Lefthanded
3. Suci - May
4. Dunia Perlumbaan - Sweet Charity
5. Usang - Rahim Maarof
6. Dunia Perlumbaan - (jamming - bonus track)



Sebenarnya, dengan kesibukan aku sekarang, memang aku tak ada masa nak berlatih gitar. Tapi sekurang-kurangnya aku puas, 'air tangan' gitaris lagenda negara sekarang berada dalam gedung ilmu aku.

al-Fatihah untuk Allahyarham Abdul Samad Mian.

Sunday, November 30, 2008

Trip Memancing Yang Meletihkan



Tengok sajalah gambar member aku tu memancing, sambil tidur pun boleh pegang rod lagi. Semalam memang letih menunggu sang ikan yang tak hadir-hadir. Jan berjaya menaikkan 3 ekor anak pedukang di Pantai Bersih sebelum kami berubah port ke Meriam Timbul (sebelah jeti feri Pulau Pinang).


Di Meriam Timbul, aku berjaya menaikkan seekor semilang yang akhirnya menjadi lauk tengah hari. Pukul 3.40 pagi, kami bertiga tertido atas pelantar tu sampai pukul 5 pagi dek kerana angin sepoi yang memang best sekali untuk tidur di bawah cahaya bintang. Hahahahaha


Nampaknya, khabar angin Siakap Putih muncul di Pantai Bersih adalah sekadar khabar angin semata-mata...

Thursday, November 27, 2008

Horrifying Bright Camping Light



I dont know why I bought this cheap China made LED Camping Light. Maybe because it tiny and easily fit into my fishing bag. Oops, did I said fishing? Yeap, next week will be my 1st time fishing at night...

On a boat! (Hopefully looking for Barramundies)



Bila la aku nak dapat lesen Siakap ni.. Dah bertahun memancing, lesen P untuk memancing tak dapat-dapat lagi. (Siakap le tu)

Home Recording Survey



For this entry, I target 90% of my readers at my Multiply site (http://speedpsycho.multiply.com) due to fast reply compared at my Blogspot site (fyi, my blog was set cross-post between Multiply and Blogspot).

I knew many of my readers is keen on music, especially involving instruments like guitar and piano. I need some feedback about your gear when doing home recording. Well, sharing is caring.

Recording during jamming also welcomed to reply. Thank you.

Sunday, November 23, 2008

Calling To All Old Frees/OFMA Members



I've just finished attending the OFMA Committee Meeting. We will organizing a Fund Raising Dinner in 2009.

The expected price per table for 10 pax will be at RM800.00-1500.00 while for the corporates, price will be at RM3000.00-5000.00. The fund collected will be handed to Old Frees Muslim Association.

To all Old Frees who are interested to book a table, you can contact anyone of OFMA Committee or you can send me an email at speedsycho@gmail.com.

To all ex-Penang Free School (Muslim) students/teachers, take this opportunity to meet your old friends and to support OFMA.

Fortis, Atque, Fidelis.
MUSYRIF, BATCH 2000.

Wednesday, November 19, 2008

Panggilan Haji



Kebetulan aku menghantar sepupu aku ke Tabung Haji Pulau Pinang, aku mengucapkan dan mendoakan semua Jemaah Haji agar selamat pergi dan pulang, semoga mendapat haji yang mabrur. Insya-Allah.

Sunday, November 16, 2008

Pulau Aman Yang Mengecewakan



Aku dan Halim (baju merah tu) bertolak ke Pulau Aman untuk memancing hari ni, sehari suntuk. Aku tak nak cerita tentang hasil tangkapan sebab hari ni memang mengecewakan. Umpan isi kembong, udang dan sotong banyak yang tak terusik, selain perambut yang putus akibat tersangkut batu. Teknik popping hampir sejam pun hampir memengsankan aku sebab panas terik.

Pulau Aman ni terkenal dengan belacan. Lupa pulak aku beli untuk mak aku, semua gara-gara asyik teringat ikan yang tak makan umpan. Di samping itu, chalet dan homestay turut disediakan.

Sedikit mengecewakan apabila melihat keadaan pulau yang sedikit tidak terurus. Jungle trekking terhalang dek kerana pokok tumbang yang tidak dialihkan. Keadaan sanctuary rusa juga menyedihkan. Telaga Emasnya pun tidak dijaga dengan baik. Apatah lagi tandas awamnya. Pihak-pihak bertanggungjawab harus membaikpulih segala kecacatan ini dan Persatuan Nelayan Pulau Aman harus bergerak lebih aktif dalam pembangunan Pulau Aman.

Status Pulau Aman sebagai syurga pemancing harus dikembalikan. Sampah sarap di sekitar perairan Pulau Pinang, tidak harus ditambah lagi dengan kekotoran dan kecacatan kecil di atas Pulau Aman yang semestinya merencatkan kehadiran pelancong di Pulau Aman.

Gambar-gambar lain akan dipindah naik (upload le tu..) di laman multiply aku.

Sunday, November 9, 2008

Trip Memancing Tuas Yan



Kelmarin selesai dah trip memancing aku. Dengan tangkapan yang tak seberapa, kami terpaksa berpuas hati dengan dakwaan tekong yang menyatakan kawasan tuas tersebut dipenuhi dengan alu-alu.

Maka tak hairanla kalau apollo pun langsung tak mengena. Memang tertekan betul kelmarin. Kami terpaksa berpuas hati dengan seekor tenggiri, seekor alu-alu, seekor belitong, seekor layaran (mungkin jenis sawdust) dan beberapa ekor anak kerapu. Insya-Allah bulan 12 ni aku ngan member-member kampung akan ke sekitar perairan Pulau Pinang pulak untuk mencuba memancing jenahak, kerapu dan senangin.

Wednesday, November 5, 2008

Kerja-Kerja Sambil Makan



Ramai kawan-kawan aku tanya, mengapa badan aku naik mendadak dalam masa setahun aja. Okaylah, aku akan beritahu sekarang mengapa.

Aku banyak buat kerja luar. Waktu rehat tengah hari boleh dikatakan tak wujud dalam kamus hidup tempat kerja aku. Maka, sambil buat keja, kalau jumpa tempat makan... Balun aja dulu!

Di Bayan Baru ni, pakcik ni punya air tebu paling best. Kenapa? Sebab dia buang kulit tebu tu dulu dan lepas tu pulak, air tebu dia fresh dan tak masukkan gula. Memang betul-betul kaw. Kalau nak minum, baru dia perah tebu tu. Gerai pakcik ni dekat Bukit Gedung, pukul 3 petang baru buka, Isnin pula tutup sebab ada pasar malam.



Kalau di Gelugor, boleh try Safiya Koey Teow Thng ni. Dekat aja dengan klinik Dr Novandri. Kedai ni buka pagi aja sampai pukul 11 pagi. Boleh order 'spare part' ayam kalau nak.. Jadi, bolehla rasa telur ayam yang tak menjadi kalau teringin. Sedap tu sebab sup dia manis gula batu, lain dari sup yang selalu kita makan tu.

Kadang2 aku tak makan, balik rumah lewat-lewat baru nak makan, lepas tu tido. Tu lah sebab badan aku naik! Ragbi dan senaman joging pun dah lama sangat aku tak buat, masalah besar betul ni!

Tuesday, November 4, 2008

Mengapa Aku Tak Dapat Berhenti Merokok?



Terlalu cliche tajuk ni kan? Aku berikan sebab-sebab BANGANG kenapa aku tak dapat berhenti:

1. Aku adalah antara penyumbang 3 bilion ringgit keuntungan negara melalui duti rokok. Maka, kalau aku berenti, mungkin negara kita akan rugi 3 bilion ringgit.

2. Aku tension dan stress kalau aku tak hisap rokok. (Padahal sebelum aku hisap 6 tahun lepas, tak tension pun?)

3. Time aku nak berenti aja, pengeluar rokok keluarkan design baru macam gambar di atas. Aku pula suka buat koleksi kotak rokok.

4. Aku tak boleh kalau orang dok paksa aku jangan hisap rokok, lagilah aku hisap. Ego lelaki lah katakan. Maka, kalau nak naik RM18 pun, aku beli gak.... Ego!

5. Gaji aku, sukati aku.

Tapi alasan-alasan bangang aku ni, sebenarnya telah dimatikan dengan fatwa kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 2004, yang menfatwakan merokok itu haram. Aku sememangnya tahu benda ni, tapi.. Bukan senang nak berenti. Apa yang pasti, aku perlukan sokongan semua rakan-rakan untuk berhenti terus!

Sunday, November 2, 2008

Riwayat Telefon Lama



Dengan terbitnya blog entry kali ni, dengan rasminya aku mengumumkan kepada semua rakan-rakan, aku akan menggunakan talian 019-4544507 sebagai talian utama aku. Walaupun aku tahu, ramai orang yang tahu talian-talian aku yang lain, no inilah yang aku akan selalu pakai mulai minggu lepas. Kalau sms kepada talian aku yang lain, mungkin aku akan lambat balas.

Inilah telefon aku yang kelima. Telefon ni secara rasminya menggantikan Nokia 3650 aku yang telah banyak berjasa pada aku sejak tahun 2003. Inilah discman bergerak aku sekarang (discman betul aku tu, tak tahulah, nak jual ke tidak)

Adik aku kata, lagu dalam hp aku ni semua lagu 'highway'. Kalau dalam family aku, maksudnya lagu evergreen la mcm radio lite.fm, channel favourite bapak aku. Smua lagu mengantuk! Cuma aku sorang aja yang tak mengantuk sebab ada lagu Wings, Search, Medicine, Tropika, Jinbara, Gamma, Lela, UG-14, Crossfire, SYJ, Sofea, Bloodshed, Dayana, Terra Rossa, Data, Nazareth, Loudness, System Of Down, Nirvana, XPDC, Lobo, Rosiah Chik (????!!), Fahrenheit dan lain-lain. Semuanya version 'highway', faham kan?

4 bijik henfon aku sebelum ni semuanya selamat dalam simpanan tanpa trade in. Nokia 3650, 8250, 1112 dan 1200. Beralih terus aku ke Sony Ericsson, dah boring aku ngan Nokia, benda yang sama aja, asyik ubah kosmetik je pun, harga pulak gedabak punya mahal.

Dengan henfon barulah aku akan semangat sikit nak blogging dan carik bahan-bahan muzik lama atas sebab-sebab tertentu.

Adios

Saturday, November 1, 2008

Undian SMS Rockapak


Tuesday, October 28, 2008

Lucky Bidder For Edrie Hashim's Picks



Officially, I am the #1 bidder at www.neogendang.com for Edrie Hashim's Pick!

Tapi bila dah dapat, aku pulak yang tak ketahuan nak buat apa dengan pick ni. Nak pakai? Erm... Rasa sayang pulak! Hahahahahaha buat frame boleh kot? Wakakaka..

Disertakan sekali dengan bungkusan ialah:

1. 10 keping pick Edrie Hashim Signature.
2. Sticker Neogendang
3. Gambar artis-artis Neogendang.

Belakang gambar tu, dapat la autograf Edrie Hashim (bro eja nama saya silap ar...)
Pick tu pulak... Jangan dok mintak kat aku yerk? :-p

Monday, October 27, 2008

Pemuda Melayu Dan Teknologi



Malam ni, aku tak ada mood sangat sebab pening macam nak demam. Cuma, sempatla berziarah rumah jiran aku yang merayakan Deepavali hari ni, tu pun aku p rumah diaorang pukul 9 malam, sama ngan tayangan Sivaji The Boss. (Best tu!)

Aku perhatikan, pemuda Melayu sekarang ni masih ketinggalan dalam teknologi terutamanya yang berusia 27 tahun ke bawah. Kebanyakan yang pakai komputer pun sebab kat opis kena buat dokumen. Yang pakai notebook + wireless device untuk broadband pun... Maafla aku cakap, semata-mata nak menunjuk aja, kalau kantoi apa-apa program dalam notebook tu, mula lah menggelabah biawak!

Sepatutnya, sekiranya mampu untuk beli semua tu, sepatutnya dada tu isilah sikit dengan apa-apa ilmu yang patut sebagai asas. Tak jadi pakar pun tak apa, asalkan TAHU. Untuk pemuda yang tak mampu pula, jangan risau. Dengan pembacaan bahan ilmiah ataupun majalah teknologi, sedikit sebanyak ia akan membantu terutamanya dalam bidang pekerjaan.

Kalau bercakap bab 'handphone', pemuda Melayu tak kalah. Handphone baru masuk pasaran Malaysia pun, dia dah ada. Hebat! Tapi, tak hebat lah kalau dalam phone tu penuh dengan video orang tak ada duit beli baju...

Ayuh pemuda, bangun dari tidur dan kejarlah ilmu dunia dan akhirat!

Friday, October 24, 2008

Aktiviti Tetap



Yang ni lah keja tetap kami malam-malam. Lepas Isyak, lepak kat mana-mana kedai, lepas tu mulalah buka topik dari masalah keja sampailah politik semasa. Kedai-kedai yang biasa kami lepak pun dah lali dengan kehadiran kami. Ya lah, pelanggan tetap bergelas-gelas teh o, teh tarik gelas dan air suam!

Thursday, October 16, 2008

Masa Untuk Berehat!!!!!!!




Aku dah bosan hidup kacau bilau ni. Jadi aku tutup mata dan terus ke kedai pancing old school yang selalu aku singgah. Aku sambar 2 spinning reels (mesin bawah) dan beberapa benda-benda lain.

Ni rod aku sendiri yang ke-2 (sebelum ni aku banyak pinjam bapak aku punya)... tapi kata orang, mana best kalau asyik pinjam orang punya kan? Jadi, aku sambar satu lagi rod 7' (2.1M) medium action.. Hrm, aku ni tak suka nak angan-angan tangkap besar-besar.. Apa yang melekat kat mata kail sekalipun Ikan Pedukang, tetap aku bawa balik!!!! Jangan tertipu dengan rod bag Ugly Stick tu.... Mana mampu aku nak beli ros Ugly Stick, aku jadi big boss mampu la kot.. Aku beli Malaysian made brand; Xpuyu Fiber Carbon Rod (macam nama kampung aku pulak, Sungai Puyu, wakakakaka). Yang ni Fiber Carbon gred cap ayam jer ni, tak sampai RM50 aku dapat. Ringan, tapi medium action... Tested 10-40lbs. Ok la tu, Ringan dan kuat,takler lenguh sangat lengan alu nanti masa nak casting.



Kali ni aku betul-betul buat gila... Aku sambar 2 spinning reels sekaligus. Brand Shakespeare ni aku beli sebab tujuan aku nak mengail bawah.. Dagu dia pun ada rubber pad.. Boleh la aku sangkut kat mana-mana dalam bot atau celah-celah batu kat pantai nanti. nak casting jenuh la, berat mesin neh.



Mesin ni plak, saja aku beli untuk carik kelainan. Tica Sportera Series. Dia ada Hit-And-Run knob.. Haaaaaa, ni yang best nih. Bila on knob tu, tension dia akan auto-loose, jadik bila casting, dapat tau bila ikan tarik umpan dan aku boleh SAPPPPPPP!!!!!!!! Off button knob tu dan start karau ikan. Wakakakakaka. Penuh perasaan pulak aku ni bercerita. hajat hati nak sambar Shimano punya reels, tapi Japan Made punya reels humang aih..... RM500 ke atas. Kalau Malaysia punya seratus lebih dah dapat.

Yang ni jerlah cerita aku setakat ni. Asyik kerja, jamming, cerita muzik.. sampai bila pun tak abes. Aku akan mengail di Tuas, Kedah pada 8 November 2008. Insya-Allah masa tu air matidan harap-harap aku tak mabuk laut lagi. Hahahahhahaah

Barang-barang aku yang lain semua ada di http://speedpsycho.multiply.com/photos/album/33/Fishing_Gear

Monday, June 23, 2008

CPU Watercooling Parts for Sale!!!


Untuk full coverage, klik:
http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=726135&view=findpost&p=18158654


Item(s):

CPU Watercooling Parts

Package includes:
● Swiftech Storm G4 (Rev.2) - quick specs click here!
● Cool-Trek DP1201
● Brass 1/2" T-connector
● Brass 1/2" Fillport set
Free Working-But-Leaking Nirox P2800 Pump (repair-it-urself)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
For who don't know yet, Swiftech and Cool Trek has produced blablablah cooling product (straight forwarded, google it urself)
The waterblock is suitable for:

* socket 478 (Intel® Pentium® 4),
* socket 775 (Pentium® 4 "Prescott"),
* socket 603/604 (Intel® Xeon™ - 400 & 533 Mhz FSB),
* socket 462 (AMD® Athlon®, Duron®, MP, XP),
* socket 754, 939, 940 (AMD® 64 bit processors).
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Price:
RM350.00 FIRM
Postage ADD RM28.00
no nagging for "best price" etc. That item is new.

Warranty:
NO WARRANTY

Dealing method:
COD = Price as advertised
POSTAGE = Price as advertised + ADD RM28.00

Location:
Butterworth, Penang

Contact method/details:
Please send me a PM and I will give out banking instructions

---

Item(s) conditions:
NEW, NEVER USED

Thursday, May 29, 2008

29 Mei diumum Hari Seniman Kebangsaan


UTUSAN MALAYSIA

29/05/2008 11:54am

KUALA LUMPUR 29 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengisytiharkan tarikh 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Seniman Kebangsaan.

``Ia bertujuan mengiktiraf sumbangan golongan seniman terhadap pembangunan negara,’’ katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada majlis sambutan Hari Seniman Kebangsaan di Dewan Merdeka PWTC di sini hari ini. – Utusan.

---------------------------------------------------

Untung betul aku ni dilahirkan pada 29 May. Miahahahahahahha - speedrider

Sunday, May 4, 2008

Aku Sibuk Lagi!!!!! Super Sibuk



Aku sibuk bukan sebab aku jumpak member lama aku di Sungai Petani sambil makan di kedai cengkih.com, atau aku sibuk sebab aku tengok gambar Ironman midnight semalam, tapi aku sibuk sebab hal yang lain.....


Kelmarin, Sabtu 3 Mei 2008, buat kali pertamanya aku menghadirkan diri ke EGM ke-3 Old Frees Muslim Association aka OFMA; Sebuah persatuan untuk bekas-bekas pelajar Muslim Penang Free School. Untuk sesiapa lagi yang belum tahu atau terlupa, Penang Free School adalah sebuah sekolah Inggeris pertama di rantau Asia Tenggara sejak tahun 1816 (so, please do your own math calculation). Penang Free School tergolong dalam sekolah-sekolah premier seangkatan dengan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH).

Asalnya, persatuan bekas pelajar PFS ialah OFA (Old Frees Association) dan atas inisiatif bekas-bekas pelajar Melayu, OFMA ditubuhkan pada tahun 2006 dan dikhaskan untuk kebajikan Pelajar-Pelajar dan Bekas-Bekas Pelajar PFS beragama Islam.

Insya-Allah, semoga OFMA dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan MCOBA (old boys MCKK), STAROBA (old boys STAR) dan SAHOCA (old boys KSAH).

Tujuan aku ke EGM semalam hanya untuk memeriksa status keahlian aku dan juga tolong mendaftarkan 2 sahabat aku sebagai ahli baru di samping berjumpa dengan senior-senior zaman rockapak dulu. Tapi lain pulak yang jadinya.

Aku telah dipilih untuk berada dalam sessi jawatankuasa tahun 2008-2010, sekaligus menjadikan aku ahli termuda dalam persatuan yang memegang jawatan AJK. Aku terharu gila dengan kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli OFMA yang super senior ke atas aku yang mewakili golongan generasi muda dalam OFMA. Secara matematiknya, purata beza umur antara aku dengan senior-senior lain ialah 20 tahun jaraknya.


Dengan tanggungjawab yang berat dalam berganding bahu bersama AJK OFMA yang lain untuk menentukan halatuju OFMA selepas ini, aku agak khuatir........ Jadual kerja aku yang terlampau ketat dan tidak tentu masa, aku takut amanah yang telah diberikan tidak tercapai. Doakan aku untuk hari-hari yang akan datang ni.

Salam Rawk \m/ \m/
speedrider aka MUS Y2K

 

Speedrider Networks Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Speedrider ©2009

Blog Widget by LinkWithin