Support Hidup Gua Sikit!

Sunday, November 30, 2008

Trip Memancing Yang Meletihkan



Tengok sajalah gambar member aku tu memancing, sambil tidur pun boleh pegang rod lagi. Semalam memang letih menunggu sang ikan yang tak hadir-hadir. Jan berjaya menaikkan 3 ekor anak pedukang di Pantai Bersih sebelum kami berubah port ke Meriam Timbul (sebelah jeti feri Pulau Pinang).


Di Meriam Timbul, aku berjaya menaikkan seekor semilang yang akhirnya menjadi lauk tengah hari. Pukul 3.40 pagi, kami bertiga tertido atas pelantar tu sampai pukul 5 pagi dek kerana angin sepoi yang memang best sekali untuk tidur di bawah cahaya bintang. Hahahahaha


Nampaknya, khabar angin Siakap Putih muncul di Pantai Bersih adalah sekadar khabar angin semata-mata...

2 comments:

Anonymous said...

Ada kot sesat sekoq..tapi dah jadi lumrah pemancing untuk makan khabar angin :P

speedrider on December 2, 2008 at 4:39 PM said...

mai join aku pi makan khabar angin. hahahaha

 

Speedrider Networks Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Speedrider ©2009

Blog Widget by LinkWithin