Semuanya sempit, baju sempit, seluar sempit, poket sempit.. Dan bila poket sempit.... Pepahamla duit pun macam mana kan?
(gelak satu panggung)
bla-bla-bla..
Di mana ada kemahuan, di situ ada highwaaaay~ (gelak lagi)
Start Throttle Modenas GT128, 'ter'wheelie, tergolek dog - "kantoiiii......"
Sekali lagi gelak satu panggung!
--------------
Plot awal pun dah membuatkan satu panggung gelak tak henti-henti. Apatah lagi keseluruhan cerita ni!
Setelah gua agak jemu dengan KL Menjerit dan Remp-It yang gua rasa overrated sangat pasal mat motor ni, Ahmad Idham memberikan perspektif yang berbeza tentang kehidupan Mat Motor. Bolehla tengok apa kata Ahmad Idham dan pelakon dia, Yana yang ditemuramah oleh editor majalah permotoran yang paling sengalrock dalam Malaysia; Ghani Arafatz dari majalah Kapchai. (heran gak aku, pesal dia pi interview Yana... cis!)
Pada pendapat gua, Ahmad Idham pandai mengambil peluang dalam berkarya. Ya, terus terang gua katakan, walaupun filem ni tak banyak sangat aksi-aksi yang thrill macam dalam KL Menjerit, Remp-It dan Bohsia, sekurang-kurangnya imej clean Mat Motor yang cuba dikupas oleh Ahmad Idham amat gua tabik spring!
Cuma dari pendapat gua, scene yang paling gua tak berkenan ialah time Bobby dan Wawa bercengkerama kat tepi tasik sambil menyanyi. Boring yang amat, tak lawak pulak tu... (ni mungkin untuk gua saja). Keseluruhannya... Gua memang puas hati!!!! Gua rasa amatlah tidak adil kalau gua 'spoil'kan terus movie ni sampai habis. Pada pendapat gua, ini adalah Filem Melayu Mesti Tonton 2010.
Bercakap pasal motor, Remp-It V3: Samseng Jalanan punya trailer pun dah keluar... Nampak sangat lagu-lagu sekarang tak best apabila Pawana (Search) dipilih sebagai soundtrack filem ni. Long live Rock and Roll!!!!! (dan motor-motor rare atas jalan seperti Suzuki Panther Jerung dan mesin drag racing rangka pun ada...)
Nampaknya, Suzuki berusaha keras untuk menjadi pesaing utama di pasaran Malaysia bagi tahun 2010. Setelah kedengaran ura-ura Modenas akan mengeluarkan jentera berkapasaiti 150cc, Suzuki yang telah selesa mengeluarkan Belang R 150 pada 2009, nampaknya menumpukan kepada segmen pasaran mesra pengguna pula. Untuk Belang R 150, keupayaannya telah dibuktikan sendiri dengan Ride Solo Satu Malaya tanpa tajaan (sedihnya).
Berita ngeri buat peminat kapchai-kapchai laju. Ya, dari cerita yang telah disahihkan, cuma tanpa specs yang lengkap, model tersebut berkapasiti 110cc sahaja. Lupakan saja jika anda ialah mat despatch yang nak tolong bos anda fotostat dokumen juta-juta ringgit pada waktu pagi (eh, ayat macam kenal jer...), tapi sekiranya anda adalah pengikut Smash Revo dan anda ialah mat-mat motor yang cintakan kedamaian 'fun ride', motosikal ini ialah jawapannya.
2010 juga diberitakan bahawa Suzuki Belang R 150 akan direka semula. Berita sedih kepada pengguna-pengguna Belang. Nampak gayanya hidup anda akan terus diselubungi misteri bunyi-bunyi yang tak menyenangkan berpunca daripada 'auto chain tensioner' yang masih belum diperbaiki oleh pihak Suzuki.
Sempurna yang didambakan oleh rakyat Malaysia ialah:
(itupun jika pihak Suzuki berminat nak tahu.....)
Bebas daripada sebarang factory defect seperti masalah-masalah enjin seperti yang berlaku kepada Suzuki Belang R 150 (chain tensioner prob)
Bebas daripada sebarang factory defect seperti yang berlaku kepada Smash 110cc (rear foot stand dan false gear/gear tendang)
Aktiviti-aktiviti sokongan daripada Suzuki terutamanya after-sales services. Aktiviti-aktiviti seperti convoy sponsorship adalah sesuatu yang amat diharapkan oleh Suzuki owners. Malangnya, Suzuki Malaysia, seperti macam kedekut sangat nak buat aktiviti-aktiviti macam ni. Patutla motor tak laku.....
Marketing dan Advertising. Sesuatu yang amat memalukan... Giant company such as Suzuki with minor advertising on media such as on Television and etc. Yamaha Indonesia can afford to 'use' Valentino Rossi on their Jupiter ad and Suzuki with...????
Suzuki boleh berbangga dengan laporan-laporan di akhbar ataupun majalah yang biasanya akan melambung pujiannya. Tetapi, sekarang bukan 10 tahun lepas. Review-review bebas oleh penulis blog dan pengguna forum lebih dipercayai oleh pengguna (hampir-hampirlah...). Jadi, kepada 'mereka-mereka' yang berada di dalam Suzuki yang tengah brainstorm why Suzuki Sales drop within these years, take this note - user/rider now gain more info on the net such as news, forums and blogs.
Spare parts - The most Suzuki owner fear off. The most ridiculous price and the availability of these parts in some stores, chase all the Suzuki 'newbies' away. Eg, look at this price of Suzuki Smash Gear Lever - RM21.80.... Ughhh... headache!!
Apa-apapun, Suzuki, prove your "Ranggi Dan Radikal" with your marketing strategy. Dont 'RADICAL' with your price. I want to see more Suzuki bikes on Malaysian Roads like you have done with RG Sports and RGV 120 several years ago.
Seperti yang semua tau, memang gua kecoh kat facebook gua dengan update status masa gua kat Company Dinner 2009 semalam. Taktau nak buat apa sebab member-member kamceng gua ramai yang tak turn-up malam semalam. Ah.. semua mengharapkan hadiah lucky draw, bila tak dapat.. Mulalah tak datang (gua buat andaian liar). Gua tau la gua asyik menang jer... (kuikuikui).
Sebenarnya bila dinner semalam, gua tak plan nak datang pun sebenarmya. Takder mood sangat nak datang. Tapi bila 'ehem-ehem' dah tolong isikan kehadiran, maka gua pun datangla jugak.
Tahun lepas punya dinner, tema dia "Irama 60-70-an". Tapi gua memang rebel time tu. Gua belasah sajalah pakai macam ni. Memang dapat teguran daripada management, tapi sorryla, gua bukan generasi 60-70-an, mana gua tau nak dress macam tu....
Kalau suruh dress rock ker, rap macam 4U2C ke, (hahahaha), ni gua tau la.... Cuma sayang sikit, kalau gua dress rock, memang gua takdak rambut la... Mungkin gua kena pinjam kat Amy Search wig dia untuk gua pakai kalau ada tema 80-an.
Dan tiap kali kalau gua pakai baju ni, atau tiap kali gua pakai baju ni. Gua akan teringatkan Allahyarham Ijan. Seorang yang telah memperkenalkan gua kepada Sayap-Sayap Wings. Al-Fatihah.
Untuk dinner tahun ni... Agak-agak apa tema dia?
Kah kah kah... Arabian 1001 Nights and Star Wars. Cam celakak. Sekali lagi gua mana ada baju macam tu!!!!
Gua tau, costume party macam ni sememangnya leceh. Tengok mamat "Best Dress Of The Night" ni. Terseksa beb gua tengok dia nak isap rokok.
Sebab tu gua cukup tak berkenan bab-bab nak pakai kostum-kostum macam ni. Tapi gua betul-betul respek dengan brader ni sebab sanggup sewa kostum ni dari supermarket berdekatan. Dia dapat RM200 kot untuk best dress award tu.. Erm, dapat RM200, sewa pulak berapa erk?
Jadi, begitulah gua dapat ceritakan sedikit-sebanyak benda apa yang gua tak berapa nak berkenan dengan Annual Company Dinner - Tema!
Lain-lain tu, gua tak kisah. Dan kepada kawan-kawan gua yang tenggok gambar kat bawah, gua mintak maaf la... Gua anggap benda ni rezeki, syukur alhamdulillah. Straight in a row for 3 years dapat hadiah lucky draw. Har Har Har.....
Sesiapa yang tak dapat, kita cuba lagi tahun depan. Gua cuba untuk tak datang dah dinner untuk bagi kawan-kawan lain dapat can dapat hadiah.
Di mana ada kemahuan, di situ ada highway............. - Adnan Sempit (nanti gua review)
Mungkin ramai yang akan mengata, mengutuk dan bagi down semua bagai. Tapi setakat entry ini ditulis, berikut ialah Milestone pertama aku setakat ini. Semoga aku mendapat kekuatan untuk meneruskannya. (Dan aku sendiri rasa macam tak percaya aku dah lakukannya).
Kepada yang 'seangkatan' dengan aku, sila email aku di speedpsycho [at] gmail dot com untuk aku letak korang sebagai buddy list. Jangan lupa bagi tarikh berhenti, sebab aku boleh letak dalam database aku neh. Hehehehe...
Aku telah berusaha setengah mati untuk korbankan ke-machoan menggunakannya demi kesihatan diri dan mengikut hukum syarak (link). Anda bila lagi?
Dapat gambar 1st dari Sharrul DNS, sebuah project band dengan nama Sonic (bukan Honda Sonic motor Siam tu tau) teringat gua kepada Projek Pistol yang albumnya tak keluar-keluar lagi. Hrm.... Gua menanti!!!!!! Walaupun hanya band projek semata-mata. Biar berbekas dalam hati gua kalau dah keluar album! Antara short entries gua pernah tulis sebab gua malas tulis!
Ketika zaman Alternative Rock melanda dunia, Band ini adalah antara band yang berjaya menarik halwa telinga gua pada waktu tu.
Yang paling menariknya, walaupun inilah satu-satunya album yang gua ada, tapi sampai sekarang; lagu killer diaorang, Semi-Charmed Life adalah lagu yang tak memboringkan gua langsung.
Antara tracklist dalam album ini ialah:
1. "Losing a Whole Year" – 3:21
2. "Narcolepsy" – 3:49
3. "Semi-Charmed Life" (Jenkins) – 4:29
4. "Jumper" (Jenkins) – 4:33
5. "Graduate" – 3:10
6. "How's It Going to Be" – 4:14
7. "Thanks a Lot" – 4:58
8. "Burning Man" – 3:00
9. "Good for You" – 3:52
10. "London" – 3:07
11. "I Want You" (Jenkins) – 4:29
12. "The Background" – 4:57
13. "Motorcycle Drive By" (Jenkins) – 4:23
14. "God of Wine" – 5:18
15. "Tattoo of the Sun" (Japanese release only)
Di mana... Aku cuma suka satu lagu saja.. Hahahahhaa~
Maklumat lanjut pasal band ni ada di Wikipedia. Gua tak berapa tau sangat pasal band ni.
Aku rasa aku tak perlu bercerita panjang pasal A.C.A.B. Namun penampilan Megat berserban sambil pegang Les Paul ni betul-betul menarik perhatian aku untuk menyambar Mastika keluaran bulan bila entah ni. Aku masih ingat bila dulu ACAB dikecam kerana cuba memasuki pasaran mainstream. Dan, apa nak dikata, pengaruh ACAB sebenarnya mengalahkan Hujan, Bunkface dan band-band lain yang ntahapapapa pada waktu sekarang ni. Dari ACAB menjadi The ACAB, aku pun sebenarnya tak paham dengan masalah apa yang melanda ACAB sehingga membantutkan band pelopor genre skinhead di Malaysia ni sepi seribu bahasa sekarang.
Apa-apapun, kepada mereka yang terlepas story dalam Mastika bulan tu, bolehla refer artikel dari Mastika ni, klik untuk paparan lebih besar. (rasa macam lawak pun ada cara reporter ni tulis)
Penggunaan Ana-Ente dah nak jadi macam Akhil Hayy Rawa D'Riyadh.. Apa-apapun, gua harap.. Megat, semoga Nur Allah yang lu dah terima jangan dipersiakan. Kalau kawin, jangan senang-senang cerai-berai ar.... oooops!!!
Kali ni, aku mengerti kenapa ramai sangat orang yang marahkan Petronas. Secara jujurnya, semasa Ride Solo Satu Malaya (RSSM) haritu, di Terengganu, rata-rata stesyen minyak Petronas tidak menjual petrol Ron 97.
Hah, jangan terkejut pulak... Di negeri yang Petronas tengah giat menggali, tiada RON 97.
Percayalah.
Ingat tak dulu aku pernah buat satu entry tentang Valentino Rossi dan merchandise-nya tu kan? Klik sini kalau nak tau. Nampaknya, aku hanya mampu menelan air liur untuk membelinya, harga memang gila babi punya mahal. Aku selaku orang kampung, tak mampu nak membelinya.... Petronas oh Petronas, kenapa engkau buat begini pada Rakyat Malaysia?
Tarikh: 29 Disember 2009 - 2 Januari 2010 Take Off: Lebuhraya BKE (Kulim) Final: Kuala Perlis, Perlis Motosikal:Suzuki Belang R 150 Jenis: 4 Stroke, DOHC, Underbone Ahli: Solo Ride Penaja: Tiada Penasihat:
Perjalanan bermula lebih kurang pukul 9.00 pagi bermula di Sungai Puyu, Butterworth. Minyak diisi di Stesyen Shell BKE Arah Kulim (Penanti Rest Area) termasuk dengan isian petrol tank spare berjumlah RM15.81 untuk 7.71 liter (Ron 97).
Sarapan pagi terdesak dilakukan di R&R ini dengan sebungkus roti sardin dan juga setin Nescafe dan kemudian, minuman yang doktor selalu bising - Red Bull.
Jumlah isian cukup-cukup sehingga ke Stesyen Shell Di Pekan Gerik. Di Gerik, isian penuh diisi sebanyak RM8.70 atau bersamaan dengan 4.25 liter Ron 97. Maka, jarak perjalanan oleh odometer antara Hentian R&R Kulim dan Stesyen minyak Gerik ialah 103 kilometer. Lampu amaran petrol Belang R menyala pada tahap kritikal.
Di stesyen ini, chain lube disembur untuk kali terakhir, serta semua kelengkapan motosikal diperiksa. Untuk makluman, Stesyen Petronas di Tasik Banding telah ditutup. Jadi, Stesyen di Gerik adalah hentian terakhir.
Sampai sahaja di batu peringatan di Lebuhraya Timur Barat ni. Aku berhenti. Dah banyak kali aku perhatikan tugu ni. Tapi tak berkesempatan untuk mengetahui mengapa dan sebab-musabab tugu ini dibina. Mengambil kesempatan ini, aku kongsikan apa yang aku baca.. (aku tahu, ramai pengguna Lebuhraya Timur barat yang tak pernah baca apa yang ada di tugu ni).
Sila klik untuk membaca dengan lebih jelas. Jadi, sekarang... Rasanya semua dah tahu apa yang tertulis di situ kan? Ataupun rasanya aku tahu kenapa ramai yang tak berhenti di situ. Agak menyeramkan berhenti sorang-sorang dekat area tu.. Hehehe....
Agak mencemaskan apabila aku melalui kawasan Stesen Hidro Pergau apabila penanda petrol mula menyala macam lampu ultraman. Tapi Alhamdulillah, ada sebuah stesen minyak Caltex yang baru dibuka pada Januari 2009 di Mukim Belimbing, Jeli, Kelantan. Petrol Ron 97 diisi full tank dengan nilai RM9.00 di sini.
Kesimpulan, dengan Full tank di Gerik, insya-Allah sempat sampai di Jeli, namun dengan petrol spare, sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku di Tasik Banding (Pulau Banding) atau di Pergau. 117.2KM dicatatkan di antara Stesen di Gerik dan di Jeli.
Kalau tak silap aku, aku berhenti kejap di Tanah Merah untuk minum dan berehat. Pam atendan tu kecek Kelate kaw gila dengan aku. Aku yang tak paham apa hanya mampu mengangguk dan senyum kepada brader tu.
Di Jerteh, sekali lagi minyak diisi full tank. Rekod kali ini diantara Mukim Belimbing, Jeli ialah 108.2KM. Di Jerteh (dan keseluruhan Terengganu sebenarnya), ramai yang ramah-ramah. Seronok kalau aku berhenti isi minyak kat sini. Rasa selamat dan 'secure' lah orang putih kata.
Sampai saja di Kuala Terengganu, aku disambut oleh Nik, kemudian oleh Hasrul dan Suhaina. Alhamdulillah, Hasrul and family menumpangkan aku tidur di rumah diaorang.. Kan dah selamat duit aku. Hehehehe. Di sini, aku menggunakan minyak spare dari Gerik tu. Saja isi. Nak simpan lama-lama dalam tong pun tak bagus jugak. Dah lembik tong tu hah.
Ramai yang bertanyakan kepada aku, kenapa aku tak makan Nasi Dagang dan kenapa aku makan Nasi Kerabu? Jawapannya, entah.. Aku pun tak tahu. Apa yang aku tahu, aku ni 'kureng' sket nak makan Nasi Dagang pagi-pagi. Nasi Kerabu ni kira ok la... Masa Hasrul bujang dulu, dia pernah bawak aku makan Nasi Kerabu yang lagi sedap di KT. Aku tak ingat kat mana, tapi kat gerai Nasi Kerabu tu, ada ayam dan daging panggang. Kat situ Nasi Kerabunya memang sedap.
Maka, untuk hari pertama, dengan sepanjang perjalanan sejauh: BKE - Paka: 550.6 KM
Sebanyak RM40.50 telah dibelanjakan (termasuk minyak spare). Sebenarnya, minyak spare digunakan di KT, membolehkan aku isi minyak di Paka keesokan harinya.
Setelah mengisi minyak Full Tank di Paka bernilai RM16.50 (termasuk minyak spare), aku meneruskan perjalanan ke Pahang. Terima kasih kepada Hasrul and family yang menumpangkan aku dan kepada Nik yang menemankan aku makan pagi. Di Paka inilah aku menukar bekas minyak kepada jenis tin. Kesimpulannya, bekas plastik memang tak tahan... Lembik habis.
Jadi, sesiapa yang masih belum tahu atau teragak-agak dengan jenis bekas yang sesuai... Katakan tidak kepada bekas minyak enjin... Memang tak tahan dan akan jadi lembik!
Perjalanan di jalan KT - Kuantan memang tersangat best! Sejuk dan jalan pulak straight. Hehehhe... Cepat la aku sampai.
Perjalanan sejauh 112.3 KM di antara Paka - Kuantan (stesen Jalan Telok Sisek) - Dekat dengan Telok Cempedak mengambil masa lebih kurang dekat-dekat 1 jam 45 minit daripada Paka.
Di Pekan, sekali lagi aku isi full tank. Aku tak pasti jalan Pekan - Kuala Rompin sebab tak pernah lalu. Jadi, isi saja sementara boleh.
Di sini, pakcik kat stesyen minyak tu tak berapa peramah dan sedikit bengis macam nak makan orang. Awek yang jaga kaunter pulak asyik tersengih macam kerang busuk sebab aku pakai macam nak race Asia Road Racing, tapi naik motor lemau saja..
Di Kuala Rompin, aku Sembahyang Jamak di Stesyen Petronas, tapi isi minyak di Stesyen Shell. Di sini, pam attendan tu bersembang dengan aku. Best bersembang dengan caranya sebab dia ialah seorang rider Suzuki Panther. Hahahaha.. Bukan senang nak jumpa makhluk yang naik motor sebangsa. Jadi, info-info sesama sendiri ditukar di sini. Terlupa pulak aku nak amik contact nombor bro berketayap neh.
Apa yang lawak di kawasan ni, skru riding boot aku tertanggal, jadi aku carilah kedai motor. Selalunya ada skru yang dijual. Tapi kedai motor ni tak jual skru dan skru dia pun saiz entah-apa-apa. Musykil jugak aku kalau motor aku major breakdown kat area ni, masakkkk la aku...
Aku sampai JB betul-betul pada waktu Maghrib. Perjalanan di antara Rompin-Mersing-Kota Tinggi amat mencabar. Di Mersing, Minyak diisi pada jumlah RM5.62, dan full tank secara teorinya (dan secara praktikalnya terbukti), sempat sampai ke Johor Baharu.Sampai saja di JB, dah tentulah makanan yang dicari setelah seharian tak makan.
Kejutan di rumah Amin ialah apabila aku dapat bertemu dengan Ajie. Rupa-rupanya diaorang ni berjiran di Kampung Melayu Majidee ni. Kecik jer dunia ni. Terima kasih bro sebab sudi jumpa dengan aku walaupun sekejap. Aku pun tak sempat nak sembang lama sebab tengah kelam kabut nak persiapkan diri untuk ride pada esok hari pulak. Kepada Amin, tq banyak-bayak bro sebab tumpangkan aku tido dalam banglo korang. Terbaek lah rmah bujang korang... Rumah awek pompuan pun tak sekemas dan selawa rumah korang, siap ada pokok bunga dalam bilik lagi!!!
Maka, untuk hari kedua, dengan sepanjang perjalanan sejauh: Paka - JB (Kampung Melayu majidee): 454.7 KM
Sebanyak RM41.17 telah dibelanjakan (termasuk minyak spare).Minyak spare dituang di JB untuk kegunaan keesokan harinya.
Semasa Amin dah nak pi kerja, Saiful aka Dwarf pun sampai untuk sama-sama bersarapan dengan aku. Merata dia bawak aku. Round ke Larkin, makan cendol kat mana ntah sampai mamat cendol tu kata aku orang Singapore, dan macam-macam lagilah..
Sedap jugak cendol kat sini. Pekena pulak time panas, memang terangkat la.... Berikut ialah ringkasan pit-stop aku ketika mengisi minyak:
Pekan Nenas: RM7.00
Tanjung Labuh, Batu Pahat: RM5.00
RnR Pagoh: RM15.00 (sekali minyak spare)
Taboh Naning, Melaka: RM5.00
Senawang: RM5.90
Maka, jumlahnya ialah: RM37.90 untuk 409.8KM.
Berikut ialah gambar-gambar yang menyebabkan aku sesat di dalam Melaka. Tak berbaloi langsung, kalau tak, boleh sampai KL awal sikit. Sebenarnya, aku pun dah naik pening time tu. Ride di Pantai Barat panas gila dan tak sesejuk seperti di laluan Kuala Rompin-Kota Tinggi. Jadi, kepenatan membuatkan aku terpaksa bermalam di rumah Firuz, dan kemudiannya kami beramai-ramai (bertiga aja pun) menyambut Tahun Baru di kedai mamak sambil minum Nescafe Ais, kemudian bermuhasabah diri bahwa kami bertiga dah tua bangka dan masih tak kahwin-kahwin!
Firuz, terima kasih banyak-banyak bro. Tapi aku minta maaf banyak-banyak sebab dah menyusahkan ngko malam tu. Aku dah rasa macam nak pitam, terpaksa minta bantua ngko untuk bermalam malam tu.
Lagipun, gua rasa macam best pulak Sugar Glider lu tu, bagi gua sepasang boleh?
Habis saja di sini... Terus aku ke Kajang. Ada perjumpaan kawan-kawan lama di Kajang. Terima kasih kepada abang Razief, Iskandar/Lin/baby Maida dan Tolyn Dayana yang sudi hadir untuk bertemu. Walaupun sekejap, semua tu berbaloi rasanya untuk bertemu. Dah lama kita semua tak berjumpa kan?
Di Kajang juga, aku bertemu dengan 2 orang ahli komuniti Belang R iaitu Nasri dan juga Kojal. Sempat juga sembang-sembang kejap di lokasi yang sama iaitu Medan Satay Kajang tu... Di Kajang, aku cuma mengisi RM5.00 untuk ke Kuala Lumpur. Di KL, aku tidur di rumah kakak aku. Terima kasih kepada Abang Ipar aku, bro Asep (Violent Storm MG) yang menjemput aku di Hard Rock Cafe, dan harap-harap tindakan gila aku parking motor Belang di HRC KL.. tidak memalukan bro.. Wakakakakakak... motor cub jer selamba park kat HRC. Kena halau dengan bapuk pulak tu... Cis!!!!
Hari terakhir amat memenatkan! Aku kena selesaikan misi aku dalam masa satu hari. Berikut ialah ringkasan pengisian minyak:
Duta: RM3.00
Tanjung Malim: RM6.00
Ringlet: RM4.00
Ringlet: RM5.60 (minyak spare)
Sungai Perak: RM5.00
Juru: RM8.75 (55 minit dari sungai Perak)
Gurun: RM4.00 (33 minit dari Juru)
Alor Setar, Jalan TAR: RM5.00
Changloon: RM4.00
Ringkasannya. RM45.35 untuk perjalanan sejauh lebih kurang 636.7KM
Sepanjang perjalanan ini, yang paling best sudah tentulah Cameron Highlands. Hahahahaha.. Sorang-sorang pun jadi kerja aku naik. Bukan apa, dah lama sangat tak naik, teringin jugak nak naik. Mana boleh tahan..... Mula-mula memikirkan naik sorang-sorang, bawak slow... Tapi bila dah naik syeikh, dengan PPE (Personal Protective Equipment) pun hampir lengkap, kereta pun tak banyak.... Mana boleh tahan... Corner tetap dilayan sebaik mungkin....
Paka - JB (Kampung Melayu majidee): RM41.17 - 454.7 KM
JB - Kajang: RM42.90 - 409.8KM.
KL - Kuala Perlis: RM45.35 - 636.7KM
Jumlah: RM 169.92
KM: 2051.8 KM satu Semenanjung Malaysia (tanpa mengikut jalan dalam sepenuhnya)
Kulim - Gerik - KT - JB - Melaka - NS - KL - Cameron Perak - Penang - Kuala Perlis - Changloon
2180.6KM
@
RM0.08 / KM
dengan
SUZUKI BELANG R 150
Kiraan adalah secara kasar sahaja. Terpulang kepada mereka untuk mempertikaikan atau tidak perkiraan ini. Yang pastinya, yang melalui perjalanan penuh ranjau selama 5 hari ini ialah aku seorang. Banyak lagi gambar moto-latar yang membosankan aku simpan, termasuk resit setiap isian minyak. Semuanya akan aku simpan kerana.... Sehingga sekarang aku masih tidak percaya bahawa aku seorang telah mengharungi perjalanan mengelilingi semenanjung seorang diri. Terdapat suara-suara sumbang yang mempertikaikan perjalanan aku ini, tapi apa yang pasti.. Aku cuma mengganggap itu semua adalah suara-suara irihati yang hanya tahu komplen sahaja.
Aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah mempermudahkan perjalanan aku pada sepanjang cabaran 5 hari ini. Sesungguhnya, dalam masa 5 hari, aku telah dapat membezakan sosio-budaya penduduk Malaysia dalam masa yang paling cepat dan ringkas hanya dengan menunggang motosikal 'kapchai' yang paling dibenci oleh rakyat Malaysia - Suzuki.
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberikan pertolongan di sepanjang perjalanan samada dari segi sokongan moral, tempat berteduh dan pelbagai lagi. Sokongan moral daripada rakan-rakan komuniti Forum Belang R 150 Malaysia dan Malaysian Bikers Community juga amat aku hargai. Semoga catatan ini dapat dijadikan satu rujukan kepada semua penunggang motosikal 'kecik' seperti kita yang selalu dianaktirikan oleh mereka-mereka yang 'besar'. To all bikers, we are brothers!
Pembangkit Neraka
-
Lagi sekali dihantar sebuah gitar untuk servis setup, cuci dan pasang tali
baharu oleh rakan yang sama menghantar beberapa buah gitar sebelum ini,
kali i...
50 tahun Phenomenon
-
Yang menyambut ulang tahun ke 50 tahun ini...
*UFO - Phenomenon (1974)*
Dalam banyak-banyak album yang menyambut ulangtahun ke 50, ini adalah yang
pali...
Search Rockology boxset review/ulasan
-
Salam. As usual first in my broken English and then in my Bahasa Melayu
Pasar.
PREMIER Malaysian and South East Asia Rock & Roll giants Search cons...
RESOLUSI BUKAN REVOLUSI 2018
-
Selamat Tahun Baru 2018! Entah kenapa sejak dari pertengahan tahun lepas,
aku dapat semangat balik untuk menulis dekat blog ni. Tahniah kepada
geng-geng la...
Ulasan: AL FARABI BAND We Have Landed CD
-
Nasyid metal? Ya, nasyid metal. Sesuatu yang pernah saya tulis pada tahun
2008 dulu (sila ke
http://krenmaut.blogspot.my/2008/07/sudahkah-anda-bersedia-...
CD rilisan semula
-
Baru sampai semalam. Yang double tu abang aku kirim, nak jimat belanja pos.
Selebihnya tu aku punya. Kebanyakkan album ni pernah dimiliki dalam bentuk
ka...
Ramadhan 1433H
-
1. Memang sangat lain dari sebelum2 ni. Lain sangat. Berbuka berdua.
Bersahur berdua. Alhamdulillah.
2. Sahur gua tak pernah miss. Rekod nih. baik kat umah...
Selamat Tahun Baru 2012
-
Welcome 2012, semoga lebih bersinar...lebih sukses...murah rezeki...usia
panjang dan sihat sejahtera, hidup aman bahgia....Insya Allah
Uncontacted Tribe
-
*Orang yang betul-betul asli..*
*Pekampungan puak yg terputus hubungan dgn dunia luar..*
1. Beberapa hari lepas aku terbaca article tentang satu puak yang ...